Bab 7

83 19 0
                                    

Tingkap yang terbuka luas mengundang Edward pulang ke istana setelah menumpaskan Raksasa berkaki empat. Tiba saja dia di Astaroth, kepak lebar berwarna hitam dan tanduk tajam turut menghilang yang menandakan Edward kembali ke bentuk manusia.

Edward membawa kaki ke hadapan cermin. Tubuh yang tersarung baju hitam tersingsing ke paras siku ditilik sebentar. Edward menarik hujung baju nya ke atas sedikit. Luka tikaman Avy, pemilik raksasa berkaki empat Lios, disentuh olehnya. Sakit.

Edward mengambil botol kaca yang berisi cecair hijau di atas meja. Dia menyapu ke bahagian luka, dan bahagian lebam tepi bibir nya. Ajaib. Luka tikaman hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan. Edward menutup semula botol kaca itu dan meletak ditempat asalnya semula.

Kaki panjang di bawa melangkah ke katil. Tubuh nya dihempas kasar, sambil kedua tangan terbuka luas.

Edward mengangkat tangan kirinya ke udara. Tatu serigala yang terletak di telapak tangannya dipandang lama. Edward, dia dilahirkan dalam keadaan yang berbeza. Separuh serigala, separuh iblis, dan separuh manusia.

Tatu berbentuk segi tiga tepat, dan lingkaran bulat ditengah-tengah mengeluarkan cahaya kebiru-biruan. Edward tahu itu apa.

Pintu biliknya dikuak kasar, Jasper muncul dengan riak wajah penuh kerisauan.

"Edward!" panggil Jasper, dia menapak terus ke arahnya. Edward langsung bangun.

Tidak. Bukan ini yang dia mahu.

"You better hiding."

Edward menggeleng, menolak sekerasnya cadangan dari Jasper.

"Tak ada guna nya aku lari, atau menyorok. Lambat laun pasti mereka akan tahu."

"Kau akan mati, Ed." tegas Jasper mengingatkan keadaan Edward.

Bila tatu serigala nya bercahaya, Edward kehilangan kuasa untuk bertukar ke bentuk Iblis. Pada masa itu, puak pontianak akan mengambil kesempatan untuk menyerang Astaroth ketika Edward tidak dapat bertarung.

"Aku dah penat larikan diri."

"Tapi, kuasa kau lemah masa itu! Kau takkan dapat lindungi diri kau, biarpun aku ada." Jasper mengeluh dihujung kata.

Dia tahu, setiap kali Edward menumpaskan Raksasa. Kuasanya dalam bentuk Iblis akan berkurangan jika digunakan setiap masa. Ketiadaannya selama tiga hari cukup memberi tanda kepada Jasper, bahawa lelaki itu menggunakan kuasa nya untuk menumpaskan raksasa demi memperoleh penawar batu permata merah.

Tetapi penawar yang dia dapat dari pemilik Raksasa itu, belum cukup untuk menyembuhkan kesakitan batu permata merah yang tertanam dalam tubuh Edward.

"Aku tak kisah. Kalau kau nak tanya aku pilih apa? Aku akan pilih untuk bertarung."

"Kau dah gila, Ed." Jasper menggeleng tidak percaya.

"Sekarang... tinggalkan aku. Kuasa yang aku ada, masih mampu untuk lindungi Astaroth."

"Masih mampu untuk melindungi kau orang." sambung Edward.

Dia duduk ditepi katil. Tangan kirinya semakin lama semakin bercahaya. Bulu-bulu berwarna kelabu mula timbul, kuku yang sedia panjang semakin panjang. Jasper menjarakkan diri ke belakang. Telinga yang tajam sudah bertukar ke telinga serigala. Perlahan dan perlahan... Jasper menyaksikan Edward bertukar ke bentuk serigala.

Edward si serigala mendengus dengan mata merah menyala. Ekor nya digerak ke kiri dan ke kanan, tanda dia mengenali Jasper.

"Ed... ini aku..."

"Aku tahu..." jawab si Serigala.

"Pergi dan tinggalkan aku di sini,"

Dalam keterpaksaan, Jasper menurut dan berlalu pergi meninggalkan si Serigala.

