BAB 16

363 31 12
                                    

"KENAPA abang tak bagitahu dekat saya,  yang anak kandung abang dah kahwin?" soal Sarah dengan nada naik angin. Untuk kali ini sudah keberapa kali dia menyoal  lelaki itu tetapi soalannya hanya di endahkan lelaki itu.

Terkejut bukan kepalang dirinya apabila dapat tahu yang anak tirinya sudah bergelar isteri orang hari ini. Lagi-lagi bila dia dapat tahu yang Elhan menjadi suami Humra.

Tuan Ardin yang tengah santai membaca berita di media sosial hanya beriak selamba apabila di soal isterinya. Malas mahu mencari gaduh dengan wanita itu.

"Abang!"

Prang!

Ipad yang berada di tangan Tuan Ardin di capai lalu dicampak di atas lantai dengan geram. Geram apabila lelaki itu hanya santai membaca berita di media sosial tanpa menjawab soalannya.

"Kamu ni dah kenapa?! Suka hati nak campak barang saya? Awak ingat saya beli benda ni guna air liur basi awak ke?"

Tuan Ardin naik angin. Geram dengan sikap Sarah semakin kurang ajar. Dia menunduk lalu Ipad yang sudah retak dikutip. Dia kembali berdiri tegak, jelingan tajam di berikan dekat Sarah.

"Saya tanya baik-baik dekat abang. Tapi abang langsung tak jawab apa yang saya tanya."

"Perlu ke saya bagitahu dekat awak?"

"Perlu! Saya ni isteri awak dan anak kandung awak tu adalah anak tiri saya. Saya ada hak juga nak tahu!" Sarah menatap wajah Tuan Ardin dengan pandangan tidak berpuas hati.

"Hak? Jangan nak buat lawak Sarah. Awak dengan Humra langsung tak ada kaitan. Awak tak ada hak nak tahu pasal anak saya." Tuan Ardin tersengih sinis.

"Huh! Macam mana awak boleh berbaik dengan Humra dengan bekas isteri awak tu? Bukan awak ke paling benci diorang? Awak dah jilat balik ke air liur yang awak dah ludah tu?" sinis Sarah.

"Jangan melampau Sarah. Sabar saya ada limit. Jangan sampai saya buat benda yang awak sendiri tak sangka!"

"Ingat sarah, sekali kau buat benda yang aku benci dekat belakang aku. Kau tahulah nasib kau!" usai memberi peringatan dekat Sarah terus dia melangkah pergi meninggalkan Sarah seorang diri di ruang tamu.

Sarah tergamam. Peringatan dari Tuan Ardin mengecutkan perutnya. Air liur yang terasa kelat di telan payah. Kepala di dongak memandang tangga yang baru saja di naiki Tuan Ardin. Entah mengapa, peringatan dari lelaki itu seperti ancaman untuknya.

ELHAN yang elok berbaring di atas katil sambil bermain telefon segera dihampiri oleh Humra. Ruang yang masih ada di dudukinya. Dia ada hajat sebenarnya. Wajah tenang Elhan yang tengah bermain telefon di pandang sekilas. Kepala yang tidak gatal digaru berkali-kali.

Pandangan mata Elhan pada skrin telefon terus beralih ke arah isterinya yang kelihatan seperti ada masalah.

"Dah kenapa tergaru-garu. Banyak kutu ke atas kepala tu?" soalnya berunsur gurauan.

Terus berhenti Humra menggaru kepalanya sebaik saja mendengar soalan Elhan. Ish! Soalan tu pun.

"Eh taklah. Mana ada kutu atas kepala saya." Humra memuncung.

"Dah tu kenapa pula tergaru-garu macam banyak kutu atas kepala?"

"Err... awak." Humra memanggil Elhan perlahan.

𝑴𝒂𝒘𝒂𝒓 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑬𝒍𝒉𝒂𝒏Where stories live. Discover now