BAB 17

749 113 12
                                    

Mangkuk tingkat yang dipulangkan oleh Mail itu dibuka. Satu persatu mangkuk itu disusun di depannya.

Mata Kaisarah menangkap karipap pusing yang dikirim Acik Hasni. Sebiji kuih itu dicapai. Dia membaca doa makan sebelum mula menyuap kuih karipap yang sudah lama tidak dia makan.

"MasyaAllah, sedapnya!" Puji Kaisarah sambil mengunyah perlahan, benar-benar mahu menikmati karipap pusing itu.

Teringatkan ayat kiasan Mail yang membicarakan tentang perkahwinan tadi, tak semena-mena pipi Kaisarah terasa hangat.

Mail mahu memikatnya dan dia mengizinkan! Tak dinafikan, hatinya sudah mula tercuit dengan tingkah lelaki itu.

Apatah lagi di matanya tiada lagi Mail, bekas pelajarnya yang nakal. Yang ada hanya seorang Muhammad Ismail yang wajahnya tak berperasaan namun tingkahnya hangat.

Sudu plastik yang dia ambil dari gerai air di kawasan hentian sebelah itu dicapai. Dia kemudiannya menarik mangkuk berisi kuetiau kerang itu dekat dengan dirinya. Bungkusan cili jeruk yang terselit di dalam mangkuk itu dicapai pula sebelum dia menuang semua isi plastik itu ke atas kuetiau goreng lalu digaul sebati.

Tanpa dapat ditahan lagi, Kaisarah mula menyuap sesudu kuetiau ke dalam mulutnya. Matanya terpejam menikmati keenakkan makanan yang dimasak oleh Mail itu.

Telefon pintar yang ada di atas meja dicapai lalu aplikasi Whatsapp dibuka. Nama Mail dicari lantas satu pesanan ringkas dihantar kepada lelaki itu. Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum lebar.

Kalau aku kahwin dengan Mail, hari-hari boleh makan kuetiau kerang kan? Eh?!
.
.
.
.
.
Kaisarah
+ Terima kasih Mail masakkan kuetiau kerang untuk saya. Alhamdulillah sedap sangat! Rasa sayang pula nak habiskan. Kalau saya balik kampung nanti, saya boleh request macam ni lagi tak?

Mail tersenyum nipis membaca pesanan yang dia terima petang tadi. Dia baca pula mesej seterusnya daripada wanita itu. Dia melafazkan syukur apabila Kaisarah memaklumkan kepadanya yang dia sudah sampai di rumah sewanya di Kuala Lumpur.

Senyuman Mail kemudiannya mati mengenangkan dia tak tahu apa yang patut dia balas kepada Kaisarah.

Apa saja yang dia cuba taip, akan dia padamkan semula. Semuanya seperti tidak kena. Dia bukan lelaki yang bermulut manis. Nak berbalas-balas pesanan macam pasangan bercinta di luar sana pun dia tak reti.

"Kenapa direnung aje telefon tu, along?"

Teguran Hazirah buat Mail sedikit terkejut namun tetap dia bereaksi tenang, "Angah bila masuk belajar balik?"

"Tak payah nak tukar topik sangatlah, along. Along tak nak balas ke mesej Kak Kaisarah hantar tu. Dari tadi angah tengok along renung je mesej tu."

"Along tak retilah, angah. Angah sendiri tahu along tak suka bermesej sangat pun," luah Mail, sedikit serabut.

"Tak retilah kena belajar. Along nak pikat Kak Kaisarah tapi keras kaku. Muka pun senyum tak senyum. Lama-lama member pun fed up," bebel Hazirah sebelum telefon di tangan Mail diambil.

"Angah!"

"Ni, dia bagitahu dia dah sampai. Cuba tanya dia how's the traffic. Banyak kereta ke. Ada jammed dekat mana-mana ke? Banyak je topik yang along boleh bualkan dengan Kak Kaisarah. Tinggal nak mesej dan hantar je," bebel Hazirah lagi sambil dia menaip sesuatu di skrin telefon Mail.

