BAB 18

7.7K 175 5
                                    

"Anisa Sofea!!!!!!!!!" Jerit Datuk Sauqi sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terus bergegas ke sini selespas mendapat panggilan telefon dari seseorang.

Jerkahan dari Datuk Sauqi mematikan suara Anisa Sofea yang ingin menjawab soalan dari Tan Sri Zayed Irfan. Terkejut dia dengan jerkahan yang datang dari bibir papanya. Dia yang sedari tadi duduk kini sudah berdiri tegak. Pertanyaan dari pakcik separuh umur tadi di biarkan sahaja. Melihat wajah menyinga Datuk Sauqi dia mengundurkan langkahnya.

Tengku Zhafril Irfan, Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia melopong mendengar nama yang keluar dari bibir Datuk Sauqi. Tidak menyangka gadis ini ada kaitan dengan Anita Sofea. Tengku Zhafril Irfan yakin gadis itu merupakan saudara Anita Sofea. Tidak pasti sama ada kakak atau adik Anita Sofea.

Datuk Sauqi melangkah masuk diikuti oleh Datin Suzila dari belakang. Laju langkah Datuk Sauqi menuju ke arah Anisa Sofea. Melihat Datuk Sauqi menuju ke arahnya terasa tubuhnya mengigil.
Dia ketakutan. Bayangan silam kembali menjelma.

"Anak tak tahu malu. Kau sengaja nak malukan aku kan." Sejurus itu satu tamparan kuat hinggap di pipi Anisa Sofea.

Anisa Sofea terduduk di atas lantai. Perit tamparan yang diterima. Matanya merah menahan sedih dan sakit di hati.

"Nisa tak tahu macam mana Nisa ada kat atas katil dengan lelaki tu. Semalam masa Nisa masuk rumah ni kosong." Terang Anisa Sofea. Semalam memang dia bersendirian.

"Banyak kau punya alasan. Kau tahu tak siapa lelaki ni???" Soal Datuk Sauqi.

Anisa Sofea hanya mengeleng. Yakin dia tidak mengenali lelaki tersebut. Ini kali pertama mereka bersua muka.

"Inilah tunang adik kamu dan bakal adik ipar kamu! Sibuk sangat kerja sampai tak kenal tunang adik sendiri! Dalam banyak-banyak jantan kenapa lelaki ini juga yang kamu pilih??? " jerkah Datuk Sauqi.

Anisa Sofea menekup muka dengan telapak tangannya. Ya Allah, dugaan apakah ini? Sumpah dia tidak mengenali lelaki ini dan dia yakin Datin Suzila telah memerangkapnya.

"Nisa minta maaf papa. Demi Allah Nisa tak kenal lelaki ni. Nisa datang sini hantar baju nikah Nita. Semalam kan papa dan mama yang suruh Nisa datang ke sini. Kalau papa tak percaya papa boleh tengok alamat yang mama bagi dekat Nisa semalam."

Anisa Sofea pantas berjalan menuju ke arah beg pakaian yang dibawanya semalam. Ingin mencari kertas yang tertera alamat rumah ini yang diberikan oleh Datin Suzila. Namun hampa. Kertas itu sudah tiada. Yakin semalam dia menyimpannya di situ. Baju nikah Anita Sofea dikeluarkan dari beg pakaian. Melihat baju nikah itu tangannya mengigil kuat. Kenapa baju yang diberikan Anita Sofea kepadanya yang berada di situ. Dia menyelongkar beg dan mencari alamat yang diberikan oleh Datin Suzila semalam. Masih tiada.

Anisa Sofea melangkah laju menuju ke arah Datin Suzila. Tangan wanita itu dipegang erat.

"Mama, tolong bagitahu dia orang. Semalam mama yang bagi alamat rumah ni kat Nisa. Mama yang minta tolong Nisa hantar baju nikah dekat sini. Papa pun ada semalam. Mama please explain to them. Please.....  Mama yang suruh Nisa datang sini." Rayu Anisa Sofea.

Hanya Datin Suzila sahaja penyelamatnya. Wanita itu tahu akan cerita sebenar. Datin Suzila merentapkan tangannya dari genggaman Anisa Sofea. Dia melangkah menghampiri Datuk Sauqi.

"Mama yang suruh Nisa datang sini semalam. Mama kata ini rumah Anita. Nisa cuma hantarkan baju saja." Terang Anisa Sofea. Melihat kebisuan Datin Suzila dia yakin dia perlu mempertahankan diri.

"Apa kamu cakap ni Nisa. Bila masa mama suruh kamu ke sini. Kan mama bagi alamat rumah dekat Bangi."

Balas Datin Suzila. Anisa Sofea terkedu dengan jawapan Datin Suzila. Permainan apa yang mamanya rancangkan ini.

"Mama please... tolong ceritakan hal yang sebenar ma..... Nisa rayu..."

"Jangan kau nak berlakon. Merayu dekat bini aku. Jangan kau nak ajar bini aku menipu. Cukup la kau yang jahat dalam keturunan aku." Marah Datuk Sauqi. Tubuh kecil Anisa Sofea ditolak ke tepi. Tangisan kecil Anisa Sofea kedengaran.

"Kalau diikutkan hati ni nak je aku bunuh kau. Kalau aku tahu kau nak malukan aku dari kecil lagi aku dah bunuh kau. Aku tak sangka hati kau busuk sanggup kau rampas tunang adik kau sendiri!!!"

Pantas Datuk Sauqi meluru ingin mendapatkan Anisa Sofea. Ingin di belasah anaknya itu semahunya. Belum pun sempat, tubuhnya dihalang oleh Tan Sri Zayed Irfan.

"Sabar Qi. Ingat Allah...." pujuk Tan Sri Zayed Irfan.

"Nisa tak salah papa, uncle. Nisa teraniaya. Mama, tolong Nisa ma. Tolong jelaskan perkara sebenar. Nisa merayu."

Rayu Anisa Sofea. Dia melutut di hadapan Datin Suzila. Memohon simpati dari mamanya untuk menceritakan perkara sebenar.

Datin Suzila menarik kakinya dari pegangan Anisa Sofea. Tidak mahu disentuh oleh anak tirinya itu. Puan Sri Camelia hanya memerhati. Tidak ingin masuk campur dalam urusan keluarga Datuk Sauqi.

Tengku Zhafril Irfan sedari tadi hanya duduk di sofa. Tidak mahu masuk campur. Namun matanya tajam merenung ke arah Anisa Sofea...

Gadis itu sudah memusnahkan impian dan kebahagiaannya.....






My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now