BAB 18

378 31 11
                                    

PERLAHAN-LAHAN Elhan mencuci tangan isterinya yang terluka itu agar tidak mengganggu lena isterinya. Selesai mencuci luka dengan iodin, dia terus membalut luka isterinya menggunakan bandage.  Berhati-hati dia melilit bandage di tangan isterinya agar tidak menghasilkan rasa di tangan isterinya.

Selesai membalut luka, dia menyimpan segala alatan yang di gunanya. Wajah terlena isterinya ditatap lembut. Sungguh hati lelakinya terusik apabila mengenangkan kesakitan yang di alami isterinya. Siapa sangka, isterinya seorang yang ceria itu mempunyai perjalan kisah hidupnya perit. Benarlah kata orang, orang yang ceria ini banyak kesedihan yang dia pendam. Isterinya nampak saja ceria tetapi di dalamnya hancur. Orang yang paling ceria, dialah yang menahan luka yang paling dasyat.

Wajah isterinya dibelai lembut. Helaian rambut yang menutupi mata isterinya di selit ke tepi telinga.

"Abang harap sayang kuat untuk hari-hari yang akan datang." Kucupan dilabuhkan di dahi mulus milik isterinya.

Elhan turun ke bawah mahu menolong apa yang patut untuk majlis tahlil malam nanti. Turun saja dia ke bawah, dia terus di tarik mamanya mendekat.

"Ha along, macam mana dengan Humra? Mama risaulah dengan keadaan dia tu." Riak bimbang Puan Hilda tunjukan.

Bimbang akan keadaan menantunya, dari tadi dia sabar menati Elhan keluar dari bilik. Mahu saja dia masuk ke dalam bilik itu untuk melihat keadaan menantunya tetapi dia dihalang suaminya kerana suaminya tidak mahu keadaan lebih teruk. Kata suaminya, biar Elhan yang tenangkan Humra.

Elhan hulur senyuman pahit. "Humra cederakan diri dia sendiri. Tapi mama jangan risau, dia okey." Lengan mamanya, dia usap lembut. Tidak mahu wanita itu terlalu bimbang.

"Astagfirullah al-azim... kenapa boleh sampai cederakan diri sendiri?" Sebak Puan Hilda bertanya.

Luluh hatinya saat mendengar berita dari Elhan. Sungguh dia berasa bimbang dengan menantunya.

"Mama jangan risau, insyaAllah... Humra tak apa-apa." Elhan menenangkan hati  mamanya.

"Mama takut long... Mama takut benda ni terjadi lagi. Mama dah tak sanggup tengok menantu mama macam tu," rintih Puan Hilda sebak.

Elhan laju menarik tubuh mamanya ke dalam dakapan. Dipeluk erat tubuh wanita itu, mahu menenangkan wanita itu.

"InsyaAllah ma, along yakin. Isteri along kuat semangat. Kita doakan dia supaya kuat untuk mulakan hidup tanpa mama Leena," ujar Elhan lembut.

Humra terjaga dari lena. Perlahan-lahan dia bangun dari baringan. Dia memerhati sekeliling bilik. Elhan tiada di dalam nilik, hanya dia saja ada di sini. Berkerut dahinya melihat tangannya berbalut. Tidak lama, baru dia sedar. Mungkin Elhan yang membalut lukanya.

Tangannya yang berbalut itu dia pandang hanya sepi. Sedikit pun tiada rasa menyesal kerana mencederakan diri sendiri. Apa yang dia rasa, adalah puas. Puas kerana mencederakan diri sendiri. Sungguh di kala ini, dia tidak mampu berfikir dengan waras.

Humra menoleh ke arah rak yang berada di penjuru bilik. Matanya kembali sayu saat menantap bingkai gambar yang berada di situ. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Rak yang berada di penjuru bilik itu didekati. Terketar-ketar tangannya mengambil bingkai gambar tersebut. Air matanya kembali mengalir saat terpandang wajah-wajah insan yang di sayanginya yang ada di dalam bingkai gambar itu. Dia terjelupuk lemah di atas lantai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝑴𝒂𝒘𝒂𝒓 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑬𝒍𝒉𝒂𝒏Where stories live. Discover now