Part 43

70 7 1
                                    

"Akak, akak okay tak ni?" Tanya Adeena. Dia risau tengok Anis yang sedang mengerutkan kening itu. Mukanya seperti tengah tahan sakit.

Puan Sri Amanda lekas bergerak lalu memegang Anis.

Adik-adik Adeena pula turut panjangkan leher lepas dengar suara panik Adeena.

"Anis rasa, Anis dah nak bersalin" jawab Anis perlahan. Mukanya menahan sakit. Perutnya sedang mengeras sekarang ni. Dia tahu, dia tengah hadapi contraction.

Anis menarik dan menghembus nafasnya perlahan.

Puan Sri Amanda terus kalut berlari ke arah pintu dan memanggil pembantunya itu, mujur dia tak menyuruh pembantunya itu balik bersama kereta mereka tadi.

Adeena pun panik kat situ.

"Apa yang Adeena boleh tolong akak?" Tanya Adeena.

"Pinggang akak rasa sakit, macam nak tanggal" jawab Anis.

Adeena pun mengurut-urut perlahan pingang Anis itu.

Puan Sri Amanda lekas membantu Anis untuk dibawa ke kereta.

Adeena turut mencapai tudung sarungnya lalu disarung kekepala.

"Jom korang" ujar Adeena lalu dia membawa adik-adiknya bersama Sara menaiki kereta.

-

"Mummy" Ikhwan lekas berjalan pantas ke arah Puan Sri Amanda. Mukanya cemas sahaja.

"Anis macam mana, mummy?" Soal Ikhwan. Dia dapat call dari mummynya. Terus dia bergegas ke hospital. Risau dia jangan cakap lah.

"Anis dah masuk labour room. Bukaan pun dah besar. Memang tak boleh tunggu kamu dah" jawab Puan Sri Amanda. Dia tahu, Ikhwan mesti mahu teman isterinya masuk ke dalam labour room, tapi memang tak boleh dah. Takut baby lemas.

Ikhwan mengangguk. Dia berjalan mundar mandir di hadapan labour room tersebut. Dia risau sangat-sangat. Macam manalah keadaan isterinya itu.

"Duduk dulu, Ik" pujuk Puan Sri Amanda. Dia pun bimbang juga tapi sekarang ni mereka hanya mampu berdoa dan tunggu sahaja.

Ikhwan akur. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Puan Sri Amanda. Kepalanya ditundukkan sambil tangannya menahan kepalanya. Matanya dipejamkan. Cuba untuk hilangkan rasa bimbang dihati.

Sara berjalan ke arah abinya.

Tangannya naik menyentuh bahu tegap Ikhwan.

"Abi" panggil Sara.

Ikhwan mengangkat kepalanya. Dia senyum kemudian dia menarik Sara untuk duduk diribanya.

"Umi nak keluarkan adikkan?" Tanya Sara. Dia bermain dengan jari Ikhwan.

"Ye sayang" jawab Ikhwan perlahan.

"Umi okay je kan, abi?" Tanya Sara lagi.

"Insyaallah, sayang. She gonna be fine" jawab Ikhwan. Dia mencium pipi Sara sekilas.

Sara menyandarkan badannya ke Ikhwan.

Tangannya naik memeluk leher Ikhwan.

Ikhwan mengusap-usap belakang Sara. Mereka pun menunggu dengan penuh sabar.

Kring!!

Telefon Adeena berdering. Adeena segera mengeluarkan telefonnya lalu dia beredar dari situ. Tak mahu menganggu yang lain.

Video call dari suaminya.

Adeena segera menjawab dan telefonnya dipenuhi dengan muka Adam.

"Cinta, how Anis?" Tanya Adam. Dia menongkat dagu memandang isteirnya.

"Dia dah masuk labour room. Tinggal tunggu je sekarang ni" terang Adeena. Adeena duduk di kerusi yang disediakan.

Adam mengangguk.

"Ik dah sampai ke?" Tanya Adam.

Adeena mengangguk perlahan.

"Dah, baru je sampai"

Adam pula mengangguk.

"Awak tak busy ke?" Tanya Adeena. Dia boleh nampak meja Adam tengah bersepah dengan macam-macam fail dan kertas.

Adam melihat mejanya.

"Sikit je ni." Jawab Adam. Dia sengih.

Adeena menggeleng.

"Yela tu. Dahla, pergilah sambung kerja awak" ujar Adeena.

Adam mencebik. Ni tak suka ni. Taknak lah. Nak borak je dengan Adeena.

"Awak, nanti kita jumpa lah. Saya tak lari pergi mana-mana pun" ujar Adeena lagi bila nampak reaksi muka Adam.

"Uhm okaylah. Saya siapkan cepat-cepat supaya saya boleh cuti panjang and spend time dengan u, cinta" ujar Adam. Dia dah berangan dah nak pergi honeymoon dengan Adeena. Tak sabar.

Adeena hanya mengangguk. Yela, suamiku.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now