BAB 3

3.1K 260 25
                                    

[Flashback]

Kai pandang langit yang mendung sejak tadi. Nafasnya dihela. Dia lupa bawa payung hari ni! Ikutkan, setiap hari dia bawa payung. Hari ni saja dia terlupa!

"Redah ajelah, cikgu! Renung langit bukan boleh buat cikgu sampai rumah pun!"

Kai berpaling ke kanan! Senyuman yang terukir di bibir Mail itu buat dia julingkan mata! Eh, dia ni!

"Jangan pandang saya lama-lama. Saya tak ada duit nak masuk meminang cikgu," ujar Mail sebelum dia pandang Kai, "Cikgu nak balik dengan saya ke? Nak saya hantarkan?"

"Saya tak gila lagi nak membonceng anak teruna orang," rengus Kai sebelum berjalan meninggalkan kawasan sekolah.

Dia kalau dengan Mail dan kawan-kawan, memang dia rasa tak senang hati. Mungkin sebab mereka itu pelajar nakal yang gemar mengusiknya?

"Cikgu Nur Kaisarah!"

Langkah Kai terhenti. Dia berpaling ke belakang.

Mail dengan wajah selamba membaling sesuatu kepada Kai!

Kai pula laju menyambut. Apa benda...?

"Pakailah baju hujan tu! Saya tak pakai! Balik dulu!" Mail angkat tangan dan terus berlalu tinggalkan Kai yang termangu-mangu.

Kai yang bersandar pada keretanya hela nafas. Mana mama ni, pergi beli ikan ke pergi jual ikan sekali Pak Samad?

"Sarah?"

Kai tersentak bila bahunya ditepuk dari belakang. Lantas dia berpaling. Wajah sahabat baik zaman sekolahnya buat dia membulatkan matanya!

"Laili!!!" Kai bersuara teruja!

"Sarah!! Ya Allah, lamanya tak jumpa kau! Makin cantik kau sekarang..."

"Aku biasa je, Laili. Kau tu... makin berseri lepas kahwin!"

"Yelah tu! Aku kahwin, kau tak datang pun. Kecik hati aku," Laili sengaja memasamkan wajahnya, "Aku ingat kau dah lupa aku. Kau pun dah jarang balik kampung, kan?"

"Sorry, Laili! Waktu majlis kau, aku kena outstation. Tak dapat nak elak. Aku balik je sini tapi banyak terperap dalam rumah! " Kai ukir senyum sebelum dia tunjuk perut Laili yang sedikit besar, "Bila nak meletup ni?"

"InsyaAllah Disember ni!" Laili bersuara teruja, "Eh, kau ada jumpa Ija tak? Dia pun tak lama lagi..."

"Tak lama lagi apa Laili?" Kai senyum walaupun dia rasakan senyumannya plastik.

Allahuakbar! Laili tekup mulut sebelum dia menggeleng kepala. Tangan Kai dia pegang, "Aku minta maaf. Aku lupa, Sarah. Aku..."

"Tak apa, Laili! Aku tahu," balas Kai dengan senyuman, "Aku okey!"

"Kau... baik sangat Sarah! Tak pernah kau burukkan dia orang walau apa dia orang pernah buat kat kau," Laili bersuara, perlahan. Benar, hati Kai ni terlalu baik. Tidak pernah dia burukkan Aiza dan Radhi tetapi Aiza, pelbagai tohmahan dia lemparkan, mengajak sahabat mereka memulaukan Kai.

"Aku tak baik, Laili. Kalau aku baik, aku tak buat stunt campak cincin waktu majlis sanding dia orang!"

Laili ketawa. Dia ingat lagi peristiwa itu. Waktu tu, sungguh dia nak bersorak. Seronok bila tengok wajah Radhi dan Aiza memerah, menahan malu.

Kai ketawa melihat Laili yang ketawa, "Hei, kau jangan ketawa kuat sangat. Terkejut anak kau dalam perut nanti!"

Laili tekup mulut menahan tawa, "Sarah, aku doakan kau bahagia dunia akhirat!"

KAISARAH 🍁Where stories live. Discover now