BAB 12

5 0 0
                                    

"Are you his maid?" tanya Lily angkuh. Dia melirik perempuan yang membuka pintu itu dari atas ke bawah. Cantik macam ni pun jadi maid ke. Tinggi juga cita rasa Kayden dalam memilih maid.

"No, I'm his cousin. For now, I'm staying here," kata Kayla terpaksa. Dia terpaksa berbohong.

Lantas Kayla menolong memapah Kayden masuk ke dalam rumah dengan bantuan Lily. Kayden dibaringkan di sofa.

"Thank you sebab tolong bawa dia balik," ucap Kayla kurang Ikhlas. Memang tak Ikhlas pun sebab yang berdiri di depannya sekarang ini adalah saingannya.

"It's okay. Both of you saja ke stay sini," tanya Lily menyibuk.

"Yes. Kalau tak ada apa lagi, saya rasa you..."

Belum sempat Kayla menghabiskan kata-katanya, muncul Felix di muka pintu.

"Sorry Del. Ayden, dia minum banyak sikit dari biasa hari ni. You nak I tolong you bawa dia naik bilik ke?" ujar Felix, guitarist dari Kumpulan ONE, merangkap sahabat Kayden.

"It's ok Felix. Nanti kalau dia dah sober sikit pandai-pandailah dia masuk bilik,"

"Kalau macam tu, I dengan Lily balik dulu. Sorry kacau you malam-malam. Tadi I nak bawa Ayden tidur dekat rumah I tapi dia yang tak nak. Insist nak balik rumah juga.Tadi I pergi parking, that's why Lily yang papah dia naik dulu," jelas Felix. Dia tidak mahu isteri kawannya itu salah faham. Semua ahli dalam Kumpulan ONE tahu yang Kayla adalah isteri kepada Kayden.

"Tak apa. I pun baru balik ni," ujar Kayla.

Felix dan Lily beriringan menuju ke arah pintu. Kelibat Coco yang sedang duduk santai di tepi pintu masuk menggamit perhatian Felix.

"Coco, gendutnya kau sekarang ni. Ayden dengan Del bagi kau makan apa sampai kau jadi gendut macam ni. Lamanya tak main dengan kau ni," ujar Felix seraya bermain sebentar dengan Coco sebelum dia melangkah ke arah pintu utama.

Di dalam kereta, Lily memandang Felix dengan penuh minat. Dia ingin mengajukan banyak pertanyaan kepada Felix.

"Kenapa you tengok I mcam tu," tanya Felix. Terkejut Lily kerana dia tidak menyangka yang Felix perasan yang dia memerhatikan lelaki itu.

"Er... Perempuan yang ada kat rumah Mr. Ayden tadi tu siapa? Nampak macam you dah kenal lama dengan dia," tanya Lily tanpa berlengah.

"Oh... Yang tu Kayla," jawab Felix pendek. Bagi mengelakkan memberi jawapan yang salah, bagus dia jawab macam tu saja. Nanti salah jawab, tak pasal-pasal gajinya kena potong oleh Kayden.

"Bukan tadi you panggil dia Del ke?" Lily hairan.

"Nama dia Kayla Adelyn. Boleh panggil dia Kayla ataupun Del," jawab Felix malas.

"Okay, sekarang dah sampai dekat rumah you. Goodnight," kata Felix.

Eh, cepatnya sampai. Dia bawa kereta pakai engine turbo ke?

"Err... Thank you," 

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now