Bab 1

25 0 0
                                    


Barang-barang yang digunakan semasa berada di asrama dimasukkan ke dalam bonet kereta. Setelah lima tahun Daania Aafia melanjutkan pelajaran di maktab perguruan, akhirnya dia sudah menghabiskan kuliahnya dan menunggu di sekolah mana dia akan ditempatkan.

“Dah habis barang-barang kau? Boleh gerak dah?” Azlan, pak cik Daania Aafia menyoal. Azlan yang akan mengambil Daania Aafia di asrama kerana ayahnya Pak Wahid tidak mempunyai kereta oleh itu, Azlan lah yang banyak membantu untuk menghantar dan mengambil Daania Aafia di asrama.

“Ha-ah uncle. Boleh gerak dah ni.” jawab Daania Aafia. Sambil itu dia masuk ke dalam kereta.

“Bila lah kau mula mengajar?” soal Azlan setelah lama senyap di dalam kereta. Anak saudaranya itu nama sahaja hendak menjadi cikgu, tapi kalau tidak dibawa berbual tidak akan bersuara langsung.

“Lecturer Fia cakap mungkin dalam tiga bulan lagi macam tu. Kena tunggu penempatan.” jawab Daania Aafia. Mata dikedip-kedipkan kerana mengantuk. Selain mengantuk, Daania Aafia juga perlu tidur jika perjalanan mengambil masa yang lama. Ini kerana dia akan mabuk di dalam kereta.

“Kaulah harapan keluarga kita sekarang ni. Aku bersyukur sangat kalau kau dah kerja kerajaan. Keluarga kita mana ada yang kerja kerajaan. Kakak kau pun kahwin awal sangat, sekarang dah ada anak satu. Merasalah dia jadi suri rumah, duit dia tak ada laki dia pun kerja tak tentu.” Daania Aafia sudah tahu pak ciknya akan membebel seperti biasa. Jika ada kesempatan pak ciknya akan mengungkit segala-galanya sampai Daania Aafia sudah hafal topik-topik yang akan dibicarakan.

“Kau tu jangan kahwin awal, adik kau tu masih sekolah. Bagi bapa dengan mama kau rasa hidup senang dulu baru fikir kahwin.” sambungnya lagi. Daania Aafia di sebelah sudah menguap panjang. Selama lima tahun dia asyik mendengar perkara yang sama. Kalau dia nak kahwin, dah lama dia cari boyfriend di kolej. Tapi oleh kerana dia fikirkan keluarganya, dia pendamkan saja hasratnya.
“Dengar tak apa aku cakap?” soal Azlan, menguap saja kerja anak saudaranya itu.

“Dengarlah. Uncle ni asyik cakap benda yang sama selama lima tahun. Sampai Fia dah hafal semuanya. Tahulah Fia nak balas budi parents Fia tu. Kalau tak dah lama Fia kahwin.” Daania Aafia menjawab. Dia sanggup untuk belajar selama lima tahun pun kerana dia mahu mencapai cita-cita menjadi guru dan membalas jasa ibu bapanya. Lagipun, dia ada adik seorang yang masih bersekolah. Dan dia hendak membantu adiknya itu supaya mendapat pekerjaan yang baik dan menjadi orang yang berguna kelak. Gilalah kalau dia belajar di maktab selama 5 tahun dan akhirnya hanya kahwin. Totally crazy.

“Menjawab saja lah kerja kau. Aku tinggal kau kat tepi jalan baru tahu.”Azlan di sebelah sudah geram dengan Daania Aafia. Daania Aafia pula hanya tersengih. Uncle makin tua, makin bising ya.

“Lek eh, uncle ni macam pak cik bawang. Fia tak ada rasa nak kahwin punlah uncle. Kalau ada yang nak kahwin dengan Fia, kena bayar paling sikit pun RM 50,000.”
Dalam hati Daania Aafia sudah ketawa jahat, memikirkan tidak ada orang yang akan sanggup untuk mengahwininya kerana wang hantaran yang mahal. Kalau ada? Hehe…naikkan lagi, sampai tak ada orang yang nak.

“Jangan riak sangat Fia oii. Kau tu perempuan, kalau kau tua siapa nak jaga kau? Kau mestilah ada anak supaya tua nanti anak kau boleh jaga kau.” ujar Azlan.

“Eleh tadi tak bagi orang kahwin.” pelik betul dengan orang tua ni, aku tak nak kahwin disuruhnya pula kahwin. “Apa susah uncle. Fia banyak adik, nanti suruh dorang kahwin beranak banyak-banyak lepastu bagi Fia satu atau dua. Boleh jadi anak saudara yang berbakti kepada aunty cun melecun dorang ni hehehe.’’ bijak juga Daania Aafia nikan. Azlan sudah tergeleng-geleng kepalanya, apa saja yang ada di otak anak saudaranya yang satu itu.

“Ikut kaulah Fia oii…Aku nak singgah isi minyak ni, alang-alang tu aku nak beli air, kau nak minum apa?”soal Azlan. Daania Aafia sudah tersenyum gembira.

“Nak susu kotak.”jawab Daania Aafia. Azlan membuat muka pelik, dah besar panjang minum susu lagi. “Dutch Lady tau uncle.” Daania Aafia tersengih comel. “Perisa strawberry.”sambungnya lagi. Azlan hanya menjeling anak saudaranya itu.

MR.Rafael Ku!Where stories live. Discover now