• DUA

54 17 0
                                    

"Kan aku dah cakap berambus!,bodoh ke?." Kata abang Hanif.

Dia mencampakkan beg bagasi aku di hadapan ibuku, terbuntang mata ibu aku melihat anak yang dijaganya itu membuat sebegitu.

"kamu semua memang tak kenang jasa ibu!,ibu dah jaga korang dari kecil macam nie korang balas?!." Abangku sudah hilang sabar dengan abang Hanif.

"So? Dia bukan mak aku."

Kata-kata itu membuatkan air mata jatuh membasahi pipi,aku tak sangka kalau abang Hanif akan keluarkan kata-kata yang teruk itu.

Memang ibu bukan ibu kandung kepada abang Hanif dan kakak tiri aku,tapi kenapa? Ibu dah jaga diorang dari kecil. Inikah balasan kepada ibu ??

"BERAMBUS!."

aku terkejut dan terbangun dari tidur,aku melihat jam yang berada di meja sebelahku,dah pukul 10 rupanya.lewat jugak aku bangun.

Aku melihat skrin telefon aku,banyak miss call yang aku dapat.

"Mamat ni sehari kalau tak call memang tak sah eh? Kata bagi cuti tapi mengacau."

Aku mengambil telefon aku dan aku tengok ada banyak misscall dah chat. Ugh mamat ni aku jumpa jelah dia kat sana lagi senang.

      Sampai sahaja aku di balai aku terus duduk di hadapan meja aku,dan aku melihat zarif yang sedang tekun membuat kerja.

"Tekunnya kau,kau okey ke?." Tanya aku.

"Err aku okey jer,cuma adalah hal-hal yang nak kena settlekan?."

Aku hanya mengangguk kecil dan segera membuka komputer aku. Tiba-tiba kapten sergah aku dari belakang.

"BHAAA!."

aku hanya membuat muka dan menamparnya pakai file yang ada kat atas meja tu. Baru puas hati aku.

"Kau memang tiada kerja lain ke?kalau tak kacau aku sehari memang tak boleh eh?."

"Alaa gurau sikit je."

Aku memberi jelingan seraya dan fokus kerja aku sendiri,aku malas nak layan orang tua ni.Nak aku tenang tapi sendiri suka buat hal dengan aku, memang mendapatlah.

"Aesya,kau bukan patutnya cuti ke?."

Aku menutup skrin komputer aku dan aku memandang tajam ke arah mata Zarif,aku dapat lihat muka Zarif yang tiba-tiba berubah.

"Haahlah,kau patutnya cuti aku dah bagi kau kebenaran kan?." Sambung lagi kapten Aayan.

"Eh korang memang tak suka aku datang kerja ke?. Aku pun stress duduk rumah tu so better aku pergi kerja."

"Siapa yang suruh kau duduk rumah?."

Aku terdiam dengan kata-kata kapten, memang cuti ni dia beri kebenaran untuk aku berehat dan berjalan di mana-mana tempat tapi aku sendiri yang degil nak duduk rumah.Alah kalau keluar pun bukan buat apa.

"tak boleh nak jawab pula. Cuti ni bukan setakat cuti duduk rumah goyang kaki. Cubalah kau pergi exercise ke pergi melancong ke."  Kata kapten Aayan dengan gayanya yang acah cool.

  Yang penting orang tua ni dah mula bising. Terpaksalah aku dengar bebelan dia.

"Better kau balik sebelum komander sampai,mampus kau nanti."

"Please,aku buat kerja ni sampai pukul 5 petang tolonglah and then memang aku tak datang sini dah."

Zarif memandang kapten Aayan dan mereka sesama mengangguk kan kepala. Aku berasa lega sedikit kerana dapat bekerja walaupun tak lama yang aku nak.

      Aku focus terhadap kerja aku,ya memang aku detektif tapi aku nak juga duduk depan computer ni kan? Mesti banyak benda nak kena buat.

Jam hampir pukul 5 petang aku segera kemas barang dan beredar dari situ. Aku melihat zarif seperti ada berkomunikasi dengan sesiapa melalui airpod.

