Bab 3

99 19 12
                                    

Pada jam sebegini, sepatutnya di manfaatkan dengan tidur berbungkus selimut tebal seperti kepompong. Bertemankan gerimis tipis, angin dari kipas meja bertiup sederhana. Dan bilik gelap tidak diterangi lampu. Tapi, Airin tahu.

Nikmat seperti itu sudah lama tidak dirasai oleh Airin semenjak Encik Ryu berkahwin dengan Puan Riza. Dan sejak itu, kehidupan Airin berubah serta merta. Dari puteri diraja yang cuma tahu ke sekolah, pulang ke rumah untuk makan dan ulang kaji, bertukar hidup seperti tukang gaji tanpa gaji.

Makanan yang terhidang di atas meja panjang satu pun tidak di sentuh oleh Edward. Aneh. Selera nya berubah-ubah sejak kebelakangan ini. Terkadang dia teringin memakan telur ular tanpa mata, Zerudiths. Terkadang juga dia teringin memakan katak warna-warna yang sukar untuk di dapati di bandar Skywills.

Gelas Burgundy yang terisi wain merah diteguk habis. Edward menongkat dagu memandang pembantu-pembantu yang tunduk ke bawah bermula dari Aunty Helen dan berakhir pada Melaine. Keenam-enam mereka tidak berani mengangkat kepala dan membalas pandangan itu.

Pandangan kosong yang hanya dipenuhi kebencian dan dendam.

"Ke mana perginya si manusia itu?" Edward menyoal.

"Mungkin, dia masih tidur." jawab Jasper.

Jasper, seekor gagak jadian bermata empat yang hinggap di atas bahu Edward. Berwarna hitam pekat bagaikan warna dinding istana dari luar. Paruh tajam nya kuning keemasan. Bijak berkata, dan merupakan kawan baik kepada Edward.

"Ikutkan hati di malam itu juga dia akan mati. Tapi, tak apalah. Mana tahu si manusia berguna untuk aku dapatkan batu permata hitam?" ujar Edward. Riak muka bosan ditayang.

"Saya setuju dengan kata-kata Yang Mulia Edward." Meskipun mereka membesar bersama-sama. Dengan jarak usia taklah jauh mana. Jasper amat menghormati Edward sebagai putera ke 12 raja serigala.

"Jasper, mari pergi. Bosan pula tak tahu nak buat apa." Edward bingkas bangun dari kerusi. Oh, sebelum itu dia hampir terlupa. Edward pusingkan tubuh menghadap keenam-enam tukang gaji nya.

Si manusia itu perlu diajar adab ketika berada di istana Astaroth. Dia perlu tahu dirinya itu sama taraf dengan tukang gaji.

"Aunty Helen, tak salah untuk aku jadikan si manusia itu sebagai orang gaji yang baru bukan? Sekurang-kurangnya dia berguna juga. Jangan risau, jadual akan aku ubah. Rasanya... Aunty Helen dah boleh berehat, dan tolong tengokkan si manusia itu." ujar Edward panjang lebar.

"Baiklah Tuan ku, patik menurut."

Sesaat kemudian, Edward dan Jasper menghilang di situ. Hanya debu-debu halus berwarna hitam berterbangan di udara. Ke mana mereka pergi, tiada sesiapa yang tahu.

Sekitar pukul sembilan setengah pagi barulah Airin terjaga dari tidur yang agak lena. Itupun masih terlalu awal untuk dia bangun.

"Airin, kenapa lambat bangun? Airin pun tahu di Astaroth berbeza dengan tempat asal Airin," tegur Aunty Helen lalu bergerak mendekati Airin.

"Hmm... tapi saya penat sangat! Rasanya malam semalam macam kena kejar dengan hantu." Keluh Airin. Mahu tidak mahu dia bangun dari katil yang taklah empuk mana dan mengikuti Aunty Helen di hadapan.

"Aunty nak bawa saya pergi mana?"

Aunty Helen mengeluh kecil. Kalau bukan arahan dari Edward, manalah dia mahu membiarkan Airin melakukan kerja-kerja di Astaroth. Fikir Aunty Helen, kerja yang bakal dilakukan oleh Airin terlalu berbahaya bagi seorang manusia.

