☆ BAB 1 ☆

1.3K 56 4
                                    

Buku novel yang tadinya dibaca kini diletakkan diatas pahaku. Angin pantai yang menampar lembut wajahku itu membuatkan aku merasa sedikit tenang. Ditambah pula dengan bunyi ombak dan burung burung yang berkicauan pada petang itu bagaikan memahami isi hatiku.

"Sara!" Aku berpaling tatkala namaku diseru. Ayu yang berada tidak jauh dariku itu melambaikan tangannya kearahku.

"Dekat sini rupanya kau Sara, puas aku cari kau tau."

"Sapa suruh kau cari." Balasku bersahaja.

"Saja."

"Hmm kedai mana pula kau nak ajak aku kalini?"

"Em...kedai yang kat hujung kampung tu. Aku lapar la." Balasnya dengan membuat mimik muka comelnya.

"Dah agak. Kalau lapar je kau terus cari aku kan. Tapi sorry la Yu, aku tak boleh nak teman kau harini. Dah nak gelap, takut nanti mak tiri aku bising pula." Aku bangun daripada dudukku dan menepuk lembut bahu Ayu sebagai tanda maaf.

"Hmm...takpela kalau macam tu. Aku pergi sorang. Kau pergi la balik, nanti kang mengamuk pula orang tua tu." Dia juga turut bangun daripada duduknya.

"Ada pape call je aku terus tau. Bye jumpa esok." Aku hanya menganggukkan kepalaku sahaja seraya tersenyum manis kepadanya.

Jam tanganku dikerling sekilas. Tepat pukul 6 petang.

"Balik ni membebel la orang tua tu." Omelku seorang diri. Rambut yang tadinya bebas berterbangan kini diikat kemas.

***

Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, ibu tiriku sedang bercekak pinggang disebelah tangga. Aku hanya menghiraukannya dan terus sahaja menaiki anak tangga. Malas mahu bergaduh dengannya.

"Kau pergi lepak rumah jantan mana pula kalini Sara?"

Langkahku terhenti sebaik sahaja dia mengajukan soalannya itu. Dahi dikerutkan seribu memandangnya.

"Rumah jantan apanya, Sara lepak dekat pantai depan tu la." Balasku tidak berpuas hati dengan tuduhan ibu tiriku itu. Matanya tepat memandang novel yang berada didalam genggaman tanganku.

"Haa helok sangat la tu, kerja rumah tak nak buat, baca novel je kerja kau, tunggu je la aku bakar semua novel novel kau tu nanti. Dasar pemalas!" Bahuku dirempuhnya kuat sebelum berlalu menaiki anak tangga.

Aku hanya menggelengkan kepala sahaja melihat perangainya itu. Sudah cukup terbiasa.

Kaki dibawa menuju kearah bilikku. Aku perlu membersihkan diri dan turun menyediakan makan malam untuk kami bertiga.

***
Satu mangkuk tomyam ayam diletakkan diatas meja makan dan 4 buah pinggan diisi dengan nasi putih yang masih berasap.

"Pergi mana petang tadi? Umi cakap Sara pergi melepak rumah jantan, sampai nak dekat maghrib tadi baru reti nak balik, betul ke?" Tanya abah yang baru sahaja muncul dari ruang tamu.

"Mana ada bah. Sara kan selalu pergi baca novel dekat pantai depan sana tu ha. Cuma petang tadi tak perasan dah pukul 6, ralit sangat baca novel." Jawap ku seraya melabuhkan punggung disebelah abahku itu.

"Sudah sudah la tu Sara. Asyik baca novel je kerja kau. Cubalah buat sikit kerja rumah tu. Umi kau tu dah tua, mana larat nak buat kerja rumah semua ni."

Aku memandang abah pelik. Bingung. Bukan ke selama ni semua kerja dalam rumah ni aku yang buat? Daripada awal aku menjejakkan kaki kedalam rumah ini, memang kesemua kerja rumah terletak di atas bahuku. Ibu tiriku tidak pernah melakukan sebarang kerja rumah. Aku bahkan perlu menyiapkan sarapan pagi kepada mereka berdua terlebih dahulu sebelum bertolak ke sekolah.

"Dengar tak ni?" Aku menganggukkan kepalaku seraya menyambung menyuapkan makanan kedalam mulut.

15 minit keadaan sunyi. Hanya bertemankan sudu garfu yang berlaga.

"Umi mana bah? Taknak makan sekali ke?" Tanyaku hairan. Selalunya dia mesti turun untuk makan bersama. Takut jika aku mengadu perangai buruknya itu kepada abahku ini.

