Bab 2

4 0 0
                                    

Sampai saja di perkarangan rumah, Daania Aafia sudah melihat adiknya menunggu di tangga. Tapi, dia menjadi pelik kerana ada beberapa kereta mewah di halaman rumah ibu bapanya.

Siapa pula yang datang?. Daania Aafia menoleh ke arah unclenya.

“Uncle tahu kan?” soal Daania Aafia. Melihat wajah tenang Azlan yang bagaikan tidak terkejut dengan kehadiran kereta-kereta mewah itu pun Daania Aafia sudah dapat mengagak bahawa Azlan tahu sesuatu.

“Tahu apa?”soal Azlan pelik. Pura-pura tidak faham dengan soalan Daania Aafia. Daania Aafia memandang unclenya tidak percaya.

“Dah turun, keluarkan barang kau sendiri.”ujar Azlan seraya keluar dari kereta Bezzanya itu.

“ORANG TUA TAK GUNA.” Jerit Daania Aafia kuat, bergurau dengan unclenya. Kedengaran tawa Azlan yang geli hati dengan tindakan anak saudaranya itu. Umur 23 tahun tapi macam masih 8 tahun. Fia… Fia…

“Adik…” Daania Aafia memanggil adiknya dengan girang. Rindu kerana sudah lama tidak bertemu. Adiknya pula hanya tersenyum,tidak tahu harus memberi reaksi seperti apa.

Bukan tidak bahagia kakaknya pulang,tapi haih entahlah.

“Ibu mana?”soal Daania Aafia kepada adiknya yang berumur 17 tahun itu. Amboi sedap betul makan coklat dairy milk ya. Sampai comot.

“Dalam rumah.” jawab adiknya, Daisha Azura. Cantik betul nama ya. Tapi nama tak seindah perangai. Adiknya ini seorang yang agak ganas dan jantan sikit. Masih Daania Aafia ingat ketika ibunya menelefon kerana mengadu tentang adiknya minggu lepas.

Kisahnya adalah si Daisha Azura, digantung sekolah seminggu kerana bergaduh dengan senior di sekolahnya. Aduhai adik adik…

“Nah tolong aku angkat barang aku ni.” suruh Daania Aafia sambil meletakkan barangnya di tangga. Tanpa banyak songeh Daisha Azura menolong kakaknya itu mengangkat barang.

Sampai saja Daania Aafia di pintu, dia hairan melihat beberapa orang yang tidak dikenali sedang duduk berbual bersama ayah dan ibunya.

“Ibu…” panggil Daania Aafia janggal kerana melihat orang-orang tidak dikenalinya itu memandangnya dengan pandangan bab eitsss pandangan sesuatu. Macam pandangan orang jahat? Entahlah.

Entahlah, tapi handsome siot. Dia baru perasan, semua lelaki rupanya. Tapi siapa pula dorang ni. Satu persatu wajah mereka ditilik Daania Aafia. Ada tiga orang. Dua orang duduk di sofa sebelah kanan. Seorang lagi duduk di sebelah ayah, di sofa berhadapan dengan ibunya.

Seketika matanya berhenti di wajah jejaka yang duduk di sebelah ayahnya. Handsome sangat yang ini, mata dia cantik warna hitam yang hitam sangat. Wow… indahnya. Kening dia lebat omaigad. Handsomenya.

“Fia. Dah kenapa pandang orang macam tu?” tegur Mak Dayah, ibu kepada Daania Aafia. Mendengar teguran ibunya, Daania Aafia bergerak ke ibunya untuk bersalaman dan seterusnya ayahnya pula. Fuhhh…berdegup kencang jantung ni.

“Duduk Fia.”arah Pak Wahid seraya itu, Daania Aafia duduk di atas sofa bersebelahan dengan Mak Dayah.

“Siapa ni bu?” bisik Daania Aafia di telinga Mak Dayah. Belum pun ibunya menjawab, Pak Wahid sudah bersuara.

“Jacob, nilah anak aku. Daania Aafia namanya.” Daania Aafia mengerutkan dahinya. Siapa pula Jacob ini? Macam biskut Jacob pula, hahahah...Seketika Daania Aafia berhenti bernafas. Oh yang handsome tadi tulah Jacob.

“Kamu dengar tak ni Fia?” soal Mak Dayah. Termenung saja kerja anaknya itu.

“Ha apa?” soal Daania Aafia keliru. Dia memandang wajah-wajah yang ada di ruang tamu itu dengan muka blur. Apabila mata memandang wajah milik jejaka di sebelah ayahnya itu, dia tundukkan pandangan. Dari tadi dia sedari lelaki itu memandangnya dengan tajam. Macam singa yang mahu membaham mangsanya.

