BAB 11

6 0 0
                                    

"How's your relationship with your hubby?" tanya Bella curious.

"More better than before. Dia dah tak ignore aku lagi. Sekarang ni kami share bedroom. Dia makan masakan aku. And paling penting aku dah merasa macam mana rasanya ada suami. Sekarang ini aku rasa akulah wanita yang paling bahagia," ujar Kayla ceria.

"Aku happy bila dengar kau bahagia. Aku harap Kayden akan terus berubah dan bahagiakan kau. Aku tak nak tengok kau menangis lagi. Kau dah terlalu banyak menderita babe. Aku doakan kau akan sentiasa bahagia," ujar Bella tulus.

"Cuma satu yang tinggal sekarang ni. Make him confess our relationship to public. Aku rasa aku ni tamak la Bel. Aku nak seluruh dunia tahu yang dia milik aku seorang,"

"Kau memang patut rasa tamak pun. Hubby kau tu public figure. Banyak fans pulak tu. Kerja dia bergandingan dengan perempuan cantik setiap hari. Dekat tik tok fans dia mengaku tu suamilah, boyfriendlah," ujar Bella

"Aku kenal dia pun masa pergi konsert dia Bel. Aku dulu pun macam tu juga. Kau ingat tak masa tu aku letak gambar dia jadi wallpaper aku dan canangkan kat semua orang yang dia tu boyfriend aku. Sanggup heret kau pergi konsert dia, berbaris selama 3 jam," kata Kayla mengimbau Kembali kenangan 3 tahun lepas.

"Tapi aku heran la kenapa dia ambik no kau masa tu. Pandai pula dia cover ambik no kau masa tu. Buat-buat selfie pakai phone kau tapi dok ambik no kau rupanya. Aku ingat lagi wajah teruja kau masa tu," gelak Bella.

"Aku pun tak sangka yang dia ambik no aku masa tu. Balik rumah, aku Nampak chat dia. Mula-mula aku ingat scammer tapi lepas tu dia hantar pic dia. Barulah aku percaya yang itu memang dia. Nasib baik aku tak block no dia masa tu. Kalau tak menyesal tak sudah aku sekarang ni," masa itu, tak tergambar rasa bahagianya. Crushnya menghubunginya dan mengajaknya berkahwin sebulan selepas itu. Walaupun perkahwinan mereka rahsia, namun Kayla tetap bersetuju dan bahagia dengan keputusannya. Sampai saat ini.

"Kau tak tanya dia ke kenapa dia ambik no kau then ajak kau kahwin tapi lepas kahwin dia buat tak tau pulak dengan kau. Kau bukannya tak cantik. Kalau dibandingkan kau dengan perempuan yang digosipkan dengan dia, aku rasa kau tetap menang tanpa bertanding. Perempuan-perempuan tu cantik sebab make up saja," ujar Bella. Walaupun dia happy dengan perkembangan hubungan Kayla dan Kayden, dia masih sakit hati dengan Kayden sebab lelaki itu membuat kayla tersiksa.

"Aku tak nak fikir pasal semua tu Bel. Sekarang ni aku bahagia sangat. Aku tak nak kerana perkara lampau itu hubungan yang baru nak berbunga ini terjejas,"

"Betul juga tu,"akui Bella.

Malam itu Kayla sampai di rumah pukul 11.40. Selepas puas shopping, dia dan Bella berjalan-jalan di pesisir Pantai. Sampai di rumah, kelibat Kayden tidak kelihatan. Terus kaki melangkah ke Tingkat atas. Mungkin Kayden sudah tertidur. Namun hampa. Bayang Kayden pun tiada.

Bunyi loceng pintu mengejutkan Kayla yang sedang memikirkan ke mana arah tuju Kayden.

Lantas kaki melangkah ke arah. Terkejut dia melihat Kayden yang dipapah oleh seorang perempuan. Lili. Dia ingat wajah itu kerana perempuan itulah yang membuat dia menangis teruk malam itu. Namun kerana perempuan itu juga hubungan dia dan Kayden makin pulih.

Kalau dilihat keadaan Kayden masa itu, lelaki itu mabuk. Tapi kenapa perempuan ini yang menghantar Kayden pulang dan bagaimana perempuan itu tahu rumah mereka.

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now