•LAPAN

25 6 0
                                    

angin kencang membangunkan aku dari tidur yang lama, aku melihat sekeliling dan hanya ada dunia yang kosong seakan tiada apa-apa.

"Aku kat mana ni?..."

Dia memandang ke bangunan yang telah hancur, banyak perkataan yang membuatkan dirinya down.

'mati mati, diri kau sepatutnya mati.'

'tiada apa yang akan membahagiakan atau kau berfikir untuk MATI.'

terduduk aku melihat semua kata-kata mati di setiap sudut bangunan, aku tahu ini adalah mimpi.. aku perlu bangun, Bangun!

Aku tak mampu untuk bangun!

Tiba-tiba aku melihat sosok hitam yang berada di belakang ku. Aku cepat menoleh kebelakang, sosok itu kembali hilang.

"Kau perlu bangun Aesya, bangun!."

HAH?!

Aku terhantuk kepala di dinding apabila sedar yang diri aku telah bangun daripada mimpi itu, kenapa mimpi itu kembali? Bukan dah lama ke mimpi tu hilang semenjak arwah abang dan arwah ibu meninggal?.

Aesya bangun dan segera mempersiapkan dirinya, hari ini ialah hari dimana Nini berkahwin dengan seseorang yang dikenalinya. Budak bawah umur aku pun dah kahwin, aku bila kan?.

Aku pergi ke rumah Mak mah untuk menolong mereka, kelihatan ramai tetamu yang memakai baju kurung yang cantik dan bergaya.

"Aesya, jemput masuk. Kalau kamu nak tengok Nini kamu boleh naik atas." Ujar mak mah.

Aku hanya mengangguk lalu naik ke bilik, apabila aku membuka pintu bilik itu aku melihat Nini yang memakai gaun pengantin berwarna Cream, sangat kena dan tepat pilihan warnanya itu.

"Cantiknya Nini." Tegur aku.

"Eh kak Aesya, alhamdulillah semua berjalan lancar." Kata Nini seraya memberi senyuman manis kepada aku.

"Cantiknya colour tema Nini ni, tepat dengan warna kulit Nini." Ujar aku sambil melihat Nini yang sedang disolek.

"Pilihan Abang Aldrien sentiasa tepat." Kata Nini.

Aku hanya memandang Nini lama, tak sangka hari ini Nini sudah berkahwin. Baru sahaja mereka berkenalan tak sangka mereka akan berpisah.

"Hari ini adalah hari istimewa Nini, Nini akan menjadi tuan Puteri pada si suami." Ujar aku.

Nini hanya membuat senyuman kelat.

"Kenapa nini?." Soal aku apabila melihat perubahan wajah Nini.

"Sebenarnya Nini terlalu muda untuk berkahwin, namun Nini terpaksa berkahwin atas arahan Mak mah, Nini tahu betapa susahnya untuk menjaga Nini dan Akak Nini." Ujar Nini.

"Kenapa nini tak menolak?."

"Nini takut mak mahu terasa jika menolak calon itu."

Aku hanya mengeluh, aku faham situasi Nini. Agak susah untuk dirinya berkahwin dalam usia yang sangat muda.

"Tapi Nini beruntung kenal abang zaffar, dia seorang yang baik dan lemah lembut terhadap wanita. Nini rasa bahagia juga apabila bersama lelaki yang menyayangi Nini."

Air mata aku mula bertakung apabila Nini berkata begitu, dan tibalah hari ini dirinya akan bernikah dengan lelaki itu.

"Akak Aesya minta izin untuk turun ya Nini? Majlis dah nak bermula. Kak Aesya perlu menolong Mak mah." Kata aku lalu membuka pintu.

Tiba-tiba Nini menarik tangan aku.

"Terima kasih sebab jadi kawan Nini sehingga di hari pernikahan ni." Ujar Nini sambil tersenyum manis.

01 | RAHSIA ANTARA KITA ( Sedang Ditulis )Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin