10

24 4 0
                                    

"Jom!".

"Amel malas...".

Aik? Dah bersiap cantik-cantik, malas pula isteri aku ni? Hm...

Ceritanya macam ni

Hari ini hari ulang tahun syarikat tempat aku bekerja buat tahun ke-5. Jadi, majikan aku ada la mengadakan majlis sambutan tahunan. Niat aku, nak la ajak Amel. Semalam dia setuju aje. Hari ini dia ubah fikiran pula. Amel okay ke tak ni?

"Amel kan dan janji dengan Idan semalam. Jadi, Amel kena tunaikan janji Amel. Orang yang tak tunaikan janji ni...". Aku cuba untuk memujuk isteri aku yang tiba-tiba sahaja emo itu. Entah kenapa. Sedikit sebanyak benda ni buat aku tak sedap hati.

Amel mengeluh sekali sebelum akhirnya isteri aku tu mengangguk.

"Okay. Tapi ada syarat".

"Apa-apa sahaja untuk Amelku sayang. Idan akan tunaikan. Jangan suruh kahwin dua sudah". Jujurnya aku 'trauma' dengan hal yang lepas. Takut-takut Amel masih terhasut dengan kata-kata wanita jahat itu untuk menyuruhkan menduakannya. Oyemgi, I don't want!!! I only want Amelia Aleena!

"Amel tak nak bercakap dengan sesiapa nanti kecuali Idan. Boleh tak?".

"Boleh. Tapi boleh Idan tahu kenapa?".

"Amel nak jimat social battery Amel". Amel senyum segaris ke arahku. Dia menyelitkan juntaian rambutnya yang jatuh ke pipi itu ke belakang telinga.

"Faham! Baik lah. Nanti Amel takyah bercakap dengan siapa-siapa kecuali Idan. Amel duduk makan je. Okay?".

Amel mengangguk beberapa kali seraya tersenyum kecil. Tapi kemudian, dia mengerutkan kembali wajahnya apabila melihat aku yang sibuk berkerut wajah memandang ke arahnya itu.

"Hm... Idan rasa ada yang tak kena la...". Aku memegang dagu ku sendiri sambil menilik gaun putih yang disarungkan Amel itu. Gaun yang agak simple namun sangat cantik. Sesuai dengan tubuh tinggi lampai Amel.

"Apa?".

"Cuba Amel bangun".

Aku arahkan lalu Amel turutkan sahaja.

"Pusing-pusing sikit".

Sekali lagi aku mengarah dan Amel mengikut.

"Okay. Idan dah tahu apa yang tak kena". Aku lalu berjalan menghampiri Amel lalu tersenyum sumbing.

"Idan ni kenapa?". Amel bertanya dengan muka tak puas hatinya itu.

Chup!

Tak banyak soal, aku terus mencium dahinya sekali. Hehe...

Ya, itu aje sebenarnya.

"Okay, dah okay".

Dan Amel memandang ku dengan pandangan yang macam ni: -_-.

👗

Hello peminat Amel dan Idan!

Maaf sebab dah lama tak update story diorang hehe. Kita sibuk sangat dengan ZAYD GHIBRAN but here you go!

Enjoy reading!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Biggest Love Ever ||OGWhere stories live. Discover now