•LIMA

28 17 0
                                    

Pada pagi itu,aku segera bangun dan solat subuh kemudian hendak mencari laptop aku yang hilang sejak malam semalam.

"Mungkin ada dekat kawasan sini." merungut Aesya sambil memegang penyapu.

Aku masih lagi membuat kerja,banyak darah dan barang pecah di atas lantai,aku perlu berhati-hati. Pada masa yang sama mata aku juga tak lepas dari pandangan tempat lain untuk melihat sekiranya ada laptop dimana-mana.

Sewaktu aku menyapu di tepi sofa,aku melihat sesuatu yang berwarna kelabu dan itu dia! Laptop aku yang dicari-cari!.

"alhamdulillah nasib tak hilang,tapi macam mana boleh ada bawah ni?."

Takpelah,asalkan aku dah jumpa. Jam menunjukkan hampir pukul 10,dari subuh sampai sekarang rumah aku masih lagi kotor dan perlu di bersihkan.

"Yang penting aku tak lupa nak kena jumpa Mamat tu,nanti dia kata aku nie macam-macam sebab akulah dia terlantar kat hospital."

Aku mengemas rumah dengan laju,dan terus masak hidangan istimewa! Tomyam ayam dan sayur kobis goreng,makanan kesukaan aku tu!.

Pada pukul 12 tengahari aku menelefon kapten untuk menghantarkan aku ke hospital,alasan aku tak susah tak senang, cakap je aku sakit kapten akan bawa.

PIN PIN!

"Sabarlah,kau nie sejenis tak reti sabar ke?."

"Wahai gadis yang cantik lagi ayu,cepatlah sedikit. Kapten kamu hampir pengsan menunggu."

Dah mula dah perangai meroyan dia,botak ni kalau sehari tak jadi gila tak sah eh?rasa tak selesa aku lama-lama dengan kapten ni.  Walau apapun aku tetap mengganggap dirinya seperti ayah kandung aku sendiri.

"Maaf lambat kapten,aku ada hal sikit tadi."

"Tak mengapa,kalau boleh tahu kenapa kau nak  pergi hospital? Kau sakit apa? Ada Appointment ke?"

"Aku tak sedap badan lepas kejadian malam tadi,jadi aku nak pergi hospital la. Banyak tanyalah kau ni dah cepat gerak."

Kapten terus menekan minyak dan pergi ke hospital,semasa dalam perjalanan aku melihat ditangannya mempunyai satu gelang yang berinsial A.

"Haram orang lelaki memakai gelang kat tangan,baik kau buang sebelum aku sendiri rampas."

"Suka akula, lagipun benda ni penting untuk aku."

"Apa yang penting? Tak boleh ke tukar kepada benda selain daripada gelang?."

"Kau kena tahu,benda ni sangat penting untuk hidup aku,kalau benda ni hilang aku akan susah."

"Okey kalau macam..."

"Baik kau senyap daripada membalas apa yang aku balas, ingat benda ni penting untuk hidup aku. Hidup aku!."

Aku hanya menjeling ke atas,aku tak suka lelaki pakai gelang. Aku tegur dia sebab aku tahu benda tu salah pada orang lelaki.susah ke dia nak dengar arahan aku juga?.

Apabila sampai di hospital,aku segera turun dan pergi ke bilik Arsyad,aku melihat Arsyad sedang memandang keluar tingkap dengan diam.

"Arsyad aku datang nak-"

"Mana salam kau? Agama mana tak ajar kau untuk bersalam ni?."

Mulalah perangai dia ni.

"Assalamualaikum encik Arsyad,saya datang untuk melawat awak dengan membawa sedikit makanan dari rumah."

"HAHHAHAHA."

Mamat ni kenapa? Gila ke? Ni lagi sorang main gelak je tak jawab salam baguslah tu 2x5 je .

01 | RAHSIA ANTARA KITA ( Sedang Ditulis )Where stories live. Discover now