BAB 2

18 0 0
                                    

Kayla merenung kaca TV dengan hati yang sebal. Sakit hatinya melihat figura suaminya sedang tersenyum bersembang dengan ahli kumpulannya yang lain.

"Kalau dengan aku bukan main susah nak senyum. Kalau dengan orang lain, bukan main lebar senyumannya. Kalau dulu aku tersengih melihat dia tersenyum bahagia begitu depan kamera. Tapi sekarang hmph..." gumam Kayla perlahan.

Rutinnya sejak berkahwin dengan Adrien setahun yang lalu adalah terperap di mansion mereka itu. Alone. Bertemankan sepi. Walaupun lelaki itu ada di rumah, rumah mereka tetap akan sunyi kerana Adrien akan stay dalam biliknya.

Kayla memang dah jadi full time housewife sejak mereka berkahwin kerana bak kata Adrien, dia tak nak mendengar gossip dan desas desus buruk tentang perkahwinan mereka. Sebelum mereka berkahwin, Kayla bekerja sebagai seorang jururawat di sebuah private hospital. Apabila Adrien melamarnya dulu, Adrien memberi dia kata dua, iaitu berhenti kerja dan jadi full time housewife or tak payah kahwin terus. Of course la Kayla ambik pilihan pertama. Sudah menjadi impiannya sejak sekian lama memiliki Adrien walaupun dia tidak tahu apa motif Adrien melamarnya dulu kalau layanan lelaki itu terhadapnya selalu dingin.

Selama mereka berkahwin, tak pernah sekali pun mereka tidur sebilik. Bukan Kayla tak mahu, tapi masalahnya, Adrien yang melarang. Syarat pertama Adrien untuk Kayla semasa Kayla melangkah kaki ke mansion itu. Dalam banyak-banyak syarat dan larangan lelaki itu, syarat yang pertama itulah yang ampai ke saat ini dia ingat dan sentiasa terngiang-ngiang di telinganya. Macam melodi yang mengingatkannya tempat dia berdiri di sisi lelaki itu.

"Kita tinggal bilik asing-asing. Walaupun kita sudah berkahwin, just assume that we stay here together as a housemate. There'll no intimate or skinship contact between us. Just stay in this marriage until I put the end of it. No need to be my real wife. Just pretend that you're my beloved wife," ujar Adrien dingin.

Bermula dari detik itulah Kayla menjadi halimunan di mansion itu. Sungguh bosan hidupnya terperap di mansion itu. Sering ditinggalkan seorang diri, tidak dibenarkan keluar dari rumah itu melainkan ada Alex menemaninya keluar. Kalau pun dia teringinkan atau memerlukan sesuatu, Alex yang akan selalu membelikannya. Nasib baik ada Coco, anjing Maltese Shih Tzu, anjing kepunyaan Adrien yang selalu menemaninya setiap hari.

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now