Mana tak nya, dalam jadual baru mereka. Salah satu tugas berbahaya yang perlu Airin lakukan ialah memberi makan kepada binatang-binatang peliharaan Edward. Termasuklah Azure, naga berkepala tiga.

"Huh?" Rasa ingin tergelak juga ada bila melihat tulisan yang entah apa-apa ataupun ditulis dengan bahasa asing yang satu pun tidak di faham oleh Airin.

"Maaf, tapi saya tak faham dan tak boleh baca apa yang ada di atas surat ni."

"Maksudnya... bermula hari ini, kamu akan menggantikan tugas Aunty Helen. Dan kamu akan jadi sebahagian daripada kami, Airin." jelas Melaine.

"Se... sebahagian dari kamu? Or... orang gaji?"

Di atas puncak gunung Elverin, terdapat beberapa ekor burung liar bertanduk merah yang sering berlegar di ruang udara. Seperti biasa, Jasper dalam bentuk manusia akan bersaing dengan Edward. Tiada sesiapa yang pernah melihat Jasper dalam bentuk manusia. Hanya Edward seorang saja yang tahu.

Rambut melewati bahu dan terikat separuh di belakang seperti Eren Yeager dalam AOT musim keempat bergerak-gerak ditiupi angin. Jasper tergelak. Sudah lama dia tak terbang bebas dalam bentuk manusia.

Anak panah berwarna hitam membelah awan-awan putih dan terarah tepat pada seekor burung liar yang cuba bersembunyi. Satu sudah sudah kena, ada lima ekor lagi yang tersisa.

Jasper mengambil peluang. Libasan tali emas menyentak seekor burung liar dan melilit di lehernya sehingga tidak bernyawa.

Kemudian, mereka saling terbang tinggi di udara untuk mengejari burung-burung liar yang cuba melepaskan diri dari cengkaman Edward dan Jasper.

Airin menyumpah diri sendiri. Mengapa lah dia boleh tersesat di negara dodol ini? Nama nya saja sudah pelik. Apatah lagi orang-orang di sekelilingnya?

Kutubkhanah yang menyimpan beratus-ratus buku tidak terkira jumlah nya menjadi tugas pertama Airin selaku 'Orang Gaji' di Istana Astaroth. Rak-rak buku yang masih boleh dibersihkan dengan ketinggian 153 cm dilap perlahan. Lebih daripada itu, rak-rak buku yang bertimbun dengan buku hingga ke siling setebal batu-bata perlu lah dibersihkan menggunakan tangga. Sekali jatuh ke atas kepala, confirm benjol!

Buku-buku itu bersalut kulit sutera, ada juga kulit yang memiliki simbol dan huruf tertentu, dan berwarna coklat gelap menyerupai warna kayu.

Airin yang sedang sibuk mengelap rak buku menjumpai sebuah buku bertajuk HADES yang terletak di hujung rak.

Rasa tertarik dengan tajuk buku itu, Airin ambil dan buka. Tapi, seperti biasa. Satu tulisan pun dia tak faham.

Melainkan sebaris mantera yang seringkali dia dengar melalui mulut Sami Izaraki.

Jasper dalam bentuk burung gagak diarahkan untuk melihat keadaan kutubkhanah yang perlu dibersihkan oleh Airin.

"Distopia levinzula!" Mantera di baca kuat-kuat. Tetapi, tiada apa-apa yang terjadi.

Airin baca lagi. Jasper dalam bentuk burung tiba-tiba jatuh ke atas lantai. Dia cuba menghalang dirinya dari bertukar ke bentuk manusia. Namun gagal.

"Heh?!"

Airin bergegas mendapatkan seorang lelaki berbaju hitam yang secara tiba-tiba berada di situ.

"Daijoubu desu ka?" soalnya.

Airin menggoncang perlahan bahu Jasper.

"Ap... apa... apa yang awak dah buat dekat saya?"



SU | Demonic Loves Where stories live. Discover now