•TUJUH

27 11 11
                                    

"Wait, ni siapa? Kenapa you pegang tangan dia?." Ujar perempuan itu dengan memandang sinis ke arah ku.

"Sebenarnya dia-...."

"hi my name is Roselle and i bekerja sebagai pramugari siapa nama you?." Kata gadis itu.

Wah bukan main perkenalan diri sampai nak dibangga-bangga oleh Adriel. Kalau kau tahu taste mamat ni macam ni memang aku dah bla dari awal.

"Bukan nama kau Rosmah ke? Apahal jadi risoles pula?." Ujar Adriel dengan muka hairan.

"Nama i Roselle! Bukan kuih risoles. Ugh."

Rupanya nama sebenar dia Rosmah. Lawa tapi guna nama samaran. Tak sedar diri betul nak letak nama lawa-lawa.

"Yelah Rosmah eh riso.. risoles eh Roselle ha."

Perempuan itu memberi jelingan maut. Sementara itu aku hanya diamkan diri, aku hanya memandang sekeliling bilik dan tidak memandang tepat ke arah mata perempuannya itu.

"A-Aku Aesya Camelia just call me Aesya...."

"Sedapnya nama, tapi itulah penyondol." Kata Perempuan itu sambil memberikan senyuman sinis.

"Kalau dah kena buang, buat cara dah kena buang jangan cop orang lain penyondol ops."

terkejut dengan sindiran aku? Memang patut kau dapat, aku pun tak kenal mamat tak guna ni. Tak pasal-pasal aku kena cop penyondol.

"You punya girlfriend baru kurang ajar eh? You memang takde taste!."

"Shut up Rosmah, aku taknak dengar kau membebel dengan fikiran kau yang overthinking tu." Ujar Adriel dingin dengan memandang sinis ke arah Roselle.

Air mata perempuan itu mula bertakung, aku merasa bersalah. Perempuan itu terus lari keluar daripada hospital itu....

"Kau ni kalau ye pun cakap la elok-elok, dia tu perempuan."

"Habis kau? Dengar cakap aku ni. Dia tu tak perlu di 'respect' sebab dia memang acah lawa."

"Ex kau kot.. kau kata acah lawa, habis dulu? Kau bangga banggakan dia."

Lelaki itu memandang aku dengan wajah dingin, aku memang tak faham apa masalah lelaki ni. Lagipun lusa dia dah boleh keluar hospital dan aku tak perlu jaga dia dah alhamdulillah.

_____________________

Setelah beberapa hari akhirnya Adriel dibenarkan untuk pulang ke rumah, alhamdulillah aku sangat lah rasa bersyukur sebab tiada beban yang perlu dijaga.

"Jadi siapa akan angkat barang-barang kau yang belambak ni?."

"Aku ada kawan-kawan khas yang akan membantu."

Aku hanya mengangguk kecil, mungkin rakan-rakannya yang pernah melawatnya sebelum ni. Aku perlu segera pulang ke rumah untuk menolong Anak Che mah iaitu Nini

Minggu hadapan ialah hari pertunangan Nini, Che mah meminta tolong Daripada aku untuk teman nini ke Pasaraya untuk membeli baju perkahwinan mereka. Aku sedikit terkejut, tak sangka Nini dah jadi tunang orang.

"Boleh cepat sikit tak? Aku kena balik cepat. Aku ada hal." Ujar aku dingin.

"Diorang dah sampai, kau balik rumah pun tidur ada hati nak balik awal."

"Never mind." Balas aku singkat.

'dia tak marah aku pun bila aku marah.' ujar Adriel dalam hati.

"Yo wassup Adriel akhirnya kau balik!." Ujar Syad dengan muka gembira.

01 | RAHSIA ANTARA KITA ( Sedang Ditulis )Where stories live. Discover now