Bab 8

75 16 7
                                    

Suasana menjadi sunyi. Benteng lut sinar yang melindungi istana Astaroth kian memudar. Kepergian Jasper dari istana itu membawa harapan Eiran dan Zadkiel. Mereka sanggup melengahkan masa dan membahayakan nyawa demi menentang puak pontianak agar tidak membolosi gerbang masuk ke Astaroth.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Aunty Helen menceritakan tentang puak pontianak kepada Airin. Manalah tahu dia terserempak dengan puak itu.

Puak Pontianak. Salah satu puak yang paling digeruni selain puak Serigala. Tujuan mereka menyerang Astaroth, ketika Edward berada dalam keadaan lemah. Lain tidak bukan, bertujuan mendapatkan jantung separuh iblis dan separuh serigala. Jika mereka berjaya mendapatkan jantung Edward, dan menguasai batu permata hitam. Puak Pontianak akan menjadi puak yang paling berkuasa dan ditakuti di negara Ordol.

Chandel, si patung jerami. Mengintai dari celah-celah pintu. Sunyi. Agaknya Eiran sudah membaca sihir agar bilik itu dilindungi dan selamat dari ancaman puak Pontianak.

Airin berpeluk tubuh. Semakin lama, semakin berkurangan suhu hangat dalam bilik itu. Aunty Helen berdiam. Dia tahu... salah satu tanda benteng pertahanan Astaroth kian lemah ialah pada perubahan suhu.

"Ja... jangan risau. Kita se... semua akan selamat," Aunty Helen mengigil kesejukan.

Airin bingkas bangun. Dia mengejutkan Chandel si patung jerami.

Hampir-hampir Chandel bersin. Tetapi dia tahan.

"Bagi saya pula yang tengok." Airin meminta kebenaran.

Chandel angguk saja. Airin mengintai dari celah pintu. Memang benar... suasana di luar istana Astaroth sudah berubah. Airin intai dan pasang telinga kalau-kalau dia terdengar sesuatu. Tetapi tidak ada.

"Ah! Sudah." Pintu dibuka oleh Airin. Aneh.

Sihir yang Eiran baca tidak terkesan langsung pada Airin.

"Nande?"

"Rin, bahaya! Tunggu saja di dalam bilik ini. Putera Eiran sudah berpesan. Jangan ada sesiapa yang berani tinggalkan bilik ini." Culus bersuara.

Chandel angguk lagi. "Betul cakap Culus, Airin. Jangan ambil risiko."

"Maaf, tapi saya tak boleh berdiam diri di sini. Saya kena berbuat sesuatu." jawab Airin yakin.

"Ber... berbuat apa, rin?" Aunty Helen menyampuk.

"Saya kena tolong dia orang."

Swoosh!

Pedang yang berbentuk seperti Excalibur milik King Arthur berlaga dengan pedang Ervalion milik Ferduh di udara. Manik-manik peluh yang berjatuhan di dahi Eiran, tidak dipeduli. Ferduh menyerang balas. Ervalion mengeluarkan asap berwarna kuning dan mengelilingi pedang tersebut. Sepantas kilat, Ervalion terbenam di dalam perut Eiran sebelum ditarik keluar oleh Ferduh. Darah merah memancut keluar. Eiran meringis kesakitan.

Eiran berundur ke belakang sambil menekup luka pada bahagian perutnya. Dia leka. Sekelip mata saja Ferduh menyerang dan menikam perut Eiran. Ferduh tersenyum sinis. Dia yang terapung di udara, menjejakkan kaki ke atas tanah. Bagai dihembus angin yang kuat, dedaun kering berterbangan. Pokok-pokok digoncang hebat oleh angin.

Begitu dahsyat dan begitu menakutkan, sehingga Eiran tidak mampu berbuat apa.

Sesaat Eiran ingin bangkit, tetapi dia tidak dapat. Dia jatuh terduduk di tempatnya semula. Eiran cuba lagi. Ferduh maju setapak demi setapak sambil bertepuk tangan.

"Bagus. Bagus. Hanya ini yang kau ada?" Ferduh menyoal sinis. Ervalion di hala ke leher Eiran. Lagak ingin memancung kepala itu dengan sekali hayunan.

