Prolog

52 0 0
                                    

Adriel berdiri lama di depan tugu konkrit yang tertulis nama wanita yang paling dia sayangi hingga ke saat ini. Jenna Elena. Dia mengusap perlahan nama dan gambar yang terdapat di tugu konkrit itu. 5 tahun pemergian wanita itu. 5 tahun juga dia menyendiri, mengumpul rasa yang telah mati dan hilang dibawa pergi oleh kekasih hati ke alam sana.

I rindu you Jen. Really miss you, especially today. Hari ni anniversary kita yang ke-10. Today genap 5 tahun you pergi dari hidup I. I terseksa Jen. Hidup I tanpa you tak bermakna. Andai kata you masih ada, mesti sekarang kita sedang bahagia dengan anak-anak kita, ujar Adriel lirih.

Jatuh air mata lelakinya. Dia tidak kisah egonya tercalar andai kata ada sesiapa melihatnya menangis saat itu. Yang pasti mereka tidak tahu betapa cintanya dia terhadap seorang Jenna Elena. Semenjak pemergian wanita itu, hilang semangatnya untuk meneruskan hidup. Terasa tiada maknanya hidup seorang Adriel Kayden tanpa Jenna Elena di sisi.

Lima tahun menyulam cinta, mengenali hati budi wanita itu membuatnya makin jatuh cinta dan rasa ingin memiliki wanita itu makin kuat. Perancangan mereka untuk berkahwin hanya tinggal kenangan apabila wanita itu disahkan menghidap penyakit kanser pancreas tahap 4. Jangka masa diberikan oleh doctor hanya 2 bulan. Terlampau singkat untuknya membahagiakan Jenna. Bagi Adriel, 2 bulan terakhir terasa 2 hari Sahaja. Melepaskan Jenna Elena dari hidupnya adalah pilihan terakhir yang dia inginkan. Namun, apakan daya, itu semua ketentuan Tuhan.

Cinta kita hanya tinggal Sejarah,

Sejarah yang ingin aku ulangi berkali-kali,

Hanya bersamamu ku mengenal erti cinta dan bahagia sesungguhnya

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now