Tangan halus milik Anisa Sofea melambai ke arah Pak Atan dan Mak Jah. Mak Jah yang berada di dalam kereta tersedu sedan menangis. Hatinya bagaikan tidak sanggup berjauhan dengan anak kecil itu. Pada usianya enam tahun, dia bagaikan anak yang matang. Seakan memahami akan liku kehidupannya. Perkarangan rumah itu semakin jauh dari pandangan mata Mak Jah.
Anisa Sofea memusingkan badan memandang keluarga itu. Senyuman manis dihadiahkan oleh mereka untuk dirinya. Dia hanya mampu tersenyum nipis. Dia faham akan situasi sekarang. Dia perlu berjauhan dengan Mak Jah dan Pak Atan....... Papanya.... Sayu hatinya.
"Nama makcik Fatimah, ni suami makcik, Jalil. Ni anak-anak makcik, Daria dan ni Akmal. Mulai hari ni Nisa akan duduk dengan kami. Pergi la rehat dalam bilik dulu. Nanti dah siap makan tengahari Makcik panggil." terang Puan Fatimah.
Anisa Sofea mengangguk kecil. Melangkah menuju ke bilik yang di tunjukkan kepadanya tadi. Matanya memandang sekeliling bilik. Ada katil bujang, meja solek dan kerusi yang sudah usang beserta almari kecil.
Jendela bilik dibuka. Terbentang luas keindahan sawah padi yang menghijau. Jiwanya terasa tenang.
Sedang asyik melihat keindahan sawah padi, dia mendengar suara orang seakan berbisik. Ditekapkan telinga rapat ke dinding papan itu.
"Mak, dia nak tinggal dengan kita ke?"
Soal Akmal terhadap emaknya. Emaknya hanya mengangguk."Cukup ke beras kita nanti?"
Bulat mata Puan Fatimah memandang ke arah Akmal.
"Ke situ pulak kamu ni Mal. Makan je kamu ingat."
"Ya.... Nisa akan tinggal dengan kita."
"Sampai bila mak?" Soal Daria.
"Sampai bila-bila yang dia nak. Kamu berdua layan dia elok-elok. Anggap dia macam adik kamu sendiri. Ingat!!!"
Pesan Puan Fatimah. Dia masih terkejut menerima kunjungan dari kakaknya, Mak Jah. Permintaan Mak Jah sukar untuk ditolak. Teringat akan Puan Aisha, majikan kakaknya. Puan Aisha pernah membantu dia dan suaminya semasa mereka kesusahan dan dibuang keluarga dulu.
Mereka pernah hidup merempat dahulu kerana perkahwinan mereka tidak dipersetujui oleh kedua belah pihak. Kerana pertolongan dari Puan Aisha mereka dapat membuka kedai runcit berhampiran rumah. Berbekalkan modal dan pertolangan dari Puan Aisha, kedai runcit itu terbina.Permintaan Mak Jah tidak mungkin ditolak. Dia dengan berbesar hati dapat menjaga Anisa Sofea. Sedikit sebanyak dapat membalas jasa baik Puan Aisha. Dia yang sememangnya kepingin anak ramai teruja dapat menjaga Anisa Sofea. Masalah yang dia alami menyukarkan dia untuk mengandung lagi. Kini Daria sudah berusia 11 tahun dan Akmal 8 tahun.
Melihat pada penerimaan anak-anaknya, dia yakin mereka mampu menyayangi Anisa Sofea.
Cuma Anisa Sofea masih kekok dengan mereka sekeluarga. Dia berharap mereka mampu memberikan kasih sayang kepada anak kecil itu.Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Anisa Sofea duduk di buaian di halaman rumah. Rambutnya ditocang tinggi. Termenung sendirian.
"Nisa buat apa?" Soal Daria.
"Duduk je"
"Nak ikut kami tak?" Tanya Akmal.
Anisa Sofea teruja dengan perlawaan Akmal.
"Pergi mana?"
"Pusing kampung ni.... Naik basikal." Jawab Daria.
"Tapi Nisa tak pandai kayuh basikal."
"Tak pe boleh naik dengan Kak Daria." Balas Daria.
Tanpa berlengah Anisa Sofea naik ke atas basikal milik Daria. Perlahan basikal itu mula bergerak. Apabila terasa Daria mengayuh dengan laju dipeluknya pinggang Daria erat.
"Ni la kedai ayah.... " tunjuk Daria apabila tiba di hadapan kedai milik Encik Jalil.
"Oooo...."
"Ni sekolah kita nanti. Mak kata nanti Nisa sekolah dengan kami. Seronok la dapat pergi sekolah sama-sama.
"Owh.. okay."
Daria mengayuh basikal laju ingin mengejar Akmal yang sudah jauh ke hadapan. Sepuluh minit mengayuh akhirnya mereka tiba ke destinasi. Kelihatan sawah padi menghijau dan ada parit kecil.
"Nisa nak mandi?" soal Akmal lalu terjun ke dalam parit jernih itu. Terbeliak biji mata Anisa Sofea.
Terkejut melihat Akmal mandi di situ.
"Mal.... kau ni... Mak kan tak bagi mandi kau degil ek. Nanti kena marah aku tak tahu." Marah Daria.
"Mak sayang aku. Mesti marah punya." Balas Akmal. Air yang sejuk terasa nyaman sekali.
"Jom Nisa..."
Tangan Anisa Sofea dicapai Daria. Perlahan mereka meniti batas sawah padi. Tiba-tiba......
"Arghhhhhhhh..."
Anisa Sofea menjerit kuat. Dia sudah terjatuh ke dalam sawah yang berlumpur itu.
Daria dan Akmal saling berpandangan. Tiba-tiba
mereka mendengar Anisa Sofea ketawa. Serentak mereka juga mentertawakan Anisa Sofea. Lucu melihat Anisa Sofea yang sudah dipenuhi lumpur.Ini lah ketawa yang sudah lama hilang dari seorang Anisa Sofea. Sejak kehilangan mamanya..........
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...