SATU PELUANG
Kita mula semula tak boleh ke?Nahlan menelan liur. Sepasang anak mata sedang memandangnya. Tajam bak mata helang. Nahlan bernafas dengan tenang seraya kepala diangkat. Terus sahaja anak matanya dipasung dalam sepasang mata helang itu.
"Untuk apa, Ae'in suruh kamu berjumpa dengan aunty. Aunty rasa jelas dah haritu aunty cakap yang aunty tak suka kamu berkawan dengan Ae'in."
Serangkai soalan itu ringkas namun bisanya terasa menyengat hingga ke ulu hati Nahlan. Sebenarnya, dia sudah dapat mengagak. Sudah tentu, Ae'in tidak memberitahu semuanya kepada Puan Jasmine. Manakan tidak, Ae'in sendiri kurang jelas tentang asbab apa Puan Jasmine memarahi Nahlan sewaktu kali pertama mereka berdua bertemu.
Nahlan tahu... jauh di sudut Ae'in, gadis itu menyambut baik pelawaan Nahlan tempoh hari namun... Nahlan sendiri sedar betapa tidak patutnya mereka membelakangkan Puan Jasmine dalam hal berkaitan anak daranya.
Sangat tidak sopan.
"Saya... minta maaf aunty. Sebenarnya..." Nahlan terkemam sebentar. Dia berkira-kira sebelum nafasnya dihela tenang dan dihembus perlahan. Meyakini pilihan aksara pengisi bicaranya. "El dah tahu tenang siapa saya sebenarnya." Mata Nahlan terangkat ke arah Puan Jasmine.
Jelas, riak Puan Jasmine berubah saat pernyataan itu termuntah dari mulut Nahlan. Pun begitu, wanita itu berusaha mengekalkan raut wajahnya. "Kamu berhubungan dengan Ae'in selama ni?"
Nahlan mengangguk. "Saya minta maaf sebab saya tak berjaya untuk jauhi dia. El... perlukan bantuan saya aunty." Nahlan menelan liur kesat saat hujung bibir Puan Jasmine terjongket sinis. "Dia..."
"Dia? Perlukan bantuan kamu? Untuk apa?""Untuk... dia dapatkan kembali hak dia, aunty. Memory dia."
Puan Jasmin tertawa sinis. Kali ini, daripada riak kosong, wajah wanita itu semakin keruh dan gelap auranya. "Sebab apa? Sebab ada kamu dalam memori dia yang dah hilang tu? Sebab itu kamu beria-ia hendak berkawan dengan dia? Sebab kamu nak dia tahu betapa rapatnya kamu berdua dulu?" Bertali-temali soalan tajam dari Puan Jasmin menghunjam Nahlan sehingga Nahlan terasa sedikit sesak.
Dalam diam, benaknya sendiri tertanya-tanya. Kenapa... kenapa Aunty Jasmine nampak sangat protective? Ada apa dengan memori lama Elyana? Apa yang terjadi suatu masa dahulu saat Nahlan sedang sibuk di asrama, jauh dari keluarga Elyana?
"Saya tak tahu kenapa aunty anggap macam tu tapi percayalah... saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan dia. Kalau pun saya tak berjaya untuk tolong dia dapatkan balik memori dia, tak mengapalah. Saya sudi mulakan segalanya dengan dia. Start fresh."
Sekali lagi Puan Jasmine tertawa kecil. "Jangan tipu aunty, Nahlan. Aunty tahu kamu ni macam mana. Kamu selfish, kamu hanya mahu dia tahu siapa kamu dalam hidup dia sebelum ni kan?! Sebab tu kamu beria-ia hendak tolong dia ingatkan balik apa yang dia lupa kan" Suara Puan Jasmine sedikit meninggi. Kedengaran menggertak.
Tidak dapat tidak, kesabaran Nahlan sedikit tercabar. "Saya tak faham... saya betul-betul tak faham aunty. Kenapa aunty tak nak El tahu tentang childhood age dia sedangkan saya sendiri nampak macam mana El struggle dengan kesedihan dia setiap kali dia bercakap tentang masa kecil dia yang hilang. Kenapa aunty?"
"Berhenti panggil dia Elyana. Dia dah tak gunakan nama tu." Tega Puan Jasmine memberi amaran.
"Tapi—" Baru Nahlan hendak membidas, Puan Jasmine lebih dahulu memotong.
"Kamu tak tahu apa yang ada dalam memori Ae'in yang hilang Nahlan. Kamu tak berhak untuk persoalkan tindakan aunty sedangkan auntylah yang sentiasa ada dengan dia. Aunty lebih tahu. Dia akan lebih bahagia tanpa dia tahu apa yang dia tak perlu." Puan Jasmine membidas laju.
YOU ARE READING
SATU PELUANG
RomanceSEQUEL FAJAR BAIHAQI Belum... Belum ada sinopsis lagi. Nanti penulis fikir.