9

50 9 0
                                    

Harini hari graduasi isteri tersayang tercantik tergojes aku, Amelia Aleena! Jadi, aku yang dah pakai handsome-handsome memang laju aje la pergi ke universiti dia. Aku ambil cuti separuh hari harini. Jadi, tadi lepas je makan tengahari tadi, aku terus pandu kereta aku ke universiti Amel. Dan sekarang

"Congratulations, my pretty pretty Amel!!!".

Aku ucap kata itu dengan penuh bersemangat sambil aku peluk badan isteri aku tu kemas-kemas. Kisah apa aku kalau ada orang tengok. Amel isteri aku dan aku bangga ada isteri sebijak dia. Kalau semua nak tahu, isteri cantik aku ni graduate with honors tau!

"Kuatnya Idan peluk". Amel buat muka macam, 'jantan ni dah kenapa?'.

"Biar lah! Idan bangga tau ada isteri macam Amel ni. Dah la cantik giler, pandai pula tu". Aku lepaskan pelukan aku lepastu aku tengok muka dia. Pipi dia aku pegang sambil aku usap perlahan. Mata aku merenung matanya sedalam mungkin.

"Tahniah, Amelia Aleena. Idan nak minta maaf sebab Idan tak dapat nak teman Amel belajar sampai master. Idan mampu sampai degree je". Aku cium dahi dia sekali depan-depan orang ramai. Memang ada la beberapa orang yang tengok tapi macam aku cakap tadi, aku tak kisah langsung.

"Idan bukan tak mampu nak sampai master tapi Idan pentingkan Amel kan?". Apa yang Amel cakap tu memang betul. Keputusan aku time degree dulu cemerlang tapi aku memutuskan untuk tak sambung belajar sebab aku nak kerja terus dan kumpul duit untuk kahwin dengan Amel. Padahal masatu...Amel masih belum beri jawapan dia bila aku tanya dia 'kau nak tak kahwin dengan aku?'.

"Eh eh Amel ni, jangan la ungkit kisah tu. Harini kita nak happy-happy sebab Amel dah graduate!".

"Idan yang mula sedih dulu". Amel jelling aku. Aku tak ambil hati pun. Aku jeling arh dia balik. Eh takdela hehe... Aku tengok dia atas bawah sambil tersenyum. Haih, cantik dan comel dan gojes betul isteri aku ni.

Amel cantik dengan persalinan baju kebarung berwarna merah dia tu. Manis je tengok. Tapi lagi manis kalau...

Tiba-tiba aku keluarkan sehelai fabrik yang aku letak dalam beg kertas yang sedari tadi aku pegang itu. Fabrik itu berwarna putih bersih dan agak panjang. Bila aku keluarkan tu, Amel tengok aku pelik.

"Jangan risau, ada lagi hadiah lain untuk Amel tapi hadiah ni paling bermakna". Aku pun melilitkan fabrik itu ke atas kepalanya secara longgar. Terkejut juga la Amel dibuatnya.

"Idan sebenarnya tak suka orang tengok rambut cantik Amel ni. Idan cemburu. Amel milik Idan je, kan? Idan tak suka kongsi". Bukan ini sebab utamanya namun aku berharap agar Amel faham tujuan ku menyuruh dia untuk memakai tudung ini.

Amel pun tanpa berkata apa-apa, terus memeluk aku.

What a lovely day, allhamdulillah...

📜

UPDATED!!!

Ada yang tunggu author update ke? Sorry lah lewat sikit sayang-sayangku :( Assignments author melimpah ruah macam takde hari lain dia nak sibukkan diri kita ni tapi sekarang author dah free sikit hehe...

Biggest Love Ever ||OGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora