☆ BAB 2 ☆

747 59 5
                                    

Kaki melangkah laju menuruni anak tangga tatkala namaku diseru.

"Kau pekak ke hah! Aku panggil kau banyak kali kau tak dengar ke!" Tengking ibu tiriku sebaik sahaja aku berada diruang tamu. Tangannya naik menunjal nunjal kepalaku. Aku tidak mengelak mahupun melawan. Hanya membiarkan sahaja.

"Maaf umi. Sara solat tadi."

"Solat? Pakai baju pun terdedah sana sini, kau yakin ke ibadah kau tu diterima?" Balas ibu tiriku sinis.

"Umi nak Sara buat pape ke?" Soalku tanpa basa basi. Jujur aku memang tengah panas hati sekarang ni. Nak je menjerit dekat telinga dia "AT LEAST AKU SOLAT !"

"Ya! Takkan la aku nak panggil kau saja saja. Aku nak kau lap lantai ruang tamu ni. Tapi....aku nak kau guna kain, bukan guna mop! Faham?" Selesai sahaja menghabiskan kata katanya, dia terus sahaja berlalu menaiki anak tangga.

Aku mengeluh perlahan. Macam la ada beza kalau pakai kain ke pakai mop. Kaki diayun laju menuju kearah bilik air yang terletak di bahagian dapur sana. Mop yang berwarna hijau pekat diambil dan dibasuh. Air dan sedikit pencuci lantai diisi kedalam baldi khasnya. Ruang tamu dituju.

Aku mula mengemop lantai ruang tamu itu daripada kawasan pintu utama.

"Aku suruh kau lap lantai tu pakai kain, bukan pakai mop! Kau tak faham bahasa ke perempuan?!" Jeritnya daripada tingkat atas. Suaranya kuat bergema didalam rumah banglo ini. Kakinya melangkah laju menuruni anak tangga.

"Tapi kan takde beza pun kalau lap pakai mop ni." Bidasku geram. Macam la aku tak tahu yang dia tu sebenarnya sengaja nak kenakan aku.

"Eh eh kau ni, melawan kau ye! Dah aku kata buat macam tu, macam tu la!" Dia menunjal nunjal kepalaku kuat.

"Sekarang ni, kau pergi ambil kain dalam bilik air tu, lepas tu lap balik dari depan sana!!" Dia menolak tubuhku kuat.

"Pastu ni! Air ni kau tukar sekali! Gatal badan aku nanti !!"

"Tapi air ni kan tak kotor lagi. Membazir je kalau buang. Lagipun Sara baru je la—"

Splashhhh

Aku terdiam. Air yang tadinya berada didalam baldi kini telahpun selamat mendarat diatas kepalaku.

"Settle." Dia berlalu menaiki anak tangga dengan senyuman sinisnya.

"Ada yang botak aku buat harini karang !" Aku mengomel didalam hati memandang riak wajahnya yang langsung merasa tidak bersalah.

"Ya Allah Cik Sara okey?" Soal Khadijah selaku pembantu di dalam rumah banglo dua tingkat ini.

"Macam ni la, Cik Sara naik je atas. Bersihkan diri tu dulu. Biar Mak Jah je yang buat semua ni."

Kepala dianggukkan beberapa kali seraya mengukirkan senyuman tawar kepadanya. Jujur hatiku masih terasa panas dengan kelakuan ibu tiriku itu.

Ya. Memang abah mengambil seorang pembantu rumah untuk membersihkan rumah banglonya ini. Tetapi Mak Jah ni hanya akan datang 2 kali sahaja dalam seminggu iaitu pada hari ini. Sabtu, dan seterusnya pada hari isnin.

Seusai membersihkan diri, aku terus sahaja merebahkan tubuhku diatas katil. Telefon dicapai dan aplikasi wattpad dibuka. Kisah yang menceritakan tentang seorang gadis yang menjadi pujaan mafia menarik minatku untuk membacanya. Maklumlah novel novel yang aku beli semuanya sudah habis dibaca dan aku tidak diizinkan lagi untuk membeli novel yang baru. Jadi aku hanya mampu membaca story yang ditulis oleh para author di aplikasi wattpad ini. Lagipun story dekat wattpad ni pun boleh tahan menarik juga.

HIS GIRL | OG Where stories live. Discover now