Eiran genggam hujung mata pedang. Darah yang mengalir pantas dari telapak tangannya tidak dipeduli. Dia cuba menghentikan tindakan Ferduh. Jika tidak di halang awal-awal, terpisah juga kepala nya dari badan nanti.

Eiran angkat kepala memandang wajah bengis putera ke 6 dari Puak Pontianak itu.

"Kenapa? Kenapa kau tanya? Kau... kau terlalu memandang rendah terhadap musuh-musuh mu, Erduh." Eiran menarik senyum tipis.

Pedang berjaya diturunkan ke bawah. Ferduh terkesan. Cepat-cepat dia keraskan riak wajahnya semula. Rambut coklat Eiran dicengkam kuat. Ferduh ketap gigi. Dada berombak ganas.

"Apa tunggu lagi? Bunuh lah aku sekarang. Peluang ada di depan mata. Kenapa kau tak buat?" Eiran sengaja mencabar kesabaran Ferduh, bekas kawan baiknya itu.

Ferduh bercangkung. Wajah mereka saling berdekatan sehingga nafas menampar-nampar pipi mereka. Mata Ferduh dijegil luas.

"Kenapa... dah tak sabar jumpa Edward? Dah tak sabar ikut dia masuk ke neraka?" balas Ferduh sinis.

"Hmm... aku dah tak sabar nak jumpa dengan adik aku. Dia terlalu baik untuk dunia ini. Dunia ini terlalu kejam,"

"Dah tahu, kenapa cakap lagi? Kenapa biarkan dia hidup?" Ferduh membuang ludah ke muka Eiran.

"Sebab kau orang takkan hidup kalau Edward tak ada!" Eiran bangun.

Kuasa yang tersisa sedikit digunakan dalam mode camouflage. Setiap putera serigala memiliki kuasa tersendiri. Empat orang putera pertama mempunyai kuasa elemen bumi. Empat orang putera kedua mewakili kuasa elemen udara. Leo, Kiel, dan Ran, dianugerahkan dengan kuasa yang berbeza-beza. Begitu juga dengan Edward.

Edward, separuh iblis separuh serigala. Mempunyai dua kuasa pada satu masa. Tetapi tidak semua dapat dikawal oleh Edward. Dia hanya menguasai kuasa separuh iblis, dan separuh serigala, disebabkan kesan dari batu permata merah yang tertanam dalam tubuh Edward.

Ferduh meliarkan pandangan ke sekeliling. Dia tahu, Eiran tidak lari ke mana. Mode Camouflage bertahan selama 13 saat saja. Masa yang dia ada, diguna untuk menyerang balas.

Putaran angin kencang menerbangkan kelopak bunga sakura yang datangnya dari serangan Eiran. Calar-balar diterima oleh Ferduh. Tubuhnya bagai dihiris objek tajam. Putaran angin berjaya melemahkan diri Ferduh. Tetapi tidak lama. Ferduh mengaktifkan perisai pelindung diri. Putaran angin berhenti. Suasana tiba-tiba menjadi sunyi.

Dada Ferduh berombak ganas. Cukup ganas dengan mata meliar ke kiri dan ke kanan.

Pak!

Dia leka. Eiran menyerang dari arah belakang. Pedang Erles milik Eiran terbenam di dada Ferduh. Perisai pelindung hancur berkecai. Ferduh terbatuk-batuk.

Dia tunduk dan memegang pedang yang masih terbenam di dadanya. Eiran di belakang teragak-agak mahu mencabut. Kalau dia cabut, tamatlah riwayat Putera keenam dari Puak Pontianak. Ferduh jatuh melutut, seperti hilang harapan untuk hidup.

"Cabut lah. Tunggu apa lagi?"

Eiran masih berdiam. Memori silam diantara Erduh dan Eiran berputar dikotak fikiran. Dulu, ketika masing-masing berusia 12 tahun dan tak tahu apa-apa tentang permusuhan antara dua puak itu. Mereka berkawan baik tanpa mengira siapa diri mereka. Tetapi sejak ditahu oleh King Sebastian, Erduh menghilangkan diri dan tidak menepati janji untuk hadir ke majlis ulang tahun Eiran Hazor.

"Bunuh dia, dan kau akan mati." Suara Putera kelima puak Pontianak kedengaran jelas ditelinga Eiran.

Ferlin Naul.











Agak susah saya nak tulis chapter kali ni huhu ^^

SU | Demonic Loves Where stories live. Discover now