Part 83

53 3 2
                                    

"Tapi..." belum sempat Adeena nak membalas, ada seseorang yang membuka pintu bilik tersebut.

Kedua dua orang wanita itu pun segera menoleh.

"Hello sayang"

Adeena tergamam.

Suara itu.

Suara yang tidak asing baginya.

Suara yang selalu bercakap dengannya.

"Aunty?" Adeena terkebil kebil. Dia tak faham. Kenapa Datin Dina boleh ada disini?

Datin Dina melangkah masuk.

Anis di sebelah pula hanya diam dan turut memandang ke arah yang sama dilihat oleh Adeena.

"Lama kita tak jumpa kan?" Soal Datin Dina. Dia berdiri di hadapan Adeena. Dia tersenyum sinis. Akhirnya, waktu yang dia tunggu selama ini, tiba juga.

Dia berjalan di hadapan Adeena dan dia memegang wajah itu sehingga Adeena terpaksa mendongak akibat posisi Datin Dina yang sedang berdiri itu.

"Aunty... yang buat semua ni...?" Adeena bertanya dengan perasaan yang berdebar-debar. Tolonglah, jangan jawab ya! Adeena tak sanggup nak menerima kenyataan tersebut.

Datin Dina mengangkat sebelah keningnya.

"Kau rasa?" Tanya Datin Dina kembali. Dia melepaskan muka Adeena itu dengan kasar lalu dia bermundar mandir di depan mereka.

"Sampai hati aunty buat saya macm ni" ujar Adeena sayu. Dia cuba untuk mengawal suaranya yang sedang menahan tangis itu. Wajahnya cuba untuk menunjukkan riak tenang tapi hakikatnya jiwanya sangat terobek dengan semua ini.

Datin Dina tertawa jahat. Dia menutup mulutnya. Bahunya terangkat angkat kerana dia merasakan ia sesuatu yang sangat lucu.

"Kau fikir aku baik dengan kau selama ni sebab aku sayang kat kau? Kau fikir ayah kau ni tegur kau balik sebab dia dah terima kau?" Datin Dina bercangkung di depan Adeena kembali. Wajahnya bertukar, dari tertawa suka jadi jahat serta merta.

"Hey! Kau kene dengar sini. Kami takkan pernah terima kau. Kau dari keturunan Zura. Aku benci Zura. Dia perasan bagus." Ujar Datin Dina lagi sambil menunjal-nunjal kepala Adeena.

Adeena pula diam sahaja apabila diperlakukan sebegitu. Dia sangat kecewa. Tak sangka apa yang ditunjukkan oleh Dato Arman dan Datin Dina itu adalah palsu semata-mata. Mereka baik tetapi hakikatnya mereka dalam diam cuba untuk menghancurkan rumah tangga Adeena. Segala kepercayaan yang Adeena berikan kepada mereka, tidak diendahkan malah dipijak pijak.

Datin Dina menyilangkan tangannya ke dada.

"Aku dengan Zura dulu kawan baik. Dia tahu aku cintakan Arman tapi dia tetap kahwin dengan Arman dengan alasan pilihan keluarga. Dia tahu semua tu tapi dia tetap terima." Datin Dina memejamkan matanya. Hatinya sakit bila mengenangkan perkara tersebut. Rasa sakitnya masih sama. Tak pernah berubah. Semakin lama, dia mula menyimpan dendam terhadap Zura.

Zura dengan mudah berkata yang dia tidak boleh melakukan apa apa kerana itu adalah paksaan dari keluarganya dan keluarga Arman.

Zura tidak langsung fikir tentang perasaanya yang sudah lama memendam rasa akan Arman. Belum sempat dia memberitahu perasaannya pada Arman, Zura telah memberitahu kepadanya yang dia akan bernikah dengan Arman minggu hadapan.

Datin Dina membuka matanya kembali. Terus terbias riak marah di wajahnya.

"Aku tak suka tengok Zura. Dia bahagia dengan Arman. Sepatutnya aku! Aku yang patut bahagia dengan Arman, bukan dia!! Dia tak layak!!" Jerit Datin Dina ke arah Adeena.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now