Part 66

95 3 0
                                    

Datin Dina tersenyum suka. Dia ketawa sambil menyilangkan tangan.

Memori tadi terimbas kembali ...

"Ada apa kamu berdua datang harini? Malu lah aunty, rumah bersepah sikit. Tak sempat nak berkemas" Datin Dina memaniskan muka.

Adeena tersenyum sahaja. Adam di sebelah pula hanya membuat muka kosong.

"Takpalah, aunty. Kami datang ni pun sekejap je." Adeena berkata.

Datin Dina mengangguk tanda faham.

"Sebenarnya, kami datang ni sebab nak jemput aunty dengan ayah datang rumah kami. Adalah buat majlis kecil kecilan. Hari Jumaat ni. Malam." Adeena menjelaskan.

Datin Dina mengangguk lagi.

"Baiklah. Insyaallah, nanti aunty dengan ayah kamu akan datang"

Adeena mengukirkan senyuman.

Lehernya dipanjangkan untuk melihat sekeiling rumah. Seperti tercari-cari sesuatu.

"Uhm, aunty. Ayah takda ke?" Tanya Adeena.

Adam disebelah pula menoleh ke arah isterinya.

Pandangan mereka bertemu.

Adam menaikkan keningnya tanda menyoal.

Adeena pula hanya senyum sedikit untuk menenangkan suaminya itu.

Adam menggelengkan kepalanya perlahan. Haih, isterinya ni. Kat rumah dah bincang dah pasal ni.

"Ouhh" Datin Dina menggaru kepala.

"Sorrylah Adeena. Ayah keluar. Dia pergi main golf dengan kawan dia. Sambil main golf, sambil meeting" Datin Dina menjelaskan.

Adeena mengangguk lemah. Riak wajahnya cuba untuk dikawal.

Ayah, Adeena rindu...

"Kalau macam tu, kami balik dulu lah. Saya ada hal lagi lepas ni" Adam mencelah. Dia bangun dan membetulkan bajunya kerjanya. Tangan dihulurkam ke arah Adeena untuk membantu isterinya itu bangun.

Adeena menyambut huluran tersebut dan bangun juga.

Datin Dina juga turut bangun.

"Ehh, takkan nak balik dah? Ala, jom lah borak dulu dengan aunty." Ujar Datin Dina. Dia mencapai tangan Adeena.

"Adam sibuklah, aunty. Lain kali sahaja ye" Adeena berkata.

"Takpalah, jumaat malam nanti kita jumpa" Datin Dina membuat muka sedih. Dia melepaskan tangan Adeena.

Hilang flashback bila Datin Dina terdengar orang membuka pintu rumah.

"Ha? Baru balik?" Tanya Datin Dina tanpa menoleh ke arah pintu.

Dato Arman mengeluh.

"Bisinglah awak ni" Dia berkata lalu melangkah pergi ke arah lif.

Datin Dina menjeling sekilas.

"Malam jumaat nanti, kita pergi rumah suami Adeena. Dia ada buat majlis"

Dato Arman berhenti melangkah. Dia tersenyum sinis.

"Hurm" balasan pendek diberikan kepada Datin Dina.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now