Bab 9

70 17 14
                                    

"Bunuh dia, dan kau akan mati."

Ferlin Naul.




Airin menolak pintu bilik Edward yang tidak berkunci sambil mata meliar ke sekeliling. Dia cuba mencari kelibat putera ke 12 raja serigala itu. Hendak memanggil namanya, Airin berat hati. Bimbang dia mengganggu. Ya, batang hidung yang mancung itupun tak muncul-muncul dalam bilik ini. Ke mana pula perginya Putera ke dua belas? Airin dekati katil besar berwarna hitam. Entah, dia berasa terpanggil untuk dekati katil itu. Airin berhenti mengorak langkah.

Telinga manusia tajam menangkap bunyi dengusan kuat dari bawah katil Edward. Cadar tilam beropol itu diselak oleh Airin.

Air liur meleleh. Dengusan kuat dengan sepasang mata merah menyala merenung tepat ke arah Airin. Edward dalam bentuk serigala tidak menyukai kehadiran si manusia di situ. Baru hendak bertanya kepada Edward, serigala kelabu itu keluar dari bawah katil. Dia melompat naik ke atas kerusi perak dan duduk di situ.

Airin terkebil-kebil dengan tindakan si Serigala.

Tatu biru masih bersinar terang benderang di dahi serigala. Lingkaran bulat, dan segi tiga, serta lambang berbentuk serigala melolong di tengah-tengah.

"Tuanku tak apa-apa?"

Ya, hanya itu yang terlintas di kepala Airin apabila dia melihat keadaan Edward yang sudah bertukar ke bentuk serigala.

"Nampak macam aku dah nak mati ke? Dah tak sabar tengok aku dijemput oleh malaikat pencabut nyawa?" Suara hati Edward membalas. Tetapi Airin dapat dengari dengan jelas.

Tup!

Airin diam seribu kata. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Ingatkan dalam bentuk serigala, Edward tidak mampu bercakap bahasa manusia.

Edward pelik. Kenapa si Manusia itu faham apa dia cakap?

"Ke mana si Gagak emas?"

Gagak emas yang dimaksudkan oleh Edward ialah Jasper.

Airin bangun. Bahu terangkat tanda tidak tahu.

"Saya tak tahu." jawab Airin ringkas.

Edward si Serigala turun dari kerusi perak. Tingkap yang masih ternganga luas dituju. Langit gelap menjadi saksi pertarungan hebat diantara Zadkiel Hayzen dan Ferlin Naul. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Sihir lohong hitam diguna untuk menyedut raksasa-raksasa beracun yang dihasilkan oleh Ferlin. Ferlin tidak berdiam diri. Pedang berapi diangkat tinggi ke arah Kiel. Sekali libasan, hancur separuh daripada halaman mati istana Astaroth. Mujur Kiel sempat elak. Pedang Rycto, pedang bercahaya putih, saling berlaga dengan pedang berapi milik Ferlin di udara.

Gigi diketap rapat. Dada berombak ganas. Dengan mata berwarna saling bertentang arah. Digelap malam, di bawah sinaran bulan. Mereka bertarung di udara dan disaksikan oleh langit. Ferduh berjaya diselamatkan oleh Hannah si healer, Puteri ketiga Puak Pontianak. Manakala Ran, bersandar pada sebatang pokok setelah dia ditumpaskan oleh Ferlin.

"Tunggu di sini, dan jangan ikuti aku." tegas Edward. Edward melompat turun dari tingkap dan menapak secara perlahan ke tempat pertarungan. Ran dituju.

Si Serigala cuba menyedarkan Putera ke 11 raja serigala itu, tetapi dia tidak dapat. Hanya dengkuran halus yang kedengaran ditelinga si Serigala. Ran, kalau dia cedera. Dia punya cara tersendiri untuk sembuhkan lukanya. Caranya dengan tidur. Nak tunggu Healer datang selamatkan dia, sampai ke esok tak sampai-sampai. Hanya dia dan Putera ke 10 saja yang tahu keadaan Edward. Harapkan abang-abangnya yang lain, mereka membenci. Dan pernah berniat menghapuskan Edward. Jadi mereka berdua saja yang datang ke Astaroth.

