BAB 7

6 0 0
                                    

Dari tadi Kayla scroll Tik Tok, Instagram, Facebook. Berita yang sama juga yang dia baca. Headline berita itu yang menyakitkan hatinya.

"CEO ONE Company dan Leader dari Kumpulan ONE, Ayden sedang hangat menjalin hubungan dengan seorang trainee dari companynya"

Terpampang gambar Ayden dengan perempuan itu sedang makan bersuap di sebuah restaurant mewah. Tidak dinafikan bahawa perempuan itu cantik. Malah lebih cantik dari Kayla. Walaupun bukan pertama kali melihat berita dan gossip seperti itu, hatinya tetap rasa sakit. Sebelum ini lebih dahsyat lagi gambar Ayden dengan seorang model terkenal, Debby sedang bercium di tempat tersorok.

Saat itu hanya air mata Sahaja menemani Kayla. Ayden bila ditanya, jawabnya senang saja, 'It's none of your business. I can love and be with whoever I want. If you don't like it, you're free to go to find your own happiness.'

Sejak dari saat itu, Kayla malas nak ambik tahu atau masuk campur dalam kehidupan peribadi Kayden. Kerana bagi Kayden dia Cuma wanita yang bergelar isteri yang memiliki tubuhnya namun bukan hatinya. Sakit hati macam mana sekalipun, Kayla tak berani bersuara kerana dia sedar diri siapa.

Ikutkan hati yang kecewa dan sakit ini, ingin saja dia melangkah pergi dari hidup Kayden namun kerana rasa cinta yang terlalu mendalam terhadap lelaki itu, dia masih sanggup bertahan.

Haish, entah sampai bila aku mampu bertahan dengan semua ini. Kenapa susah sangat aku nak gapai bahagia walau hanya sekejap.

Air matanya mengalir tanpa henti sampai dia tertidur di sofa Panjang itu. Dia mengabaikan semua chat dari Bella walaupun dia tahu Bella risaukan keadaannya. Namun dia terlalu penat masa ini. Penat makan hati dan menahan perasaan.

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now