ANEKDOT 17

55 6 0
                                    

"Assalamualaikum cik puan. Amboi bukan main bahagia dia sejak dua menjak ni. Adakah bulan yang selama ini dipuja sudah jatuh ke riba? Adakah musim menuai yang selama ini dinanti sudah tiba tanggalnya?" Lamunan Ae'in terhadap kanvas langit malam ini diganggu oleh tepukan di bahu.

  Ae'in tidak menjawab. Dia mengubah pusat perhatiannya. Dari sepasang anak mata yang ralit memerhatikan bentangan kanvas hitam yang hanya bermanikkan taburan bintang, dia memalingkan wajah ke arah sahabatnya yang kini melabuhkan punggung di hadapannya. Mereka berdua duduk bertentangan di atas kerusi batu dengan hanya dipisahkan oleh meja batu di hadapan rumah.

  "Kau demam ke apa tiba-tiba bercakap macam pencinta pujangga dulu-dulu ni?" Ae'in menggelengkan kepalanya sebaik sahaja senyuman mengusik Nasuha menjadi jamahan mata.

  Nasuha sekadar tertawa kecil. "Jadi tak? Bunyi dia macam natural tak?" Nasuha memulangkan soalan dengan soalan balas. Kedua-dua kening dijongket-jongketkan sebagai tanda bersedia hendak mendengar penghakiman si sahabat terhadap sebaris kata-kata yang dicedoknya entah dari mana.

  Ae'in mencebik sesaat. "Bolehlah tapi kalau kau buat buku puisi, jangan suruh aku beli. Tak minat membaca cerita cinta macam kau. Tak ada jiwa."
 
Mendengar bicara Ae'in, Nasuha tertawa. Dia melarikan sepasang anak mata ke arah langit yang ditenung sahabatnya tadi. "Iyalah... iimembaca buku cerita tak suka tapi membaca hati lelaki pandai pula?" Seusai memuntahkan sebaris kata-kata yang sudah lama hendak dia lontarkan ke arah Ae'in, sepasang anak mata dibawa bertaut semula dengan iris coklat gelap milik Ae'in Elyana.

  "Wahai Cik Nasuha kembar Nezuko adik kepada Kamado Tanjiro, saya tidak mengerti. Bolehkah dijelaskan tentang perkara yang Cik Nasuha cakapkan tadi kepada saya supaya saya boleh memahami laras bahasa Cik Nasuha?" Ae'in melunakkan suaranya. Turut sama melayan bicara puitis sarat berkias oleh rakannya itu.

  "Apa kes kau dengan pegawai JPJ yang tak jadi saman kereta aku tu?" Nasuha mencabut terus mod pujangga jiwa yang baru hendak bermesra dengan keheningan malam sejak tadi. Badannya dicondongkan ke depan dengan kedua tangan menongkat bahu. Kening diangkat sebelah.

  "What do you mean by, apa kes? Kau ada dapat message saman yang baru ke?" Ae'in berdalih dalam jawabnya. Rasa gementar yang mula merebak dari satu sudut hati cuba untuk dia kekang dari terus membuatkan perasaannya tidak keruan.

  "Hek eleh kau ni. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula." Tidak mahu mengalah, Nasuha menarik lagi tali perbincangan mereka. Sengaja digunakan petikan-petikan pujangga yang dia baca dari novel cinta yang dibacanya.

  Ae'in menghela nafas panjang seraya membidas. "Mana ada gaharu, aku tak minat kayu balak. Aku minat bunga. Cakap je bunga apa, hydrangea, azalea, lili, dais—"

  "Cukup, aku mengaku kalah," potong Nasuha dengan kedua belah tangan diangkat ke udara. Mengaku kalah kalau Ae'in sudah mula mahu membuat wawancara berkaitan bunga di hadapannya. Tahulah mereka berdua ini pengusaha premis gubahan bunga hiasan dan dekorasi majlis, tapi kalau bab dengar ceramah fasal bunga, Nasuha awal-awal lari dahulu. Tak sanggup! "Apa cerita hubungan kau dengan dia?"

  Nasuha akhirnya mengambil keputusan untuk bertanya terus terang. Kedua belah tangan dia satukan dan digosok sesama sendiri. Sewaktu jam sudah menghampiri pukul sebelas malam dengan hujan yang baru sahaja berhenti kurang satu jam lepas, pawana dingin yang bertiup malam ini boleh tahan juga sejuknya. Sudah berbaju dua lapis pun masih terasa mencengkam ke tulang sulbi.

  "Hubungan? Aku dengan Tuan Nahlan berkawan je. Nothing more and nothing less" Ae'in menjawab lancar, penuh yakin.

  Nasuha menggeleng. "Aku tak percaya kau orang berkawan je. Berkawan apanya sampai punya banyak kali dia bawa kau pergi rumah mak su dia, lunch dekat sana dalam masa dua minggu ni? Tak ajak aku pula tu." Nasuha menyambung perbualan mereka dengan persoalannya. Sungguh tidak berpuas hati dengan jawapan Ae'in yang dia rasakan langsung tidak jujur itu.

SATU PELUANG Where stories live. Discover now