"Papa!!!!!"
Tiba-tiba dia menjerit kuat. Serentak dia terjaga dari tidur. Terus bangun dan duduk. Peluh membasahi dahi. Dia memegang dadanya yang berdegup laju.
"Sayang, kenapa ni? Dah time ke?" Soal Tengku Zhafril Irfan. Dia yang sedang berada di bilik bacaan menyiapkan kerja terkejut dengan jeritan itu. Terus dia berlari ke bilik. Perut Anisa Sofea diusap lembut.
"Nisa, Zhaf... kenapa ni? Dah masanya ke?" Soal Tan Sri Zayed Irfan yang muncul bersama isterinya. Mereka yang sudah berada di bilik untuk tidur terkejut dengan jeritan itu.
"Sayang... ok tak ni?"
"Nisa... mimpikan papa. Papa peluk dan minta maaf dengan Nisa." Ucapnya lalu menangis. Entah kenapa malam ni Datuk Sauqi muncul di dalam mimpinya. Memeluk nya dan memohon maaf.
Tubuh Anisa Sofea dipeluk erat oleh Tengku Zhafril Irfan. Belakang tubuh isterinya diusap perlahan seakan memujuk."Oo mama ingat dah sampai masa Nisa bersalin. Nisa tidur dulu. Esok pagi-pagi kita jumpa papa okay. " pujuk Puan Sri Camelia lalu tersenyum. Emosi orang mengandung kadang-kadang lain sikit. Dia faham itu.
"Tidur ye. Esok abang bawa sayang jumpa papa." Tengku Zhafril Irfan juga memujuk. Anisa Sofea dibaringkan semula ke katil. Dia turut naik ke katil. Memeluk tubuh isterinya. Erat. Sesaat kemudian dia juga tertidur.
Panggilan telefon mematikan niat Tan Sri Zayed Irfan untuk tidur. Selepas keluar dari bilik anak sulungnya tadi, dia menerima panggilan telefon. Jam di dinding diperhatikan. Pukul 12.00 tengah malam. Nama Pak Atan tertera pada skrin telefon. Tiba-tiba hatinya terasa gusar. Tan Sri Zayed Irfan menjawab panggilan tersebut. Puan Sri Camelia hanya memerhati dari atas katil. Talian telefon dimatikan. Wajah Tan Sri Zayed Irfan mendung.
"Sapa telefon bang tengah-tengah malam ni."
"Pak Atan..."
"Apa dia nak bang? Tak pernah dia telefon abang."
"Sauqi... dia masuk hospital."
"Apa bang??? Kenapa bang?"
"Heart attack..."
Allah... perlahan Puan Sri Camelia turun dari katil dan menuju ke pintu. Soalan dari Tan Sri Zayed Irfan mematikan langkahnya.
"Kamu nak pergi mana Lia?"
"Aik... bagitahu Nisa la bang. Biar dia tahu keadaan Sauqi."
"Kamu ni. Dah. Tak payah bagitahu Nisa. Abang tak nak menantu abang susah hati. Nisa tu pun tengah sarat. Abang dah suruh Pak Atan maklumkan tentang kesihatan Sauqi. Lagipun sekarang Sauqi dah stabil."
"Ye bang. Alhamdulillah...."
Tan Sri Zayed Irfan berjalan menuju ke balkoni bilik. Sejujurnya, bukan hanya kesihatan Datuk Sauqi yang disampaikan kepadanya. Ada cerita lain yang turut disampaikan. Namun belum masanya dia kongsikan bersama isterinya. Dia risaukan akan keadaan Anisa Sofea. Mendengar dari cerita Pak Atan dan tingkah laku Anita Sofea, dia yakin wanita itu akan melakukan sesuatu.
Mims Hospital
Datin Suzila merapikan selimut Datuk Sauqi. Wayar yang berselirat di tubuh suaminya dipandangnya. Air matanya menitis laju. Dia bersyukur ke hadrat ilahi. Allah masih panjangkan usia suaminya. Saat ini dirinya merasa sangat berdosa. Berdosa akan segala kesilapan yang telah dilakukannya. Berdosa kepada Allah Yang Maha Esa dan berdosa kepada Anisa Sofea. Terlalu banyak dosa nya terhadap anak tirinya itu. Sepatutnya dia menyayangi Anisa Sofea seperti mana dia sayangkan Anita Sofea. Sebagai ibu dia sepatutnya melindungi anak itu. Menjadi pelindung pada segala bahaya yang hadir. Mendidik dan mencurahkan kasih sayang sepenuh hati. Bukan memerangkap anak itu demi kebahagiaan Anita Sofea.
Langkah kakinya menuju ke kaunter jururawat bertanya arah di mana letaknya surau. Dia ingin menunaikan solat Isyak. Kakinya diatur ke arah surau. Dia melangkah memasuki surau yang terletak di tingkat 1. Pantas dia mengambil wuduk. Setelah selesai dia mencapai sejadah dan telekung yang berada di situ untuk menunaikan solat. Sudah berapa lama dia tidak menunaikan mewajipan itu. Acapkali Datuk Sauqi mengingatkan dirinya dan Anita Sofea mengenai solat, mereka tidak pernah peduli. Bagaimana dia hendak menasihatkan anaknya sedangkan dia sendiri leka akan perintah Allah yang satu itu.
Dia perlu segera bertemu Anisa Sofea. Dia perlu memaklumkan kepada anaknya mengenai Anita Sofea. Dia yakin Anita Sofea akan melakukan sesuatu terhadap kakaknya itu. Dia sangat kenal hati budi anak yang dibelanya dari kecil. Dia tahu Anita Sofea mampu melakukan apa-apa pun termasuk membunuh. Semuanya berpunca dari dia. Terlalu manjakan Anita Sofea. Esok usai solat subuh dia akan menghubungi Tan Sri Zayed Irfan dan menceritakan semuanya. Dan dia juga ingin Anisa Sofea datang melawat papanya. Dia ingin memohon ampun dari Anisa Sofea. Tidak tertanggung dosanya itu.
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...