Bab 1

123 22 43
                                    

"Airin! Airin!" jeritan Puan Riza yang bingit itu mengejutkan Airin dari tidur-tidur ayam di dapur. Wajah comot dengan tepung di angkat malas.

Mata digosok berkali sebelum pandangan yang kabur bertukar jelas. Hidung kembang kempis cuba mengenal pasti bau hangit yang datang nya dari ketuhar.

"Ha... habis lah!"

Airin cemas melihat biskut coklat yang dibakar bertukar hangus dan melekat di atas dulang. Sarung tangan kain langsung dipakai. Dengan penuh berhati-hati Airin mengeluarkan biskut-biskut dari dalam ketuhar dan diletak di atas meja.

Keluhan berat berlepas bersama wajah muram seperti hari-hari yang di lalui tanpa Puan Midoria.

"Airin!" Puan Riza bercekak pinggang di muka pintu dapur. Wajah bengis bersama gincu menyenter, dan solekan bagai mak lampir menyapa pandangan Airin.

"Ma... maaf! Saya terlelap tadi," ujar Airin jujur.

"Alasan! Aku tahu kau sengaja kan?"

Airin menggeleng tidak. Ya, memang dia mengantuk. Tapi, dia tidak sengaja tertidur. Awalnya, dia berancang ingin mengemop lantai bilik Kakak tirinya sambil menunggu biskut siap di bakar. Namun, lain pula yang jadi. Mungkin dia penat.

"Hurm... macam mana Rina nak jual biskut-biskut ni kalau dah hangus? Biskut ni dah tak cantik lah macam muka Rina." sampuk Rina, kakak tiri Airin.

"Kau pun tahu kau takkan dapat makan selagi kerja kau tak siap. Jadi... apa tunggu lagi? Pergi lah buat sekarang!" herdik Puan Riza.

Airin terangguk-angguk. Tapi, baru dia teringat. Hari ini dia perlu ke sekolah. Tidak ada alasan, tidak ada cuti, kalau tidak mahu dibuang, Airin perlu menghadirkan diri.

"Makcik, sudah seminggu saya tak ke sekolah. Nanti apa pula kata kawan-kawan dan cikgu dekat sana? Saya tak boleh tipu dengan alasan saya tak sihat. Lambat laun pasti mereka akan tahu." jelas Airin, cuba menyakinkan Puan Riza.

Dengan cara itu dia dapat melepaskan diri dari dua ekor naga berapi dan berehat seketika di sekolah. Biarpun di sana, dia masih menjadi mangsa buli pelajar senior kembar tiga Aizawa.

"Arh! Tak ada-tak ada. Aku tak nak dengar apa-apa alasan dari kau. Yang aku tahu, kau perlu siapkan biskut itu sebelum tengah hari nanti." peringat Puan Riza.

"Tapi macam mana kalau tak siap juga?" Airin menyoal. Sengaja menguji kesabaran Ibu tirinya.

"Menjawab? Oh, kau dah berani menjawab dekat aku ya? Belajar dari mana ini? Belajar dari Midoria dalam tanah tu?" sindir Puan Riza.

Airin menggeleng. "Tak salah pun untuk bertanya, makcik." Airin berkata keras.

Rina di sebelah menjeling panas. Puan Riza melipat tangan di dada. Kening kiri terjongket sebelah.

"Berani sangat kan? Rina, pergi nyalakan api dan campak baju sekolah budak ini ke sana." arah Puan Riza.

Rina mengangguk laju lalu menjelir lidah ke arah Airin. "Bluerk! Lepas ini jangan harap kau akan ke sekolah."

"Jangan harap? Apa kau akan jawab dekat ayah kalau aku tak ke sekolah? Nak cakap aku sakit otak dan tak mampu pergi ke sana?" bidas Airin berani. Dia mencengkam rambut Rina yang baru habis dicuci.

"Sa... sakit!"

"Apa kau nak buat dekat anak aku hah!" tempik Puan Riza.

Prang!

Terteleng kepala Airin bila satu tamparan mendarat di pipinya.

"Sampai hati makcik buat macam ini dekat saya. Sampai hati makcik! Apa salah saya makcik?"

