6

36 9 7
                                    

Sekarang ni aku tengah gelabah. Gelabah kenapa? Gelabah sebab aku dah lewat nak pergi solat Jumaat! Lepastu aku tengah struggle nak pakai sampin ni! Amel pula tengah sibuk memasak di dapur. Aku yang sudah tiada pilihan ini terpaksa juga lah menganggunya.

Aku berlari ke dapur dengan sampin yang tersangkut di bahu ku. Sampai je dekat pintu dapur, terus aku termengah-mengah. Bunyi deruan nafas aku itu menbuatkan Amel berpaling. Dahinya berkerut. Saat tu, aku dah tahu soalan apa yang akan keluar daripada mulutnya.

"Kenapa Idan tak pergi masjid lagi?". Ha, soalan ini.

"Amel helppp!!! Tolong Idan! Idan tak boleh nak pakai sampin ni. Idan dah lipat macam apa yang Amel ajar semalam tapi tak boleh! Dia asyik longgar je". Amel mengeluh sekali apabila dia mendengar omelan aku itu sebelum menutup api dapur gas dan berjalan ke arah aku.

"Omg, Amel nak pakaikan ke?". Mata ku bersinar-sinar apabila Amel menarik sampin aku yang berwarna hitam itu daripada bahu aku. Sampin itu kemudiannya dibuka di hadapan aku.

"Masukkan kaki Idan".

"Hehe, terima kasih cantikku". Aku tersenyum-senyum comel buat Amel sebelum aku 'melangkah masuk' ke dalam sampin itu.

"Angkat tangan tinggi-tinggi". Amel cakap macam tu kerana dia bimbang takut aku yang sudah berwuduk ini tersentuh kulitnya. Batal lah air sembahyang nanti. Satu hal pula nak kena ambil yang baru kan?

Amel lalu mulai mengikat kemas sampin itu pada pinggang ku. Bila dah siap, dia kemaskan sedikit lagi sebelum menepuk-nepuk kawasan pinggang ku.

Aduh, Amel ni. Jangan la tepuk-tepuk macam tu. Bahaya!

"Dah". Amel berdiri jauh sedikit daripada aku lalu meng-scan aku dengan matanya daripada atas ke bawah.

"Terima kasih, si cantikku Amel sayang. Tapi... Kenapa Amel tengok Idan macam tu?". Pelik aku dibuatnya. Apa yang tak kena di mata Amel? Kombinasi warna baju melayu aku dengan sampin ni ke? Aku rasa dah okay dah kut baju melayu putih dengan sampin hitam ni...

Hm... Apa yang tak kena erk...?

Jap, biar aku fikir...

Hm...

HmmMMmmMM....

Ha!

Pakaian aku ni macam orang nak pergi akad nikah! Heh semart juga aku ni rupanya!

Eh, tapi...

Aku dah kahwin...

Eh!!!

"Amel! Amel jangan salah faham! Idan betul-betul nak pergi solat Jumaat! Idan bukan nak kahwin satu lagi. Idan tak akan pernah sanggup nak duakan Amelia Aleena kesayangan Wildan Nu'aiman yang cantik lagikan berseri setiap hari ni. Amel jangan salah faham tau tau! Nanti Idan snap gambar jemaah masjid tu nanti". Dengan paniknya aku menerangkan. Haih, Amel ni pun. Kenapa dia pilihkan baju melayu putih semalam... Aku pula tu tak perasan.

"Amel tak cakap pun Idan nak pergi kahwin lain". Amel berbicara.

"Oh tak eh? Fuh! Lega Idan. Idan takut Amel fikir bukan-bukan tadi".

Amel tersenyum seraya menggeleng.

"Dah la, pergi masjid sana. Nanti lewat".

"Okay, Amel! Byebye! Nanti Idan bawa balik ayam gepuk dua bungkus, boleh?". Amel mengangguk mendengar tawaran ku itu.

"Assalamualaikum isteri cantikku".

"Waalaikumussalam...".

📍 Missing part (third person pov)...📍

Sejurus sahaja Idan pergi ke masjid dengan menaiki keretanya, Amel menutup pintu. Langkah lemahnya dibawa semula ke dapur. Surat yang ada di atas kitchen island itu diambil lalu dibaca dengan hati yang sayu.

Surat ini dia terima awal pagi tadi.

Surat laporan kesuburannya.

"Kesian Idan kan? Amel minta maaf sebab tak dapat nak jadi isteri terbaik untuk Idan".

Amel terduduk di lantai sambil tangannya yang masih memegang surat itu seraya dia menangis sayu. Surat itu menyatakan bahawa tahap kesuburannya sangat rendah dan kebarangkalian dia untuk mengandung adalah hampir kepada kata mustahil.

"Mungkin kalau Idan kahwin lagi, Idan akan lebih gembira...".

🗂️

Done update.
Malas sebenarnya ni...

Biggest Love Ever ||OGWhere stories live. Discover now