BAB 9

635 90 9
                                    

"Bos!"

Mail yang sedang mengelap sisa minyak hitam di tangannya dengan kain, panggung kepala, "Berapa kali aku nak cakap, jangan panggil aku bos?"

Tersengih Kip dengan teguran Mail, "Kau bos, kan?"

Mail campak kain lap di tangannya pada Kip, "Kau panggil aku kenapa?"

"Ada orang nak jumpa kau."

Mail mengerutkan dahinya, "Siapa?"

"Awek kau hari tu. Yang kau panggil sayang."

Hilang kerutan dahi Mail lalu dia angguk kepala, "Oh. Dia ada cakap kenapa dia nak jumpa aku?"

"Tak ada. Kau soal siasat aku dah kenapa? Pergilah jumpa dia."

Mail sengih lalu dia berjalan menuju ke depan bengkel. Dari jauh dia nampak Kai sedang mengipas wajahnya sendiri sambil bersandar belakang pada pintu keretanya. Dah tahu panas, tunggu ajelah dalam kereta.

"Assalamualaikum, Kaisarah."

Kai tersentak sikit. Tangan yang mengipas wajah berhenti sendiri.

"Waalaikumussalam."

"Kenapa tak tunggu bawah teduh?" Tanya Mail sebelum tangannya naik melindungi wajah Kai daripada sinaran matahari.

Terkedu Kai seketika bila melihat tangan Mail yang menutup sinaran matahari.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Soal Mail apabila dia lihat Kai masih tak bersuara.

"Kenapa awak bagitahu mama saya yang awak nak berkenalan dengan saya?" Soalan Mail, Kai balas dengan soalan juga. Wajahnya dimasamkan, seolah-olah tak berpuas hati.

Mail jungkit kening, "Tak boleh ke?"

"Tak boleh."

"Kenapa tak boleh?" Mail bertanya, sedikit serius namun tetap tidak dia alihkan tangannya untuk melindungi wajah Kai dari cahaya matahari.

"Sebab tak bolehlah!"

"Awak isteri orang?" Mail jungkit kening.

Kai kerutkan dahi lalu dia menggeleng, "Mestilah tak."

"Awak tunangan orang?"

"Dah lama putus."

"Awak ada kekasih hati?"

"Tak ada!"

"Habis tu kenapa saya tak boleh nak berkenalan dengan awak, Nur Kaisarah?"

"Sebab..."

"Sebab saya cuma mekanik cabuk?"

"Bukan!" Jawab Kai, sedikit geram. Rasa macam Mail nak kata yang Kai ini memandang rendah pada kerjaya lelaki itu.

"Habis tu? Sebab saya tak belajar tinggi? Tak macam awak yang..."

"Ei, bukanlah!" Bentak Kai, marah.

"Jadi, kenapa Kaisarah? Kenapa saya tak boleh berkenalan dengan awak?"

Kai hela nafas lalu dia mendongak sikit, memandang Mail, "Sebab saya... tua daripada awak, Mail."

"Sebab saya muda je?" Mail bertanya, tak percaya.

"Ya! Sebab awak muda dan saya tua..." Kai menggumam, rendah.

Mail rasa ingin ketawa namun ditahan saja dari tawanya meletus, "Selain daripada perbezaan umur, apa lagi yang buat awak rasa yang kita tak boleh berkenalan?"

"Saya ni... bekas cikgu awak. Nanti orang panggil saya pedo..."

"Nur Kaisarah...!" Seru Mail dengan suara sedikit tegas.

Kai pandang Mail bila namanya diseru oleh lelaki itu.

"Saya bukan lagi budak sekolah. Saya dah 28 tahun. Awak dah 31 tahun. Awak bukan lagi cikgu ganti sekolah saya. Saya bukan lagi anak murid awak."

Kai terdiam.

"Rasulullah pun dengan Siti Khadijah, jauh berbeza usia mereka. Itu tak jadi penghalang untuk mereka pun," lembut Mail menuturkan kata dengan nada mahu memujuk.

"Saya boleh terima kalau awak tak nak berkenalan dengan saya kalau sebab saya cuma mekanik cabuk. Kalau awak kita tak sekufu, saya boleh terima."

"Awak tengok saya ni macam memandang semua tu ke?"

"Tak. Saya tengok awak tengah pandang saya je," Mail sengih mengusik.