"Salah kamu sebab lahir ke dunia ini! Sepatutnya aku yang kahwin dengan Ayah kamu. Tapi, Ria yang rampas dari aku. Sekarang... roda berputar balik. Aku di atas dan dia di bawah tanah. Mesti kau akan terkejut bila tahu aku lah yang rancang semua itu, bukan? Aku lah yang upah orang untuk langgar Ria."

Lutut Airin terasa longgar. Jadi selama ini dia berbuat baik kepada wanita yang membunuh Ibu nya? Wanita yang meragut kebahagiaan Airin? Tidak.

"Sa... sampai hati..."

Air mata nya jatuh membasahi pipi seperti lebatnya hujan membasahi tanah. Hari ini, ialah hari ulang tahun mendiang Midoria yang ke 42. Dan hari ini juga dia menerima kebenaran yang begitu menyakitkan.

"Tak... tak mungkin!"

Airin mengorak langkah selaju mungkin meninggalkan dapur dan terus menuju ke pintu utama.

"Hye! Kau nak pergi mana ni? Siapkan kerja kau dulu, hah!" teriak Puan Riza.

"Dasar pelacur!" carut Puan Riza bila Airin meloloskan diri dalam rumah.

"Tak ada cara lain. Rina, hubungi Hayane. Suruh orang-orang dia datang ke sini sekarang. Memandangkan Airin dah tahu perkara sebenar, budak tu tak boleh dibiarkan hidup!"

"Tapi, macam mana kalau Ayah tanya?" soal Rina bimbang. Sebenci mana pun dia terhadap Airin, tidak terfikir di otak nya untuk membunuh gadis yang muda tiga tahun dari Rina.

"Pandai-pandai lah aku cipta alasan atau palsukan saja kematian budak tu. Tak ada sesiapa yang patut tahu akan hal ini,"

Rina hanya mengangguk faham.

Nafas yang tercungap-cungap memaksa Airin memperlahankan lariannya. Dada dicengkam kuat.

"Ib... ibu..."

"Kenapa ibu tinggalkan Airin? Kenapa ibu pergi awal sangat? Airin tak sempat nak tunjukkan koleksi buku seram yang Airin beli. Airin tak sempat belikan ibu hadiah. Maaf... Airin bukan anak yang ba... baik."

Tubuh kecil nya menggigil hebat dek kerana dingin nya hujan yang turun pada ketika itu.

"Cari sampai dapat!"

"Boss suruh kita hapuskan dia sekarang!"

Airin menoleh ke belakang, tepat di mana suara-suara itu kedengaran jelas di telinga.

Suara Hayane, teman lelaki Puan Riza. Ya, dalam diam wanita itu curang di belakang Encik Nozomi Ryu. Bapa kepada Airin yang kini berada di Amerika.

"Ta... tak mungkin."

"Jumpa! Tangkap dia sekarang!"

Seperti Usain Bolt, Airin berlari pecut di tengah hujan tanpa memeduli telapak kaki yang mula berlecak. Dia perlu selamatkan diri nya sekarang! Dia perlu bertahan hidup demi Ibu nya.

Tanpa sedar, kaki Airin tersandung pada sebiji batu yang entah tiba-tiba muncul dari mana dan menyebabkan Airin tergelincir ke dalam sungai.

"Erghh..."

Mujur, Airin sempat berpaut pada akar pokok. Namun, tangan yang licin menyukarkan Airin untuk kekal berpaut. Bertambah pula dengan berdas-das tembakan dilepaskan ke udara lalu menganggu tumpuan Airin.

Ingat dia terbang kah apa sehingga sanggup membazirkan peluru?

"Itu dia!"

Mata Airin terbelalak besar. Ketika itu juga pautan pada akar kayu terlepas. Tubuh kecil Airin dihanyut ke dalam sungai yang mengalir deras.

"To... tolong! tolong!" Terkapai-kapai Airin meminta tolong, namun tiada yang peduli.

Hayane dan dua orang lelaki tergelak besar melihat Airin tenggelam tak timbul-timbul.

Perlahan dan perlahan...

SU | Demonic Loves Where stories live. Discover now