Aku keluar dari balai dan aku masuk ke dalam kereta,aku teringat kata-kata komander semasa aku buat kerja tadi.fuh dalam sangat.

'kau memang tiada kerja? Cubalah balik rumah dan buat hal yang kau suka.kau datang sini nak buat kerja sokay kitorang boleh settlekan."

'so ? Biar jelah aku buat kenapa kau nak bising?." Balas aku.

'aesya bagi kerjasama please,kau tu sakit aesya. Sedar lah diri tu.'

Kata-kata itu membuatkan aku panas,kalau aku sakit salah ke aku nak buat kerja? Dia suruh aku buat hal yang aku suka so aku nak buat kerja aku.

Aku menekan minyak kereta dengan kelajuan penuh,mood aku dah berubah ubah apabila mengingati kisah keluarga aku dan kata-kata komander.

Aku berhenti kereta di tempat yang aku nak pergi, aku naik ke bangunan yang kosong tiada orang,disitu hanyalah gelap tiada cahaya.

Hari dah mula gelap aku menangis di bangunan itu dan aku bertekad untuk bunuh diri aku.

"Patutnya aku yang mati! Bukan abang dan ibu aku.korang jahat!."

Aku berdiri di  bahagian yang tiada dinding dan memandang kawasan jalan raya itu. Ya bangunan terbiar ini berada di sebelah jalan raya.

Air mata aku jatuh membasahi pipi,aku berasa kesal aku berasa diri aku paling bersalah dalam hal ini. Aku dah penat!.

"Aku akan ambil diri aku sendiri."

Badan ku mula lemah dah aku tekad untuk jatuh dari bangunan itu,aku mula terjatuh dan tiba-tiba ada seseorang menarik tanganku.

"KAU DAH GILE KE?!."

Aku melihat mata lelaki itu,sangat dingin aku melihat dalam daripada matanya. Lelaki itu berpakaian hoodie hitam dan topi berwarna hitam serta mask yang berwarna gelap.

"KAU SIAPA?! KENAPA KAU TARIK AKU? AKU DAH PENAT NAK HIDUP!." Kata aku sambil menangis di hadapannya.

"Dah puas hidup?dah banyak ke amalan kau sampai nak ambil nyawa sendiri?penat?."

Kata lelaki itu betul-betul menusuk ke dalam hati aku,aku tak sangka dia boleh cakap terus kat aku sampai macamtu.

"Kau buat apa kat bangunan tingkat 1 nie? Nasib rendah tau tak?! Kalau aku tak nampak kau mungkin kau dah mampus ikut kepala kau tu."

"Kau siapa datang kat sini?." Aku memandang tajam ke arah mata lelaki itu.

"Kau siapa nak tahu aku?"

Eii geram? Memang geram dahlah dingin eh lupa pulak yang dia tak lepas lagi tangan aku ni.

"Lepaskan aku."

"Kau jatuh aku ikut jatuh sekali."

"Bisinglah kau nie,lepaskan jelah suka aku nak hidup ke mati."

Dia hanya diam dan masih lagi menggenggam erat tanganku, sudahlah dia pegang kat bahagian yang aku toreh tu!.

"Jangan buat perkara yang tak berfaedah lah bodoh."

Aku menarik tanganku,memang sakit! Makin lama aku tarik makin kuat dia pegang. Aku dah tak tahan aku terus lepaskan tangan aku.

Tiba-tiba dia menarik aku ke dalam bangunan dan dia terjatuh keluar daripada bangunan itu.

Alangkah terkejutnya aku, aku tidak sempat menarik tangannya semula dan aku melihat dia terjatuh ke atas tanah. Aku dah panik. Apa kau buat ni aesya!.

Orang ramai yang lalu lalang disitu mula datang dekat kepada lelaki itu.Aku turun dari bangunan itu dan terus pergi ke orang ramai.

"Tolong..tolong call pihak hospital.tolong."

Aku melihat topi lelaki itu hilang,mask nya sudah terbuka dan banyak darah terkeluar daripada kepalanya.Aku berasa takut dan dalam keadaan marah.

Kenape kau mesti selamatkan aku?

01 | RAHSIA ANTARA KITA ( Sedang Ditulis )Where stories live. Discover now