•ENAM

32 17 0
                                    

Pada pukul 6 kami semua berada di Pangkalan, kami memerlukan pihak polis untuk menukar imej menjadi pekerja yang berada di klinik itu supaya mereka tidak mengetahui identiti mereka sebagai 'Penyamar.'

"So plan aku kita kena ubah penampilan kita." Kata komander tegas.

"Aku cadangkan Aesya untuk jadi pekerja nurse di klinik itu. Zarif dan juga Arysa sudah meletakkan beberapa cctv di dalam klinik itu."

"Bila boleh gerak? Malam ni?." Kata aku dengan ingin tahu secepat mungkin.

"Tak pasti lagi, mereka masih belum menerima pekerja baru setakat ni. Tugas kau adalah untuk cari fail-fail pesakit yang berada di hospital itu dan menyamar untuk menangkap lelaki itu." Kata kapten Aayan.

"Setahu aku,lelaki yang pecah masuk ke dalam rumah kau adalah penjenayah kita yang dikehendaki sebelum ni,namun kita dah tak buka kes tentang mereka disebabkan kes yang terlalu lama dan rumit untuk dicari." Kata Zarif yang tiba disitu secara tiba-tiba.

"Penjenayah dikehendaki? Apa maksud kau?." Tanya aku dengan ingin tahu lebih mendalam

"Ye,dia penjenayah yang dikehendaki. Aku dapat rasakan je sebab mengikut data yang aku dah cari tentang laki tu dia pernah bekerja dengan penjenayah hacker."

"Sekejap, kau nak maksudkan geng Osix Diamond?." Kata Kapten Aayan.

"Tu hanyalah nama samaran. Nama betulnya masih belum diketahui, disebabkan kes yang rumit dan susah untuk dicari kita terpaksa menutup kes ini."

Aku berasa sedih dan sedikit tidak percaya, geng penjenayah terhebat kini masih berleluasa hingga kini?apa yang mereka mahukan?.

"Adakah kes ini akan dilakukan semula atas sebab kejadian baru-baru ini yang telah dikeluarkan di balai kita?."

Zarif memandang aku, apa yang dia maksudkan? Ya atas meja aku mempunyai banyak helaian kertas. Ia adalah kes 'kecurian' duit, hanya duit tetapi duit yang agak besar berjuta-juta ringgit.

"Apa maksud kau? Kes apa?."

"Kes kecurian duit yang berjuta-juta ringgit, kes ini baru je ada baru-baru ni. Atas meja aku penuh dengan helaian kertas kes-kes yang dikeluarkan." Terang aku kepada Zarif.

"Macam mana kertas tu ada kat meja kau? Siapa hantar? Apa je maklumat yang ada?." Tanya Zarif untuk mengetahui.

"Kau boleh baca sendiri, sebab aku dah letak atas meja kau and yeah aku just nak settlekan kes perompak yang pecah masuk rumah aku tanpa sebab je." Kata aku sindir pada komander.

                          _____________

Sudah 3 minggu Adriel tinggal di hospital, doktor mengatakan yang Adriel terpaksa duduk di hospital dengan masa yang agak lama untuk pulihkan kaki dan tangannya. Nama terseliuh tapi teruk juga.

Tok! Tok!

"Adriel aku datang bawa makanan."

Tiba-tiba aku membuka pintu lalu sekumpulan lelaki yang berpakaian seragam kemas dan segak bergaya duduk bersama dengan Adriel. Sekeliling Adriel hanya ada mereka.

"Kau ada awek cun? Tak bagitahu pun?." Tegur seorang lelaki yang agak sewel namun dia kelihatan sangat segak dengan kemeja berwarna kuning.

"Diam boleh tak, kau duduk la sini Lia."

Dia panggil apa? Lia? boleh bagi nama lain lia juga nak dipanggil. Hanya abang aku yang boleh panggil aku dengan gelaran 'Lia'

"Err baik." Ujar aku dingin.

"Aku nak perkenalkan kawan kawan aku, atau kau nak tanya sendiri?." Kata Adriel dengan lemah lembut. Tak sangka pula depan kawan lain depan aku lain.

"Kau sebutlah, aku nak tahu satu persatu."

01 | RAHSIA ANTARA KITA ( Sedang Ditulis )Where stories live. Discover now