Kundasang, Sabah.....
Anita Sofea menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Tubuhnya yang terdedah tidak diendahkan. Ditatapnya wajah milik Jeffry yang sedang lena di pembaringan. Sudah empat hari dia berada di Kundasang, Sabah ditemani oleh Jeffry, kekasih gelapnya. Telefon bimbit di capai. Whatapps dari
Tengku Zhafril Irfan dibacanya.Good morning sayang....
Hope you'll enjoy ur day.
Love u, miss u....Whatapps itu dibaca berulang kali. Satu keluhan berat kedengaran. Wajah Jeffry direnungnya.
Sudah empat tahun dia menjalinkan hubungan dengan Jeffry. Hubungan seperti pasangan suami isteri. Sayangnya terhadap Jeffry melebihi sayangnya terhadap tunangnya, Tengku Zhafril Irfan.Tiada perasaan cinta buat Tengku Zhafril Irfan. Dia bersetuju hanya kerana desakan mamanya, Datin Suzila. Dia bersetuju hanya kerana mama dan papanya serta perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Tengku Zhafril Irfan membuatkan dia merasa dirinya disayangi dan dihargai.
Tengku Zhafril Irfan sentiasa mengambil berat terhadap dirinya. Sentiasa ada bila diperlukan. Tidak seperti Jeffry, hanya dahagakan wang ringgitnya. Namun hanya lelaki itu yang berjaya menambat hatinya. Memikirkan tarikh perkahwinan mereka semakin hampir, kekusutan melanda. Sanggupkah dia meninggalkan Jeffry?
Pernah ditanya kepada Jeffry apa yang akan terjadi selepas dia berkahwin?Jawab Jeffry hubungan mereka akan tetap berjalan seperti biasa cuma Jeffry inginkan dia memberikan wang tiap-tiap bulan dan wang itu perlu digandakan.
Sampai bila dia perlu menipu Tengku Zhafril Irfan? Tegarkah dia terus memainkan perasaan tunangnya itu.
Tiba-tibanya air matanya mengalir perlahan. Buntu memikirkan semua permasalahan."Hei.... what happen" soal Jeffry. Air mata Anita Sofea diseka. Yakin ada sesuatu menganggu.
"Sampai bila kita nak teruskan perhubungan kita Jeff. I tak sanggup nak tipu Zhaf."
"You dah sayang dia ke?"
"No... what I mean I tak sanggup tipu dia lagi. Dan sejauh mana arah tuju hubungan kita."
"I kahwin dengan dia dan I tetap teruskan hubungan dengan you??? Kalau I mengandung macam mana? Mana I tahu itu anak you atau anak Zhaf!"
Jeffry hanya terdiam. Dia sayangkan Anita Sofea. Melepaskan Anita Sofea ibarat dia melepaskan lombong emas. Empat tahun bersama dia hanya duduk di rumah dan keluar berfoya-foya. Tidak melakukan sebarang pekerjaan. Semua ditanggung Anita Sofea. Meskipun bapanya usahawan berjaya namun sedikit pun harta bapanya tidak diserahkan kepadanya. Jawatan CEO syarikat diserahkan kepada adiknya.
Kata bapanya dia tidak layak menerajui syarikat kerana hobinya yang suka berfoya-foya dan kaki perempuan.Beberapa hari kemudian.....
Kediaman Datuk Sauqi...
Kuala Lumpur.
Datin Suzila setia menanti Anita Sofea di tepi kolam renang milik mereka. Halaman rumahnya diperhatikan. Bunga-bunga cantik yang menghiasi halaman rumah sedikit pun tidak menarik minatnya. Air kolam yang tenang tidak setenang hatinya kala ini. Perhatian nya kini hanya kepada Anita Sofea. Sudah beberapa hari dia menanti akan kehadiran anaknya itu. Hati nya gusar memikirkan perihal si anak. Susah hatinya dengan tingkah laku Anita Sofea.
Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Pantas kaki nya melangkah menuju ke arah kereta tersebut. Yakin akan itu adalah anaknya.
Anita Sofea keluar dari perut kereta. Setelah melambaikan tangan kepada Jeffry dia lantas berpusing untuk masuk ke dalam rumah. Sambil tersenyum manis. Tiba-tiba...
"Mama.... terkejut nita!" Sambil mengurut dadanya terkejut melihat kelibat Datin Suzila yang tiba-tiba muncul.
Lengan Anita Sofea ditariknya menuju ke gazebo di hujung rumah. Jauh dari pandangan orang."Dah kenapa mama ni?" Marah Anita Sofea. Geram dengan tingkahlaku mamanya.
"Kamu ni memang tak serik-serik ke? Kan maam dah pesan jangan keluar lagi dengan budak tu? Kamu tu dah nak kahwin kalau orang nampak macam mana?" marah Datin Suzila. Dikawalnya intonansi suara. Takut andai didengari oleh yang lain.
"Ala mama bukan orang nampak pun. Pandai la Nita simpan."
"Kamu jangan macam-macam. Kamu ingat kalau orang lain tahu kamu selamat ke? Lebih-lebih lagi keluarga Zhaf. Kamu jangan malukan mama."
"Ma, kan dari dulu lagi Nita tak nak bertunang dengan Zhaf. Mama dan papa yang paksa Nita kan."
"Hei Nita, mama dan papa pilih Zhaf sebab nak kamu senang. Tak payah kerja pun tak pa. Harta dia tujuh keturunan pun tak habis."
Anita Sofea mengeluh. Sikit-sikit harta.
"Nita tak cintakan dia ma."
"Tapi kamu sayang dia kan"
"Nita nak masuk. Letih.... "
"Kamu tutup kamu punya kat 'leher'tu. Kalau papa kamu nampak mati kamu.."
Pesan Datin Suzila. Dia bukannya bodoh. Dia tahu perbuatan anaknya itu. Bimbang akan perbuatan Anita Sofea dapat dihidu oleh orang lain.
Sudut Ilmu :
- Orang yang melakukan zina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati.
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...