Part 49

44 4 0
                                    

Adam membuka perlahan pintu rumah.

Matanya terus menatap ke arah Adeena yang elok terlena di atas sofa.

Adam tersenyum. Dia melangkah perlahan ke arah Adeena lalu melabuhkan duduk disebelah.

Dia menyelak sedikit rambut yang menutupi wajah cantik Adeena itu.

Diusap-usap sedikit wajah isterinya.

Adeena yang terasa wajahnya disentuh itu, membuka matanya perlahan.

"Eh, awak. Awak dah balik?" Adeena membetulkan posisi duduknya lalu mengesat-ngesat matanya yang kuyu itu.

Adam mengangguk perlahan.

"Napa tidur sini, my love?" Tanya Adam. Dia mencapai tangan isterinya lalu dicium perlahan dan diletakkan dipipi.

"Saya ingat nak tunggu awak tapi tertidur pula" jawab Adeena.

"Lepasni tak payah tunggu saya. Tidur kat sini tak eloklah. Sakit badan nanti" tegur Adam.

"Salah ke saya nak tunggu suami saya ni?" Tanya Adeena dan di meletakkan sebelah tangannya di pipi Adam.

Adam tersenyum. Dia memegang tangan Adeena yang berada di pipinya itu.

"Boleh. Tapi tunggu dalam bilik jelah. Saya taknak awak sakit badan" Adam berkata sambil tersenyum. Dia mencium perlahan pipi Adeena yang mulus itu.

Adeena hanya menganggukkan kepala tanda akur.

"Dah, jom. Masuk bilik" ujar Adam.

Belum sempat Adeena berkata apa-apa, suaminya itu sudahpun mendukung dirinya gaya bridal style.

"Eh awak. Turunkan saya lah. Apa ni dukung dukung?" Tanya Adeena. Dia menepuk perlahan dada tegap Adam itu.

"Tak salah kan saya nak dukung isteri saya sendiri?" Tanya Adam dan dia mencium pipi Adeena sekilas.

Adeena hanya diam tapi wajahnya dah memerah. Malu lah.

Adam yang melihat wajah merah Adeena itu pun hanya menahan senyum. Ei comel betul isteri aku ni.

-

"Assalammualaikum" Tan Sri Asyraf dan Puan Sri Amanda sama sama memberi salam.

"Waalaikummussalam. Tan Sri, Puan Sri." Salah seorang bibik membuka pintu.

Kedua-dua mereka hanya mengukirkan senyuman.

"Silakan, Tan Sri, Puan Sri" bibik tersebut membuka lebih luas pintu rumah tersebut dan memberikan laluan buat mereka.

"Terima kasih." Puan Sri Amanda mengucapkan dan berjalan beriringan bersama Tan Sri Asyraf.

"Mummy daddy!" Jerit Cindra. Dia terloncat-loncat setelah keluar dari lif bersama Darwish.

"Cindra! Rindunya mummy dekat Cindra" Puan Sri Amanda melangkah ke arah Cindra lalu didukung. Dicium bertalu-talu pipi tembam Cindra itu.

Darwish pula menghulurkan tangan kepada mereka berdua.

Puan Sri Amanda menyambut huluran tersebut diikuti Tan Sri Asyraf. Dia mengusap-usap perlahan kepala Darwish.

"Mana yang lain?" Tanya Tan Sri Asyraf kepda Darwish.

"Tadi Darwish nampak diorang kat belakang" jawab Darwish.

Tan Sri Asyraf menganggukkan kepalanya perlahan.

"Jomlah" ujar Tan Sri Asyraf dan dia merangkul bahu Darwish untuk berjalan bersama-sama dengannya.

-

"Mummy, daddy. Apa khabar?" Adeena memusingkan badan dan melihat kedua orang mertuanya datang ke rumah.

Dihulurkan tangan untuk bersalaman diikuti Citra dan Danish.

"Sihat alhamdulillah. Kamu sihat?" Tanya Puan Sri Amanda. Dia meletakkan Cindra di atas kerusi.

"Sihat sangat mummy." Ujar Adeena. Dia tersenyum lebar.

Puan Sri Amanda turut tersenyum. Baguslah kalau menantunya itu bahagia. Dia lega sangat-sangat.

Mereka pun melabuhkan duduk dikerusi yang disediakan. Petang petang macam ni memang sesuai nak minum teh. Dapat sekali tengok sunset, maklumlah rumah Adam di atas bukit.

Adeena melabuhkan duduk di sebelah Puan Sri Amanda. Tan Sri Asyraf pula duduk bersama-sama dengan adik adik Adeena untuk berbual-bual. Sesekali disuap juga cookies ke dalam mulut Cindra. Tersenyum suka Cindra dibuatnya apabila dimanjakan sebegitu.

Sesekali ada juga terdengar gelak ketawa dari mereka.

"Kak Anis macam mana, mummy?" Tanya Adeena. Memulakan perbualan.

Selepas kejadian haritu, Adeena masih tiada kesempatan untuk melawat Anis. Adam sibuk, dan dia juga turut sibuk menguruskan adik adiknya.

Cuti sekolah dah habis, dia sebagai kakak kenalah uruskan semuanya.

"Anis sihat. Dia tengah berpantang dirumah keluarganya." Ujar Puan Sri Amanda. Tangannya mengusap-usap tangan kasar milik Adeena. Kesian, mesti Adeena dahulu bekerja sangat keras sehingga tiada masa untuk menjaga kecantikan diri sendiri.

Adeena menganggukkan kepala.

"Abang Ik dengan Sara pun stay sana ke mummy?"

Puan Sri Amanda mengangguk. Dia tak kisah jika Anis mahu berpantang dimana sekalipun. Dia dah happy bila dapat menjaga Anis ketika sarat. Biarlah Anis sendiri membuat keputusan dimana mahu berpantang. Rumah dia ke, rumah orang lain ke sama sahaja.

Adeena mengangguk juga tanda faham. Dia menundukkan pandangan memandang tangan Puan Sri Amanda yang sedang memgusap tangannya itu.

"Kenapa mummy?" Soal Adeena. Dia mengerutkan kening apabila melihat wajah Puan Sri Amanda yang mendung sahaja itu.

"Mesti kamu bekerja keras kan dulu?" Tanya Puan Sri Amanda. Matanya hanya menunduk memandang tangan Adeena. Tangan itu cantik walaupun kasar. Tak sama macam tangan orang lain yang hanya duduk dirumah dan goyang kaki tak buat apa.

Adeena diam. Dia tak tahu nak angguk atau geleng.

"Mesti kamu bersusah payah kan dulu nak besarkan adik adik kamu?" Tanya Puan Sri Amanda lagi. Kali ni, matanya memandang tepat ke mata Adeena. Ada sedikit berkaca di mata orang tua itu.

"Adeena..." belum sempat Adeena menjawab, Puan Sri Amanda sudah menarik Adeena ke dalam pelukan.

Terkedu Adeena jadinya.

"Mummy doakan kamu mendapat kebahagiaan dengan anak mummy" bisik Puan Sri Amanda. Entah kenaa, tiba tiba dia rasa sebak pula bila memikirkan kisah hidup Adeena.

Dia tak pernah sangka ada juga bapa yang jenis lepas tangan macam ni. Hanya memikirkan kebahagiaan sendiri.

Adeena mengangguk-angguk.

"Terima kasih mummy" ujar Adeena dan dia membalas pelukan Puan Sri Amanda. Dia memejamkan mata.

Kehangatan ini sama seperti ibunya.

Sama macam mama.

Dia rindu mama.

Sangat rindu.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now