Mail hanya perhatikan saja Hazirah menaip pesanan untuk Kaisarah. Tempoh hari, Hazirah juga yang tolong dia menaip pesanan memberi kata-kata semangat kepada Kaisarah selepas peristiwa wanita itu dimandikan dengan air teh o ais.

Kalau harapkan Mail? Kirim salam...

"And... send!" Hazirah bersuara teruja lalu telefon itu dipulangkan semula kepada abangnya.

Mail
- Awak nak request apa pun boleh. Saya masakkan apa je yang awak nak. Asalkan awak yang meminta.
- Alhamdulillah awak dah sampai. Macam mana perjalanan awak tadi? Banyak kereta? Ada kesesakkan dekat mana-mana tak?

"Lepas tu along nak kena buat apa ni?" Tanya Mail sedikit resah.

Hazirah ketawa kecil sambil berjalan menuju ke bilik tidurnya, "Tunggu dia reply, then along balas jelah macam biasa. Jangan dry text, along. Nak pikat anak dara orang, ayat kena berbunga-bunga."
.
.
.
.
.
Kaisarah hela nafas panjang. Dua minggu sudah berlalu, boleh dia kira berapa kali Mail menghubunginya.

Setiap hari pattern-nya sama. Mail hantar mesej, dia reply. Lepas tu Mail senyap lama. Keesokkan harinya baru pesanannya akan berbalas.

Kadang-kadang lelaki itu akan menghantar pesanan seperti selamat pagi ataupun hanya memberi salam.

Bila dia membalas pesanan itu, lelaki itu menghilang. Poof! Bagai hilang dalam debu.

Bukan tidak pernah dia cuba menegur Mail dulu. Mereka akan berbual seketika sebelum Mail tiba-tiba hilang sampai dia rasa yang Mail tidaklah begitu bersungguh mahu mengenalinya. Hanya dia yang tersua-sua.

Agaknya kata-kata lelaki itu yang dia mahu menguratnya, hanya sekadar mainan di bibir saja dan dia yang terbuai tanpa sedar. Sedih betul kau ni, Kaisarah. Senang betul dimainkan! Dulu Radhi, sekarang Mail pula...

Sedang dia mengutuk diri sendiri, satu panggilan telefon masuk buat dia sedikit tersentak. Melihatkan nama yang naik di talian, hati Kaisarah dipagut resah kerana jarang sekali ibunya membuat panggilan ketika waktu bekerja seperti ini.

Panggilan itu segera diambil dan telefon itu segera diletakkan di telinga, "Helo, mama?!"

"Kaisarah, Acik Hasni ni."

Berderau darah Kaisarah mendengar suara lain di talian sana dan bukan suara Cik Ajah seperti selalu, "Kenapa telefon mama ada dengan Acik Hasni? Mama saya mana?"

"Mama Kaisarah terjatuh dekat pekan tadi. Nasib baik acik dan Mail ternampak tadi. Kami dah bawa mama Kaisarah ke hospital."

"Allahuakbar! Mama saya macam mana? Mama saya baik-baik saja kan?" Dengan suara bergetar, Kaisarah bertanya. Matanya dah mula panas. Fikirannya mula berfikir yang tidak-tidak.

Apabila tiada balasan daripada Acik Hasni, Kaisarah sudah tidak dapat menahan diri. Panggilan telefon itu dia matikan lalu dia segera berkemas untuk pulang. Lantaklah apa nak jadi. Kena pecat pun dia tak peduli, asalkan dia dapat lihat wajah mamanya sekarang!
.
.
.
.
.
Bersambung,

Selamat berpuasa kawan-kawan. Jangan lupa niat puasa.

p/s; maaf pendek update kali ni. Nanti saya update kasi panjang ya. Jangan lupa vote dan komen 🫶

KAISARAH 🍁Where stories live. Discover now