☆ BAB 6 ☆

531 37 1
                                    

"Kau buat apa dekat sini ? Gila ke ?!" Suaraku sedikit meninggi .

"Saja" dia menjungkitkan bahunya . Berjalan merapatiku . Matanya tepat memandang kearah leherku yang terdedah .

Air liur ditelan . Okey aku memang freehair tapi kenapa sekarang ni aku rasa macam nak sarung tudung untuk tutup leherku ini . Tak selesa apabila dia terus memandang kearah leherku .

"Can i kiss your neck honey ? I just want to leave a kiss mark at your beautiful neck . I want everyone to know that you are mine !" Dia terus sahaja menerpa kearahku sebaik sahaja menghabiskan ayatnya .

Panggg

Aku menampar kuat pipinya sebaik sahaja hidungnya bersentuhan dengan leherku .

Aku terus sahaja mencapai tudungku dan berlari menuju ke arah kelasku .

Dadaku turun naik .

"Gila !" gumamku seorang diri . Nasib la sekarang ni time rehat . Jadi tiada orang dikawasan tingkat atas ni . Cuma yang peliknya , macam mana si Airil tu boleh ada dekat atas ni .

"Ciss ! Jual mahal dengan aku ?" Airil tersenyum sinis . Mukanya menghadap cermin tandas sambil kedua belah tangannya yang diletakkan diatas sinki .

"Hawa Qaisara . Wait for me !" Dia menumbuk kuat dinding disebelahnya . Darah yang mengalir ditangannya diabaikan begitu sahaja .

Kaki diayun laju menuju kearah rumahku tatkala aku merasa seperti diikuti . Buka sahaja pintu rumah aku terus sahaja menghembuskan nafas . Lega .

"Sarapan pagi aku mana ? Aku dah cakap kan sebelum pergi sekolah pastikan kau dah siapkan makanan untuk aku and buatkan air panas untuk bapak kau kerja"

Aku yang baru je nak tenang ditambah lagi dengan masalah baru . Stress betul . Dekat sekolah nak hadap si budak gila bayang tu . Balik rumah nak kena hadap perangai si majikan yang tak pernah bayar gaji aku ni .

"Sara bangun lambat pagi tadi . Itu yang tak sempat nak siapkan makanan" tangan membuka kasut dan meletakkan diatas rak .

"Sapa suruh kau bangun lambat ? Dah pergi masak cepat , aku lapar !" dia terus sahaja melabuhkan punggungnya diatas sofa ruang tamu .

Aku tidak membalas . Kaki dibawa naik ketingkat atas . Nak bersihkan diri . Solat . Baru la aku turun masak . Lapar ? Nasib kau . Dah ada kaki tangan taknak masak sendiri . Sanggup tunggu pukul 3 petang aku balik sekolah . Pemalas betul . 

Tuala dicapai dan terus sahaja kaki melangkah masuk kedalam bilik mandi . Pili air dipulas . Pancuran air hujan turun membasahi tubuhku . Aku memejamkan mata . Kata kata yang dilontarkan oleh Airil tadi cukup membuatkan bulu romaku naik .

Kaki dibawa menuruni anak tangga . Ibu tiriku yang sedang menyilangkan kakinya sambil menekan nekan telefon ditangannya itu dikerling sekilas sebelum kaki melangkah masuk ke area dapur .

"Hmm...nak masak apeni ?" Aku membuka peti ais . Ikan kembung diambil dan dibawa ke sinki .

"Masak asam pedas jela" gumamku seorang diri .

Pintu ais dibuka kembali untuk mengambil cili kering yang telah dikisar . Tangan mencapai gunting dan aku terus berlalu keluar untuk mengambil daun kesum yang ditanam dibelakang rumah .

Belum sempat aku ingin memotong daun kesum tanganku disambar oleh seseorang .

"Aww sakitlah !" jeritku .

Dia terus sahaja menolak ku kearah dinding rumah sebaik sahaja aku menjerit . Kedudukan dia dan aku kini tersangatlah intim . Hidung yang bersentuhan dengan hidungku .  Matanya tepat menikam kedalam anak mataku .

HIS GIRL | OG Where stories live. Discover now