Bab 6

85 19 6
                                    

Langit biru terbentang luas. Tompokan awan terlukis indah dan bergerak bila ditiupi angin. Kicauan burung-burung kecil yang hinggap di atas pokok umpama menyambut kedatangan Airin ke pasar Bermin.

Payung-payung coklat tua terbuka luas dan tersusun rapi di sebuah lorong yang menuju ke bandar utama Skywills.

Suasana riuh dan harmoni dengan suara-suara pedagang memancing perhatian pembeli. Ada pula tukang masak yang sibuk mencari bahan masakan, ahli sihir bersuara demi mempromosikan posyen dilamun cinta tetapi tiada sesiapa pun yang datang berkunjung ke gerainya. 

Ahli silap mata dan temannya, burung kakak tua. Gerai-gerai makanan yang menawarkan harga berpatutan. Juga Si tukang tilik yang meramal jodoh, masa depan, nasib baik dan buruk. Tidak lupa juga gadis-gadis bunian yang beratur panjang demi mendapatkan potongan rambut gaya terkini dari si Barney the chopper.

Sesudah Airin membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut coklat. Airin bergerak pula ke arah gerai yang menjual loket, gelang, dan sapu tangan melambangkan ikatan persahabatan.

"Tapi nak bagi dekat siapa?" Airin menyoal diri sendiri.

"Macam mana... cik berminat dengan sapu tangan itu?" soal si penjual apabila melihat Airin berfikir panjang.

Airin diam sebentar.

"Tak mengapalah, saya tak ada kawan." jawab Airin dan mengatur langkah menuju ke gerai makanan.

Tak apa kan kalau dia rasa makanan yang dijual oleh penduduk bandar Skywills?

"Sedap nya!" Kagum Airin merasai Dango yang dikenali dengan nama Ogu-Ogu di bandar Skywills.

Kemudian, langkah kaki diteruskan pula ke arah gerai yang menjual air diperbuat dari buah-buahan segar.

Kalau begini hidup nya sehari-hari senang hati lah Airin.

Tidak jauh dari situ, berlakunya pertengkaran di antara penduduk kampung Hula dan pedagang dari kampung Ferosth.

Tujuan dia ke situ untuk menagih hasil jualan yang diusahakan oleh Mr. Bonny dan melangsaikan tunggakan pinjaman wang.

Tetapi, Mr. Bonny enggan mengalah. Katanya, dia perlukan sedikit masa untuk mengumpul wang. Bertambah pula dengan keadaan isteri nya sedang sakit di kampung.

"Aku merayu dekat kau, My... Tolong lah... berikan aku sedikit masa sahaja lagi. Isteri aku tengah sakit dan perlukan rawatan. Kalau aku tak..."

"Ah, sudah! Aku tak mahu dengar apa-apa alasan dari kau, Bonny. Yang aku tahu hari ini kau akan bayar hutang-hutang kau. Sehari dua dapatlah aku bersabar, tapi sudah berbulan lamanya Bonny. Aku faham dengan keadaan kau. Tapi sampai bila? Sampai bila Bonny?" Mr. Jeromy memicit pelipis.

Kononnya dia ingin memperbaiki atap rumah yang bocor. Padahal duit itu digunakan untuk bermain judi.

"Kalau macam ini cukup tak?" Airin melempar sekantung duit syiling emas sisa pembelian barang-barang tadi.

Mr. Jeromy pantas menyambut dan membuka kantung tersebut. Matanya langsung bersinar-sinar. Ini lebih daripada cukup.

"Ambil lah. Gunakan duit itu untuk tujuan kebaikan," kata Airin.

"Cik fikir duit ini dah cukup? Tidak. Apa yang saya boleh buat dengan duit sebanyak ini?" Mr. Jeromy cuba memperdayakan Airin.

Airin mengangkat bahu tanda tidak tahu.

SU | Demonic Loves Where stories live. Discover now