"Hmm....umi kau tu demam katanya, sebab penat kemas rumah petang tadi. Sebabtu la abah cakap, jangan bagi umi tu buat kerja rumah." Abah bangun daripada duduknya dan berlalu ke arah sinki.

Aku hanya tersenyum tawar. Kelakar. Demam sebab buat kerja rumah? Kerja rumah mana yang dia penat sangat buat tu. Haihla pandai betul berlakon. Aku bangun dan membawa pinggan kotor ke arah sinki untuk dicuci. Usai membersihkan dapur, aku berlalu menaiki anak tangga menuju ke arah bilikku. Lampu bilik ditutup dan aku terus sahaja merebahkan tubuhku diatas katil bersaiz queen itu.

***

Aku mencapai telefon bimbit diatas meja kecil yang terletak disebelah katilku. Jam menunjukkan pukul 4.30 minit pagi. Tuala dicapai dan kakiku melangkah laju ke arah bilik mandi. Seperti biasa, aku perlu menyiapkan sarapan pagi terlebih dahulu sebelum bertolak ke sekolah.

Harini aku hanya menggoreng nasi lebihan semalam dan satu jag air kopi panas.

Kasut sekolah yang bersaiz 34 disarungkan pada kakiku. Aku berjalan kaki menuju ke stesen bas yang terletak tidak jauh dari rumahku itu. Punggung dilabuhkan disalah satu kerusi penunggu yang disediakan, tidak lama sebelum bas sekolah yang ditunggu mengunjung tiba.

Nafas yang tidak teratur ditarik dalam sebelum masuk ke dalam kelas. Disebabkan tahun ini aku mencecah umur 17 tahun, jadi aku perlu menaiki anak tangga yang setinggi 3 tingkat ini.

"Awal kau harini Sara." Sapa Awin yang sedang menyapu sampah dipenjuru kelas.

"Hmm...biasala. Bas ni kekadang lambat kekadang awal. Ikut pada mood dia." Balasku sambil meletakkan beg sekolahku yang berwarna hitam pekat diatas kerusi. Tudung yang sedikit serabai dibetulkan. Jujur aku merasa sedikit rimas disaat memakai tudung sekolahku ini. Kalau tak disebabkan peraturan sekolah, dah lama tudung ni aku campak jauh jauh.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Jawap aku dan Awin serentak. Ayu dan Batrisya yang baru sahaja tiba mengambil tempat duduk disebelahku.

"Aii Sara. Pagi pagi lagi dah badmood. Dah kenapa?" Tanya Ayu yang sedang memperbetulkan duduknya.

"Mana taknya, tudung ni buat aku rasa rimas kau tau tak. Dah la panas!" Jawapku seraya melipat lengan bajuku.

"Sebab kau tu freehair. Orang lain elok je pakai tudung, takdenya nak panas panas bagai. Lagipun kan, panas dekat dunia ni tak sepanas dekat padang mahsyar nanti." Awin meletakkan penyapunya tadi ke tempat asal dan menarik kerusi duduk berhadapan denganku.

Aku hanya mengabaikan sahaja kata kata yang dilontarkan olehnya itu. Sudah cukup terbiasa dengan sindiran sindiran yang tak seberapa nak pedas ni.

"Erk..." Bat menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Weyhhhh! Semalam kan aku beli buku novel baru, best gila weyh cerita dia."  Bat memberitahu dengan terujanya, niatnya mahu menceriakan suasana. Namun hampa, sepatah kata pun tidak keluar daripada mulut kami. Sunyi. Hanya bunyi gurauan senda murid lelaki didalam kelas.

"Kau nak pergi mana?" Ayu bertanya kepadaku sebaik sahaja dia melihatku bangun daripada dudukku.

Aku tidak membalas. Malah berlalu pergi begitu sahaja.

Daun pintu tandas perempuan ditutup rapat. Tudung dibuka dan digantungkan pada paku yang berada dibelakang pintu.

Huhhhh

"Awin ni kalau dalam sehari tak menyakitkan hati aku tak boleh eh? Rimas betul! Dasar acah alim!"

Kaki dihentakkan kuat.

Muka dibilas beberapa kali. Panas!

"Relax Sara. Sabar okey sabar!"

Nafas dihembus kasar dengan tangan yang dibawa menggosok dadaku yang turun naik menahan sabar.

"Takpe...tunggu je la nasib kau Awin!"

HIS GIRL | OG Where stories live. Discover now