BAB 8

5 0 0
                                    

Keesokan harinya, Kayden balik ke rumah. Terkejut dia melihat Kayla tidur di atas sofa itu. Dia menghampiri Kayla dan dia melihat mata yang tertutup itu bengkak. Mesti dia dah baca berita tu, getus hatinya.

Tanpa berlengah, terus badan kecil molek itu diangkatnya kearah bilik tidurnya. Perlahan tubuh itu diletakkan di atas katil, takut isterinya terjaga. Namun langsung tiada respons dari wanita itu. Penat sangat dia ni menangis sampai tak sedar kena angkut ke bilik. Perlahan pipi mulus isterinya dielus lembut sebelum satu ciuman dilabuhkan di situ. Tersungging senyuman di bibirnya apabila isterinya itu masih tidak sedar. Sekali lagi ciuman dilabuhkan ke atas kening isterinya sambil mengusap lembut ubun-ubun itu.

Setelah itu, Langkah diatur ke arah bilik mandi. Dia ingin membersihkan diri. Penerbangan dari Bali ke Kuala Lumpur mengambil masa 3 jam lebih. Sedikit pun dia tidak melelapkan mata sepanjang perjalanan balik. Dari semalam dia tidak sempat tidur. Handphonenya non-stop berbunyi. Semuanya inginkan penjelasan tentang gossip yang Tengah hangat di media social, tentang dirinya dan Lily, trainee baru di companynya.

Selepas selesai membersihkan diri dan bersiap, Kayden melangkah kea rah katil dan membaringkan diri di sebelah Kayla. Perlahan kepala isterinya itu diangkat dan diletakkan di atas lengannya. Nasib baik dia tak terjaga. Sejak bila isteri aku ni jenis yang tidur mati. Bukan ke dia ni dengar bunyi sikit pun dah terjaga. Penat sangat dia ni menangis sampai aku angkat, cium peluk semua dia tak sedar.

Sebelum melelapkan mata, sempat dia mengucup pipi isterinya lagi.

"I'm sorry," bisiknya perlahan di tepi telinga Kayla.

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now