Si Serigala mendengus. Air liur meleleh-leleh. Bulu lebatnya bersinar-sinar di bawah sinaran rembulan. Dia menyeringai, dan menunjukkan dua batang gigi taring runcing ke bawah. Sepasang mata merah menyala mewakili batu permata merah yang tertanam dalam tubuh Edward. Sumpahan itu akan terlerai jika dia dapat menumpaskan Raja Iblis, pemilik sebenar batu permata itu.

Si Serigala bersiap-siap untuk menyerang, dan menggunakan kekuatan yang dia ada.

"Kau... kau akan mati, Zadkiel Hayzen. Kau akan ikuti Edward ke neraka. Kau..."

"Aku takkan mati. Kau yang akan mati!" Zadkiel membalas.

Ferlin mengerah seluruh tenaga yang dia ada. Pedang berapi berjaya menghadang serangan dari Rycto. Ferlin maju. Pedang terangkat tinggi, sedia untuk melibas kepala Zadkiel.

Entah, secara tiba-tiba. Si Serigala muncul dan menggigit lengan Ferlin. Automatik pedang berapi terlepas dari tangan Ferlin. Ferlin menyepak kuat Si Serigala sehingga dia terpelanting ke belakang dan menghempap sebatang pokok.

"Edward!" jerit Airin.

"Cepat, turunkan aku sekarang!" arah Airin kepada empat orang pengawal tanpa muka yang baru tiba di situ. 

Pengawal istana Astaroth menurut tanpa bantahan. Mereka menurunkan Airin dari istana dan mengikuti Si Manusia itu di belakang. Airin lajukan langkah untuk selamatkan Ran dan Serigala, sementara Kiel lengahkan masa.

"Aduh! Kau ni makan apa sampai berat sangat?" gerutu Airin apabila dia mengangkat tubuh Ran ke udara. Tubuh lemah itu berjaya dialihkan ke kawasan selamat. Mungkin? Buat masa sekarang.

"Kau, Miyo Si kuku panjang. Jaga baik-baik si rambut coklat ini." arah Airin. Pengawal tanpa muka itu menunjuk ke dirinya sendiri.

Mereka berempat tanpa muka, tanpa mata, tanpa hidung, telinga, atau mulut untuk bercakap. Hanya mempunyai kuku panjang berwarna hitam, dan sentiasa membawa lembing tajam.

"Lupakan. Kau, Miyo dan Miko. Jaga baik-baik si rambut coklat ini. Jangan biarkan si Rambut berapi itu kacau dia." beritahu Airin lagi.

Si Rambut berapi yang dimaksudkan itu adalah Ferlin. Bukan rambut dia yang berapi, senjatanya saja.

Miyo dan Miko angguk laju.

"Kau orang berdua. Izumi, Narumi, ikut aku selamatkan si Serigala itu."

Dengan segala kudrat yang dia, Airin mengangkat si Serigala. Nak harapkan pengawal tanpa muka itu. Mereka saja happy apabila diberi nama. Nak kata blushing, tak ada muka. Tetapi melompat-lompat kegembiraan seperti hantu dapat keluar dari perigi.

"Ni lagi berat dari si Coklat."

Bum!

Zadkiel menghempap dinding istana. Tubuh nya itu tidak dapat menahan serangan dari Putera kedua, Rayner. Yang baru tiba di situ setelah dipanggil oleh Hannah si Healer.
Zadkiel yang bermandikan darah undang rasa cemas pada Airin. Aduh! Tadi dua, sekarang bertambah satu. Ke mana pula si Gagak Emas yang dicari oleh Si Serigala itu?

Setapak dan setapak Rayner melangkah ke arah Airin. Pedang panjang dan tajam. Sekali libasan, terputus nyawa dari badan.

Airin menggigil ketakutan apabila pengawal tanpa muka ditewaskan dengan begitu saja.

Hoode cape yang dipakai ditarik untuk melindungi wajahnya. Airin dengan penuh berani melangkah ke hadapan dan mendepangkan tangan luas-luas agar tidak diserang.

Ketika itu juga... angin bertiup. Hoodie terturun ke bawah. Airin angkat kepala.

Mata Airin bertentang arah dengan Rayner.

Rayner kaku. Belum pernah dia melihat mata secantik itu.











Harap korang suka.

SU | Demonic Loves Where stories live. Discover now