☆ BAB 14 ☆

470 29 0
                                    

"I want you to find out about this girl"

Gambar kad pengenalan yang berwarna biru itu ditunjukkan kepada kawannya . Mateen Nadhir .

Kening dinaikkan keatas .

"Uihhh . Sapa ni ?" Nadhir menyoal dengan terujanya .

Tetapi ianya hanya mendapat jelingan maut sahaja daripada Tengku Haiyan .

" K " Nadhir melangkah keluar daripada bilik yang berada didalam markas itu .

Seminggu sudahpun berlalu sejak kejadian dimana Hawa Qaisara menggoda dirinya . Hal ini membuatkan dia merasa tidak tenang . Apatah lagi setelah melihat akan perubahan Hawa Qaisara itu . Dia merasa seperti dialah punca akan perubahan Hawa Qaisara itu . Disebabkan hinaannya tempoh hari .

Dan yang membuatkan dia pelik adalah , macam mana Hawa Qaisara boleh berada di Kelantan pada keesokkan harinya itu ? Takkanlah larikan diri daripada dia sehingga membawa diri ke Kelantan ? Tak mungkin .

Disebabkan persoalan demi persoalan yang timbul membuatkan dia ingin mencari tahu tentang Hawa Qaisara itu .

Nafas dihembus kasar . Rahang diketap kuat . Notification daripada tunangnya membuatkan dia rimas .

Elvina
— You , you buat apa ? I nak ajak you lunch . Dah lama kita tak jumpa kan ? I rindu you Haiyan .

—Daddy cakap you dah seminggu balik Kelantan . Kenapa tak bagitahu I ? 

Tengku Haiyan hanya membacanya sahaja daripada notificationnya itu tanpa ada niat ingin membalasnya .

Mata dipejamkan . Jari telunjuknya mengetuk ngetuk meja kayu dihadapannya . Bunyi pintu yang dibuka tidak diendahkannya .

"Fikir pasal apa ?"

Tengku Haiyan membuka matanya sebaik sahaja bunyi bising kerusi dihadapannya itu ditarik .

"Dah sihat ?"

"Dah . Kalau tak , takdenya aku dekat depan kau sekarang ni"

Tengku Haiyan hanya menganggukkan kepalanya . Bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Faiq itu .

"Macam mana ? Kau dah cuba tanya Affan ?" Tengku Haiyan mengerling sekilas kearah pintu biliknya yang tertutup rapat . Takut jika didengari oleh orang lain juga .

"Dah . Tapi dia cakap , dia dah takde perasaan dekat Elvina . Semua tu cerita lama"

"Tipu . Aku tahu dia masih cintakan Elvina . Tapi dia egokan diri dia"

"Tak Haiyan . Dia bukan ego . Tapi dia taknak kacau Elvina . Kau faham apa maksud aku kan ?"

"Sebab Elvina tunang aku ? Damn it . Dia tahu yang pertunangan antara aku dan Elvina tu disebabkan pilihan keluarga"

Tuk tuk tuk

Tengku Haiyan dan Faiq Mukhriz memandang sesama sendiri sebelum Tengku Haiyan menyuruhnya untuk masuk . Sebaik sahaja pintu itu terbuka , jelaslah terpampang sosok tubuh sasa Affan Haqeem .

"Lah kau pun ada" Affan melangkahkan kakinya kearah meja kayu yang diduduki oleh mereka berdua itu . Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan disitu .

"Dah kenapa korang pandang aku macam tu ?"

Faiq tersengih tawar . Menelan liurnya kesat . Dia takut jika perbualannya antara Tengku Haiyan itu tadi didengari oleh Affan .

"Aku nak korang berdua stay dekat Kelantan buat sementara waktu . Minggu depan baru korang balik Selangor"

"Sebab ?" Affan menyoal dengan tangan yang dibawa memeluk tubuh .

"Sebab boleh dung gu dung gu dung—"

Tuk

"Adoiii !" Faiq menggosok kepalanya yang diketuk oleh Affan itu .

Tengku Haiyan hanya mengabaikan sahaja telatah sahabatnya itu . Malas nak layan .

"Sebab sekarang ni Dato Joe ada dekat Selangor . Semalam Megat telefon bagitahu aku . Dia yang suruh korang duduk kat Kelantan ni buat sementara waktu"

"Okay . Tapi hotel kitaorang kau bayar" Faiq memberitahu dengan muka yang tidak tahu malu .

"Takde masala—"

Deringan telefon bimbit Tengku Haiyan itu membuatkan tiga kepala memandang tepat kearah telefon itu .

Elvina

Tengku Haiyan terus sahaja memandang kearah Affan Haqeem .

Affan mengetap kuat rahangnya . Perasaan cemburu yang hadir didalam dirinya itu ditolak jauh jauh .

Telefon dilekapkan ditelinga .

"Biy....kenapa lama sangat nak balas mesej I" adu Elvina tidak berpuas hati .

"I busy sikit sayang . Nanti I call you balik" talian terus sahaja dimatikan . Anak mata Tengku Haiyan masih merenung sisi wajah Affan yang melemparkan pandangannya kearah rak buku yang tersusun rapi disebelah meja kayunya itu .

Dia tahu sahabatnya itu menyimpan perasaan terhadap tunangnya .

HIS GIRL | OG Donde viven las historias. Descúbrelo ahora