•EMPAT

25 16 0
                                    

Habis saja aku solat Isyak aku terus melabuhkan punggung di atas katil dan berbaring, memang penat dengan bala yang terjadi setakat ni.

Aku memandang skrin telefon aku,banyak perkongsian yang aku dapat setakat ni daripada rakan sekerja aku,aku dengar cerita ada penjenayah terbaru setakat ni.

'huh, penjenayah hebat konon. Sebelum dikatakan hebat tapi sama saja semuanya lemah!.'

Aku terus menutup lampu di dalam bilik dan terus tidur. Semasa aku tidur aku terdengar bunyi tapak kaki seseorang dalam rumah aku.

Aku menelan air liur aku,aduh malam-malam macam ini lah ada orang,siapa pula tu? Rumah aku ni dahlah gelap.

Aku bangun dan pergi ke suis lampu bilik,aku menekan suis itu dan yeah,tiada lampu. Aku menoleh ke arah aircond dan kipas,semuanya mati.

"ARGH APA BENDA NI? FIKIR LAWAK KE MASA-MASA MACAM NI ELETRIK MATI?."

Bunyi tapak kaki itu semakin kuat,aku mencapai telefon dan membuka flash light. Aku keluar daripada bilik itu dengan berhati-hati. Aku melihat banyak barang aku dah berselerak di atas lantai.

"Siapa yang bodoh sangat masuk rumah orang tak bagi salam ni? Lepastu buat sepah. Ingat rumah mak dia ke?."

Apabila aku menoleh kebelakang dan aku terkejut,seseorang yang bertopengkan hitam memegang pisau dan mahu menikam aku.

Sempat aku mengelakkan diri daripada terkena pisau yang dipegangnya,aku mencapai pasu bunga yang ada di atas meja dan baling ke kepalanya.

BUK! TERKENA!.

Lelaki itu terjatuh,tetapi dia tetap kuat untuk melawan diriku,dia memegang leher ku dan cekik ku dengan kuat.

Aku mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri,aku menolak lelaki itu dengan kakiku. Aku dapat rasakan aku dah mula tak stabil.

"APA KAU NAK GILA!."

lelaki itu mengambil pisau dah ZAPP! terkena di tangan aku,aku menahan rasa sakit di tepi meja. Aku cuba kuat untuk membunuh lelaki itu.

"Kau dah masuk rumah aku, dan sekarang kau akan terima padahnya!."

Aku menyepak lelaki itu dengan kuat sehingga lelaki itu terjatuh,aku segera mencapai telefon bimbit dan menelefon komander Omar untuk meminta bantuan.

Tetapi ia tidak berkesampaian,sewaktu komander telah mengangkat panggilan lelaki itu segera menumbuk mataku, aku terjatuh.

"AESYA! APA JADI?!."

"s-selamatkan aku komander."

Suara aku semakin perlahan,tetapi aku cuba lagi untuk bangun dan aku mencapai beg aku yang berdekatan untuk mengeluarkan pistol.

Lelaki itu mencapai semula pisau dan menghala ke arah aku, namun aku lebih pantas. Aku menembak lengannya yang memegang pisau itu.

Lelaki itu menjerit kesakitan, memang kau patut rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Kau memang manusia gila!

Lelaki itu masih tak berputus asa,dia bangun dan menghampiri aku dia menumbuk perut aku sehingga aku terduduk di hadapannya, Dia tersenyum sinis melihat keadaan aku yang dah lemah.

"Bagitau perkara sebenar atau kau mati sekarang?." Kata lelaki itu dengan nada keras seolah-olah aku sembunyikan sesuatu.

"Apa yang kau merepek?! Apa yang aku kena beritahu kau?."

"ingat aku bodoh ke? Kau ni jangan acah-acah tak faham boleh tak? Kalau ye pun bengap jangan tunjuk sangat."

Apa dia kata?, dia kata aku bengap? Habistu dia tu, Mental? Gila? Masalah otak? Yang masuk rumah orang tak bagi salam.

01 | RAHSIA ANTARA KITA ( Sedang Ditulis )Where stories live. Discover now