4- [Flashback]

51 10 5
                                    

Aku dengan tiga orang rakan ku yang berpeluh-peluh baru balik daripada latihan bola sepak itu, memasuki mini mart yang terletak di anjung makan universiti kami itu. Niatnya aku nak beli air 100 Plus perisa lemon tu. Ala, yang warna hijau tu... Tapi lain pula jadinya...

"Kau orang ambil je apa-apa, aku belanja". Aku dengan bangganya mengatakan itu kepada ketiga-tiga sahabat baik ku itu; Arfan, Aqeef dan Leo.

"Kau ni dah kenapa tiba-tiba bermurah hati ni? Biasanya kedekut!". Arfan menyelar aku. Alamak mamat ni, aku nak belanja, dia banyak bunyi pula.

"Ala ni sebab kita menang game tadi dan sebagai pembakar semangat kau orang untuk match esok. Aku kan kapten yang baik". Kata ku sambil mengangkat-ngangkat sebelah daripada kening ku. Membangga diri.

Ya, Wildan Nu'aiman a.k.a aku merupakan kapten kepada pasukan bola sepak di universiti aku ini. Aku dikenali sebagai orang yang periang, terkenal dan boleh tahan kacak. Bukan nak puji diri sendiri tapi memang betul. Semua orang suka aku kecuali...

"Woi, Dan. Kau tengok tu, Dan. Awek kau". Leo menyiku-nyiku aku apabila dia nampak seorang gadis yang merupakan gadis pujaan hati aku (cuma dia belum tahu aje lagi huhu) masuk ke dalam mini mart itu bersama sahabatnya yang kalau tak silap aku bernama Rifqah itu. Rifqah tu pula tunang Aqeef.

Maka, belum apa-apa lagi, Aqeef dah pergi mendapatkan si tunangnya lalu tinggal lah si gadis cantikku sendirian sedang memilih roti di bahagian roti. Ya, gadis ini lah satu-satunya manusia dalam universiti ini yang tak suka aku.

"Ehem, ehem. Kau pilih dulu apa kau nak dengan Arfan. Aku nak usyar dia jap". Aku membaiki baju ku sedikit, menepuk bahu Arfan dan Leo lalu pergi ke arah si gadis.

"Hai Amel". Aku menegur si gadis cantik pujaan hati.

"Jangan kacau aku".

"Uish, garangnya Amel! Amel jangan lah garang-garang. Idan tegur aje kut". Kata-kataku itu membuatkan tindakannya yang sedang memilih roti tadi terhenti. Terus dia berpaling ke arah ku dengan wajah tegangnya.

"Dan aku tak suka. Boleh tak kau stop kacau aku?".

"Kenapa pulak? Suka hati Idan lah. Bukan Idan buat salah pun kan?". Aku masih lagi cuba menjawab. Come on, aku dah crush dekat Amelia Aleena ni sejak daripada hari daftar kolej semester satu lagi. Tak akan lah aku nak putus asa macam tu aje kan?

"Salah! Salah bila kau yang asyik nak bermesra dengan aku lepastu peminat kau semua bash aku. Cakap aku ni perempuan miang! Aku serabut, kau tahu tak?! Kau pergi je la layan peminat-peminat perempuan kau yang menggedik mahukan perhatian kau tu!". Alamak, belum pernah lagi aku dengar Amel marah macam ni. Tapi, aku tak takut! Aku nak usik dia lagi. HEHEHEHEHE...

" Kenapa, Amel? Amel cemburu ke? If you do, just tell me. Idan rela letak jawatan sebagai kapten pasukan bola sepak and go lowkey, just for you. Boleh tak macam tu?". Sungguh. Aku rela gadaikan kepopularitian aku itu demi menangkap cinta Amel.

"Mana ada! Perasan!". Entah aku gila atau apa, aku dapat lihat rona merah memenuhi ruang pipi Amel meskipun sebahagian daripada pipi itu ditutupi oleh helaian rambutnya.

Aku tersenyum sahaja memandang si cantik itu tatkala dia berjalan mahu keluar daripada mini mart. Nak lari daripada aku ler tu.

Tapi...

Langkahnya terhenti.

Bila aku tengok ke arah dia, aku perasan ada seekor anak kucing kecil di hadapan Amel. Oh! Aku lupa! Amel ni takut kucing sebenarnya!

Aku nampak dia melihat-lihat ke arah Rifqah yang sedang bercakap-cakap dengan Aqeef, barangkali ingin meminta tolong tapi hampa. Rifqah tak perasan pun.

Kemudian, dia tengok aku sambil buat muka kesiannya. Amel jarang tau macam ni. Mungkin dia takut sangat lah tu kut.

"Kenapa tu Amel?". Aku tahan gelak sambil bertanya. Eleh, tadi marah aku sangat. Sekarang tahu pula buat muka kesian nak minta tolong. Haih, comel je!

"Ambil kucing ni". Lebih kepada arahan daripada permintaan tolong.

"Cuba Amel cakap baik-baik. Baru Idan tolong". Aku sakat dia lagi.

"Wildan Nu'aiman, tolong ambil kucing ni boleh? Aku takut". Nada suara Amel dipaksa-paksa menjadi lembut dan berhemah.

Oh, indahnya mendengar nama penuh ku disebut oleh suara si cantik!

"Siap menurut perintah!". Aku lalu mengambil anak kucing itu lalu memeluk si kucing sambil menggosok-gosok bulunya. Baru lah lega sikit Amel tu aku nampak. Kalau tak, tadi, sampai berpeluh dahi! Anak kucing aje pun padahal.

"Dah. Amel dah boleh lalu".

Dia lalu keluar daripada kedai itu tanpa mengucapkan frasa 'terima kasih'. Takpe takpe, akan ku tuntut nanti!

So nak bagitahu yang Amel dan Idan mulai kenal antara satu sama lain di universiti hehe.
Amel budak law.
Idan budak architecture.
Amel presiden kelab fotografi.
Idan kapten pasukan boleh sepak.

Comel kan?

Biggest Love Ever ||OGWhere stories live. Discover now