Kayla Adelyn mencintai Adriel Kayden crushnya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Bagai bulan jatuh ke riba apabila Adriel melamarnya menjadi isteri kepada lelaki itu. Dia sanggup meninggalkan impian dan cita-citanya hanya untuk bersama lelaki itu. Namun tiada siapa tahu kenapa Adrien melamarnya, seorang gadis biasa, peminat kepada lelaki itu. Hanya Adrien sahaja yang tahu kenapa dia melamar gadis itu. Perkahwinan yang diimpikan Kayla tak seindah yang dia harapkan bila hanya dia sahaja yang berusaha membaiki hubungan itu. Sampai suatu saat dia mengalah dan menyerah dalam memenangi hati lelaki itu.