Kai rasa darah menyerbu naik ke wajahnya namun tetap dia cuba mengawal riak wajah, "Kalau awak cakap kita tak sekufu, kenapa awak masih nak berkenalan dengan saya? Kenapa awak bagitahu mama saya yang awak nak kenal dengan saya?"

"Sebab saya suka awak. Saya bagitahu Cik Ajah sebab itu lebih afdal. Saya minta izin dia sebab saya bukan nak main-main. Saya serius nak kenal dengan awak tapi keputusannya saya serahkan pada awak. Kalau awak tolak, saya terima dan saya tak memaksa."

"Bagi saya masa untuk fikir, boleh?"

Mail tersenyum nipis lalu dia mengangguk, "Boleh. Jangan risau, saya terima apa saja keputusan awak, Kaisarah. Tolak atau terima, saya terima."
.
.
.
.
.
Kai duduk berteleku di atas sejadah. Seusai menunaikan solat istikharah, dia menyambung menunaikan solat tahajud.

Mengingatkan perbualannya dengan Mail tempoh hari, Kai tiba-tiba tersenyum sendiri. Tangannya naik memegang dada.

Kai segera bangun dan melipat sejadah. Tanpa membuka telekung, dia duduk di birai katil. Telefonnya dicapai sebelum matanya mengerling jam di dinding. Pukul lima pagi. Mesti Mail masih diulit lena ketika ini.

Aplikasi Whatsapp dibuka lalu nama Mail dicari. Malam tadi, dia meminta nombor lelaki itu daripada mamanya. Cik Ajah pula dengan senang hati dan tanpa bertanya apa-apa, berikan saja nombor telefon lelaki itu.

Kai menarik nafas panjang, cuba mengurangkan debaran yang tiba-tiba bertandang di dadanya. Nervous!

+ Assalamualaikum. Ni saya, Kaisarah. Saya dah ada jawapan untuk 'lamaran' awak tempoh hari. Saya setuju untuk kenal dengan awak, Mail.

+ Cumanya jangan letak harapan tinggi sebab saya cuma insan biasa yang banyak kekurangan. Terima kasih, Mail sebab mahu kenal dengan saya yang biasa ni.

Nafasnya dihela lalu butang send ditekan. Telefon itu dicampak ke atas tilam lalu dia menekup wajah!

Dia jadi malu tiba-tiba bila terfikir dia hantar mesej itu pagi-pagi buta! Macam mana kalau Mail fikir yang Kai ini gelojoh? Tak sabar-sabar nak bagi jawapan! Allahuakbar, malunya!!!

Tenenet!

Bunyi notifikasi Whatsapp dari telefon bimbitnya buat Kai tersentak! Siapa pula hantar Whatsapp pagi-pagi buta macam ni? Takkanlah...

Tak dapat menahan rasa ingin tahu, telefon itu dicapai dan pesanan yang masuk dia baca.

Terasa hangat wajahnya melihat nama yang menghantar pesanan itu. Semakin hangat wajahnya bila dia baca pesanan balas yang dia terima.

Mail
- Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Terima kasih, Kaisarah untuk jawapan awak tu. Saya pun tak sempurna. Banyak kekurangan saya. Awak sudi nak kenal dengan saya pun, saya dah bersyukur sangat.

- Jadi, untuk permulaan...

- Nama saya Muhammad Ismail. Umur 28 tahun nak masuk 29 tahun. Masih single tapi saya harap lepas kenal awak, saya dah tak single lagi. Saya ada empat orang adik beradik dan saya anak sulung. Saya pernah putus tunang sebab bekas tunang saya tak boleh terima saya lebihkan adik-adik saya.

- Itu saja daripada saya untuk permulaan. Kalau ada apa-apa awak nak tahu, bolehlah tanya saya. Saya akan jawab semuanya, InsyaAllah.

Kai tersenyum nipis lalu dia menekan-nekan skrin telefon pintarnya, mencipta aksara untuk membalas pesanan Mail. Tak lama kemudian, butang send ditekan.

+ Soalan pertama saya, kenapa saya? Dan sejak bila awak suka saya, Ismail?
.
.
.
.
.
Bersambung...

p/s; jangan lupa vote kawan-kawan 🤎

KAISARAH 🍁Where stories live. Discover now