Part 6

208 10 0
                                    

"Aku tak pernah mengaku kau ni anak aku" ujar seorang lelaki. Dia menunjal-nunjal kepala Adeena.

"Ayah, kenapa ayah buat Adeena macam ni" ujar Adeena. Dia membatukan diri sahaja bila kepalanya ditunjal.

"Eh abang! Apa yang abang buat ni! Kenapa nak kena tunjal kepala anak?" Ujar seorang perempuan yang lebih sebaya dengan lelaki tersebut.

Dia cepat-cepat datang ke arah Adeena lalu memeluk Adeena. Adeena memeluk pinggang perempuan itu.

"Mama" ujar Adeena. Dia menangis semahu-mahunya di pangkuan perempuan yang dipanggil mama itu.

"Aku benci la budak ni. Menyusahkan aku. Dia minta macam-macam. Aku ni takda duit. Nak patung la nak itu lah nak ini lah. Bodoh! Kau ingat semua duit aku ni nak kene bagi kat kau ke, ha?" Ujar lelaki yang dipanggil ayah itu.

"Abang bukannya kerja pun. Saya ni yang kerja untuk tanggung kita satu keluarga. Abang hanya tau makan tidur je kat rumah ni. Lepastu, keluar. Tinggalkan Adeena sorang-sorang" ujar mama.

Ayah mendengus marah. Dia mara menuju ke arah mama.

"Saya hanya harapkan abang je sekarang ni. Kalau abang tak kerja takpa. Tapi tolonglah jaga Adeena. Ini anak kita abang. Jangan lah biar dia sorang-sorang kat rumah ni abang. Dia baru 5 tahun. Ni, sekarang ni. Saya tengah mengandung anak abang yang kedua. Saya tinggal tunggu hari je. Kalau abang terus bersikap macam ni. Macam mana dengan anak ni, abang?" Ujar mama lagi. Suaranya mulai kendur. Tangisannya ditahan. Dia sedaya upaya menutup telinga Adeena. Taknak bagi Adeena dengar.

Tapi, itu semua sia-sia. Adeena tetap dengar. Adeena mengetap bibir. Dia pejamkan mata untuk biarkan semua suara pergaduhan mama dan ayahnya hilang, tenggelam di sebalik kegelapan. Tapi, dia tak mampu buat apa-apa. Dia takut. Tangannya menggigil.

"Aku tak pernah mengaku anak tu anak aku." Ujar ayah sambil dia menunjuk ke arah Adeena.

Mama tergamam.

"Apa abang cakap ni? Abang sedar tak apa yang abang cakap ni? Ini anak kita, abang!" Jerit mama. Air matanya jatuh juga dari tubir mata. Sanggup suaminya sendiri mengatakan yang anak mereka ini bukan anaknya? Manusia jenis apakah ini?

Ayah hanya tersenyum sinis.

"Budak menyusahkan macam ni, takkan pernah orang nak cakap dia ni anak lah. Menyusahkan hidup. Takda masa aku nak jaga dia." Ujar ayah lagi. Matanya memandang Adeena yang berada di sebalik mama.

Adeena terus-terusan menangis. Dia dengar semuanya. Dia takut sangat-sangat. Dia tak suka keluarga bergaduh. Tapi, hampir hari-hari dia kena dengar pertengkaran mereka berdua.

Ayah mendengus geram.

"Yang kau nak melalak kat sini kenapa? Memekak tahu tak? Bingit! Aku bukan pukul kau pun, nak beria menangis macam ni" tengking ayah lagi.

Dia cuba untuk dekat ke arah Adeena tapi mama lebih cepat bertindak, dia berundur dan menghalang ayah dari melihat Adeena.

"Abang jangan cuba nak apa-apakan Adeena" suara mama kuat memberi amaran.

Ayah mendengus.

Dia mencampak pasu yang ada disebelahnya. Pecah berderai.

"Buat semak ah semua kat ni, baik aku keluar dari sini" ujar ayah. Dia melangkah keluar dari situ. Meninggalkan dua beranak tersebut.

Adeena mencelikkan mata. Nafasnya tercungap-cungap. Dia memegang dada yang sesak. Sukar untuk dia bernafas.

"Mama" ujar Adeena. Dia memegang dada. Dia rasa seperti mahu menangis tapi air matanya setitik pun tidak keluar. Seperti ada sesuatu yang tertahan di dada tapi tidak mampu diluahkan.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now