Edward merenung tepat ke arah tingkap. Di luar istana, benteng lut sinar yang melindungi Astaroth dari ancaman Puak Pontianak kian memudar. Edward cuma berharap, Jasper dapat bertahan ketika Edward sedang memulihkan kuasa dalam bentuk Iblis. Kuasa yang tersisa padanya, belum tentu cukup untuk menumpaskan puak pontianak. Apatah lagi istana Astaroth? Istana tua itu tidak mampu menahan serangan dari Puak Pontianak meskipun dilindungi oleh kuasa gelap dalam Astaroth.

Edward si Serigala terbaring lemah di atas lantai. Dengusan kasar dapat di dengari jika berada lebih dekat dengan nya. Tatu serigala yang terletak di kepalanya bersinar lagi tetapi lebih terang, dan membuatkan Edward bernafas laju.

"Aku takkan mati semudah itu..."



"Kenapa... gelap?" Hairan Airin melihat ruangan dapur menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Tahu lah dia istana itu tak lah terang mana, tetapi keadaan seperti sudah berubah. Suasana bertukar sepi dan suram. Airin dapat rasakan aura-aura gelap mula mengelilingi istana Astaroth sehingga bulu roma Airin berdiri tegak.

Dulang di bawa keluar dari dalam ketuhar dan dibiarkan di atas meja untuk disejukkan sebelum dipindahkan nanti ke dalam bekas. Airin membuka sarung tangan kain yang dia pinjam dari Culus dan mengatur langkah ke ruang tamu. Kelibat Aunty Helen, Melaine, dan Laura langsung dicari.

"Ada sesiapa tak?"

"He..."

Belum habis Airin bercakap, mulutnya ditekup dari belakang. Airin tak pasti itu siapa, dia cuba memberontak. Tetapi lelaki yang berada di belakang Airin memberi amaran.

"Shh... jangan bising kalau kau tak nak mati." beritahu Eiran Hazor, putera ke 11.

Perlahan, Airin mengangguk. Airin dibawa oleh Ran masuk ke dalam sebuah bilik, tempat di mana Aunty Helen, Laura, Melaine dan yang lain berkumpul.

"Apa yang dah berlaku?" Airin bertanya.

Tetapi lelaki di hadapannya ini diam tidak berkata. Sebaliknya matanya leka memerhati keadaan sekeliling. Dia tidak boleh terlepas pandang! Mujur lah sebelum perkara itu terjadi, dia dan Zadkiel sudah dimaklumkan awal-awal oleh Jasper mengenai keadaan Edward. Mereka terus membatalkan lawatan ke negara Ertudus setelah mendapat khabar berita dari Jasper dan membuat persiapan untuk menghadapi serangan dari Puak Pontianak.

"Senyap boleh tak?" Eiran membalas.

Airin menjeling. Dia tanya elok-elok, dijawab macam tengah tahan sembelit.

"Buat masa sekarang... jangan ada sesiapa yang berani keluar dari dalam bilik ini. Kalau berani, nyawa sendiri yang akan menjadi korban." pesan Eiran.

Pedang yang tersimpan rapi di dalam sarung ditarik keluar oleh Eiran. Hujung nya tajam dan berbentuk seperti pedang Excalibur Raja Arthur.

Ran memandang wajah Airin. Wajah yang tidak mengerti apa diperkatakan oleh Ran.

"Aku tak ada masa untuk jelaskan. Apa yang penting, jangan ada sesiapa yang keluar dari bilik ini. Faham?" Eiran berpesan buat kali kedua.

Airin yang tidak tahu apa-apa hanya menurut.

Pintu bilik yang ditutup rapat dari luar dipandang penuh soalan oleh Airin. Apa yang sudah berlaku? Airin mengambil tempat duduk di sebelah Chandel.

"Fuh! Rin tahu tak dengan siapa Rin tengah bercakap tadi?" Chandel si patung jerami membuka bicara.

Airin menggeleng. "Tak tahu. Muka pun muka asing, tak sekacak Ran Takahashi."

Lancar saja ayat kutukan keluar dari mulut Airin. Chandel menepuk dahi nya berkali-kali sehingga Culus si pemotong rumput terbatuk-batuk ketika jerami kering berterbangan.

"Putera ke sebelas Puak Serigala, Eiran Hazor!" Chandel memperkenal Ran dengan gaya dibuat-buat.

Aunty Helen yang menyaksikan drama pendek itu menggeleng perlahan. Masa-masa ini pula Chandel peminat setia Putera ke 11 sempat berangan-angan.

"Airin..."


SU | Demonic Loves Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt