Extra

52 3 2
                                    

-beberapa bulan selepas kejadian-

"Awak, saya ada suprise untuk awak" ujar Adeena. Dia menarik suaminya menuju ke meja makan.

"Suprise? Wow!! Saya suka suprise" Adam tersenyum dan dia mengikut sahaja.

"Awak duduk sini. Saya ada buat cookies tau untuk awak" ujar Adeena.

Adam patuh. Dia melabuhkan duduk dan dia menarik sekali pinggang isterinya untuk duduk di ribanya.

"Cookies apa ni? Nampak sedap je" tanya Adam. Dia melihat cookies yang ada di atas meja itu. Cantik. Comel comel je. Kecil. Kalau masuk mulut, memang gone.

"Cookies coklat biasa je. Saya tiba tiba nampak resepi ni kat youtube. Saya cubalah buat" ujar Adeena.

"Awak cuba rasa, sedap tak?" Tanya Adeena.

Dia mencapai satu cookies dan disuakan ke arah Adam.

Suaminya itu hanya menganga mulut tanpa banyak soal.

Dikunyah perlahan-lahan. Wajah suaminya serius sahaja. Adeena pun confius sekarang ni sedap ke tak?

"Macam mana? Sedap ke?" Tanya Adeena.

"Uhmm" Adam kunyah sahaja. Wajahnya masih serius.

"Ala, tak sedap eh? Takpalah, awak jangan makan yang ni. Nanti, saya buat lain" ujar Adeena. Dia mencebikkan bibir.

"Lepas ni..." adam jeda seketika.

Adeena menoleh ke arah suaminya kembali. Setia menunggu jawapan dengan debaran hebat didada.

"Lepas ni, awak buat lagi" ujar Adam. Moodnya terus bertukar ceria dan dia memeluk erat pinggang isterinya.

Diletakkan kepalanya di dada isterinya sambil tangan sebelah lagi laju mencapai cookies dan dimasukkan ke dalam mulut sampai penuh nak mengunyah.

"Awak nii, buat suspens lahh. Saya ingat tak sedap tadi" ujar Adeena. Dia menepuk perlahan lengan suaminya yang ada di pinggangnya itu.

"Hehe. Saje, saya kan memang suka suspens suspens ni" ujar Adam. Tangannya mengusap perut isterinya.

"Eh, love." Adam memandang isterinya.

Adeena mengangkat sebelah keningnya.

"Kenapa?" Soal Adeena.

"Saya rasa kan, perut awak ni makin buncit lah. Pipi awak pun makin tembam sejak dua menjak ni" ujar Adam. Tangannya memegang perut dan pipi isterinya.

"Uhm, ye. Saya pun rasa saya makin gemuk sekarang ni. Saya suka sangat makan lah, lately ni" ujar Adeena. Dia pun sedar yang dia macam dah naik berat badan. Selera makannya bertambah. Dia pun kadang kadang tu ada nak makan macam macam.

Adam diam seketika.

"Awak dah lama tak datang period kan?" Soal Adam selepas lama dia berdiam.

Adeena terkelu.

Perlahan-lahan, kepalanya dianggukkan.

"Awak ada pregnancy test tak?" Soal Adam.

"Ada"

"Jom, pergi check sekarang"

"Eh awak. Tak payahlah" Adeena menahan.

"Kenapa pula ni, love?" Soal Adam. Dia memegang pipi isterinya.

"Kalau saya tak pregnant macam mana?" Soal Adeena. Dia menunduk.

"Kalau tak pregnant, takpalah. Takde salah apa apa pun. Lagipun kita kena lah check, kalau betul awak pregnant, bolehlah awak berjaga-jaga lepas ni. Tak payah lasak sangat" tutur Adam.

Adeena diam.

"Saya okay je kalau awak tak pregnant. Kita check je, okay? Tak salah pun" pujuk Adam lagi.

Adeena pun perlahan-lahan mengangguk.

-

"So? Macam mana?" Soal Adam. Dia memegang bahu isterinya itu.

Adeena tunduk memandang lantai. Wajahnya muram.

Adam yang melihat reaksi isterinya itu, terus menarik isterinya ke dalam pelukan.

Diusap belakang isterinya.

"Its okay. Saya tak kisah" ujar Adam.

Adeena masih lagi diam.

Dia meleraikan pelukan.

Dengan wajah yang sedih, dia berlalu pergi.

Adam pula hanya melihat sahaja isterinya itu pergi.

Dipegang tengkuknya. Aduh, kenapalah aku pergi suruh dia check. Haih, apalah kau ni Adam. Kesian isteri aku...

Adam pun masuk ke dalam tandas.

Masuk sahaja, terus dia dapat melihat pregnancy test yang ada di atas singki itu.

Dia pun mengambil untuk buang di tong sampah.

Tapi, pergerakannya terhenti apabila dia melihat ada dua garis di pregnancy test itu.

Dia tergamam seketika.

"Ye, saya pregnant" ujar Adeena. Dia berdiri di hadapan pintu bilik air itu dengan senyuman lebar.

Adam terus menoleh ke arah isterinya itu.

Dengan pantas, di peluk erat isterinya itu.

Adeena turut membalas pelukan Adam. Dia tertawa bahagia.

Adam memeluk isterinya lama. Berpusing pusing mereka disitu.

Dia mencium seluruh muka isterinya.

Adeena pula hanya membiarkan sahaja sambil tersenyum.

"Are u happy?" Soal Adeena.

Adam terus mengangguk laju.

"Im so happy!!" Ujar Adam teruja.

"Thank u so much sebab sanggup kandungkan anak saya" ujar Adam lagi.

"Terima kasih juga sebab sanggup terima saya" ujar Adeena pula.

Mereka kembali berpelukan. Mata terpejam dan sama sama merasakan kasih dan sayang antara satu sama lain.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now