“Si Jacob ni nak kahwin dengan kamu. Fia dah besar, Fia boleh buat keputusan sendiri. Jadi ayah nak tahu keputusan Fia. Nak ke tidak?” soal Pak Wahid yang membuatkan Daania Aafia membuntangkan matanya. Takkanlah ayah senang-senang nak bagi dia buat keputusan? Diakan ayah.

Dan sekarang Daania Aafia tidak tahu mahu memberi respons seperti apa. Kahwin? Itu plan terakhir dalam hidupnya. Tapi mahu menolak begitu sahaja, dia harus menjaga perasaan tetamu yang datang ke rumahnya. Its okay Daania Aafia. Bincang dulu lepastu tolak. Dia memandang pula ibunya, meminta bantuan. Tapi Mak Dayah pun seolah-olah menyuruh dia membuat keputusan sendiri.

Hais apalah nasib, belum sempat rehat dari perjalanan yang agak jauh, ditambah pula lagi dengan soalan yang memerlukan jawapan yang akan mengubah hidupnya.

“Bagi Fia bincang dengan dia dulu, boleh?”soal Daania Aafia. Dia membuat muka berharap diberi kebenaran untuk berbincang. Pak Wahid menganggukkan kepalanya sambil menepuk belakang Rafael Jacob tanda memberi kebenaran. Rafael Jacob pula mengangguk sopan dan memandang kosong ke arah Daania Aafia.

Melihat Daania Aafia yang berdiri, dia turut berdiri dan mengikut ke mana Daania Aafia pergi. Dapat dia menghidu bau wangi dari Daania Aafia ketika mereka menuruni tangga yang membuatkan dia smirk. Wangi buah.

Sekarang mereka berdiri agak jauh dari rumah kayu yang dicat dengan warna biru itu. Dia rasa agak lucu dengan Daania Aafia yang tidak mahu berdiri dekat dengannya. Bayangkan saja ruang di antara mereka boleh memuatkan dua orang. Tangan dipeluk ke tubuh dan menunggu Daania Aafia memulakan bicara. Tetapi dia terpaksa menundukkan kepalanya kerana Daania Aafia yang sangat rendah dibandingkan tingginya iaitu 185 cm. 162 cm itulah tinggi gadis di hadapannya tika itu yang dia rasakan.

“Sebelum awak nak cakap biar saya cakap dulu. Saya tak kenal dengan awak pun, awak pun mesti tak kenal saya kan? Kenapa pula tiba-tiba nak kahwin?”soal Daania Aafia. Kepalanya didongakkan dan memandang jejaka itu yang turut memandangya dengan pandangan kosong. Dia langsung tidak kenal dengan jejaka di hadapannya sekarang. Kenapa perlu kahwin? Tidak masuk akal langsung baginya untuk berkahwin dengan orang yang tidak dikenali.

“Kau jer tak kenal aku, aku kenal kau. Semua tentang kau aku tahu.”ringkas dan padat sekali jejaka di hadapannya menjawab. Dengan gaya angkuhnya itu dan pandangannya terhadap Daania Aafia membuatkan Daania Aafia menghela nafas dengan perlahan.

Kosong. Anak mata berwarna hitam itu memandangnya dengan tatapan kosong. Sehingga Daania Aafia tidak dapat meneka apa yang ada di fikiran jejaka itu.

“Tapi saya tak kenal awak. Dan saya tak nak kenal atau kahwin atau apa-apa dengan awak.”ujar Daania Aafia yang membuatkan jejaka itu tergelak. Bukan gelakan kerana lucu tetapi seakan-akan memerli Daania Aafia.

Jejaka itu maju mendekati Daania Aafia dan ketika dia rasakan jarak mereka sudah rapat, dia berhenti. Daania Aafia pula tidak tahu mahu berbuat apa, mahu menjauh tapi kakinya bagaikan ada magnet jadi dia hanya menjarakkan sedikit badannya tanpa bergerak dari situ.

Hidung berhenti menghirup udara ketika dia terhidu wangian dari jejaka itu, wangian maskulin.

“Aku Rafael Jacob. Kalau kau nak kenal aku, kau mesti kahwin dengan aku. No. Kau wajib kahwin dengan aku.”ujar Rafael Jacob, tidak memberi pilihan lain kepada Daania Aafia. Daania Aafia sudah tercengang. Ewahh datang dari mana pula jantan ni, suka suka nak wajibkan orang kahwin dengan dia.

                     _⁠_⁠_⁠_⁠_⁠_⁠_⁠_⁠__⁠_⁠_⁠_⁠_⁠_⁠_⁠_⁠_

THANKS BEBERAPA KETUL YANG BACA CERITA NI.

JANGAN LUPA:
VOTE✅
KOMEN✅

Sorry kalau awal² ni hambar sikit,baru berjinak-jinak dalam membuat novel.

🌼🤍


Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: May 12 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

MR.Rafael Ku!Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