HUD : TH || BAB 2

369 26 8
                                    

             "You buat apa dekat sini?" tanya Cahaya sambil memandang ke arah Irfan.

    Siapa Irfan? Irfan adalah tunang aku dan Irfan juga lelaki pertama  yang berjaya membuka pintu hati aku. Irfan sudah bagaikan rumah bagi aku. Irfan lah yang selalu sudi menadah telinga mendengar luahan aku. Irfan juga  tidak henti-henti memberi kata-kata semangat dan kekuatan untuk aku, mahupun dari segi perbuatan atau percakapan.

     Aku bersyukur kerana dapat memiliki lelaki sebaik dia.

    "I, I nak jumpa ayah you." Cahaya memandang hairan ke arah Irfan. Kenapa Irfan seperti dalam keadaan ketakutan? Tetapi perasaan itu dengan cepat dia tepis.

     "You okey tak ni?" tanya Cahaya dengan nada risau.

     "O-okey je." balas Irfan sambil tersenyum paksa.

    "Sayang! masuk la." panggil Ellyna sambil mempelawa Irfan masuk ke dalam rumahnya. Riak wajahnya sungguh bahagia.

    Pandangan antara Irfan dan Cahaya bertemu buat seketika. Riak wajah Cahaya seakan-akan tidak mengerti tentang apa yang berlaku sekarang. Irfan berjalan meninggalkan Cahaya yang sedang berdiri kaku.

   Apa yang berlaku sekarang? Kenapa Ellyna memanggil tunangnya dengan sebutan 'sayang' ?.

    "DASAR JANTAN TAK GUNA!! KENAPA KAU RELA BUAT BENDA TERKUTUK TU DENGAN ADIK AKU SENDIRI HAH!!" tengking Cahaya, air matanya tidak henti-henti mengalir selepas mendengar berita tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    "DASAR JANTAN TAK GUNA!! KENAPA KAU RELA BUAT BENDA TERKUTUK TU DENGAN ADIK AKU SENDIRI HAH!!" tengking Cahaya, air matanya tidak henti-henti mengalir selepas mendengar berita tersebut.

Flashback...

    "Nanti minggu depan, Irfan suruh la family Irfan masuk meminang Ellyna. Bulan depan boleh nikah terus." ucap Encik Khuzairan sambil tersenyum ke arah Irfan.

   "Apa ni pa! Irfan tunang Cahaya kut!" bantah Cahaya. Dia dengan Irfan sudah bertunang lama, takkan ayahnya ingin mereka memutuskan hubungan mereka begitu saja. Sungguh tidak masuk akal!

   "Eh kak! Sedar la diri sikit, Irfan tu dah jatuh cinta dekat aku. Lagipun aku dengan Irfan sudah buat benda tu kut." jelas Ellyna dengan wajah tenang. Ucapan Ellyna berjaya membuat Cahaya terdiam seketika.

    "Apa maksud kau dik!" marah Cahaya sambil memandang ke arah wajah adiknya.

    "Kau jangan caka-" tidak sempat Cahaya menghabiskan kata-katanya.

    "Bingo!" Ellyna dengan pantas menyampuk. Cahaya memandang tidak percaya ke arah Ellyna dan Irfan.

    Tetapi yang membuat dirinya tertanya-tanya, kenapa ayahnya tidak terkejut dengan pernyataan yang keluar dari mulut Ellyna. Ayahnya seakan-akan sudah tahu apa yang terjadi.

    Gila!
 
   Keluarga ini sungguh gila!

End Flashback...

   "Sudah-sudah la tu kak, benda dah terjadi dah pun. Kau kan rela berkorban untuk aku, jadi apa salahnya kalau kau bagi tunang kau dekat adik kandung kau sendiri. Eh silap BE.KAS tunang." sengaja perkataan bekas ditekankan. Tangannya mula naik memeluk tubuh. Seorang kakak yang baik mestilah rela berkorban demi adiknya kan.

   "Ellyna! Stop it, awak senyap dulu okey. Awak masuk dulu." suruh Irfan kepada Ellyna. Ellyna hanya mengangkat tangan tanda mengalah dan berlalu pergi. Tidak lupa untuk menayangkan senyuman mengejek ke arah Cahaya.

   "Cahaya.." nama Cahaya meniti di bibir Irfan dengan nada lembut.

   "Let's me explain, okey.." sambung Irfan.

   "Apa?"

   "APA LAGI KAU NAK BAGI ALASAN DEKAT AKU!" tengking Cahaya. Bibirnya mula mengukir senyuman senget sekilas ke arah bekas tunang dihadapannya. BE.KAS!

    "Apa? Kau nak cakap kau terlanjur, macam tu?"

     "MACAM TU KE!!." tengking Cahaya. Dadanya sudah berombak laju menahan amarah.

    "I'm sorry, Cahaya. Selepas i jumpa adik you, dari situlah hati i sudah berpaling arah." jelas Irfan. Dia menatap Cahaya dengan wajah sebersalah.

    "Apa kurangnya aku, Irfan?"

     "APA KURANGNYA AKU IRFAN!!" tengking Cahaya sambil memukul dada bidang milik Irfan. Hatinya sudah membiru menahan sakit, sampai hati Irfan curang dengan adiknya sendiri.

    "STOP IT!!"

    "KAU NAK TAHU SANGAT KAN APA KEKURANGAN KAU!! KAU TU PEREMPUAN TAK GUNA, KERJA KAU SETIAP HARI MENGADU PASAL KESAKITAN KAU JE!!"

    "KAU TAK MACAM ADIK KAU, ADIK KAU MAMPU PUASKAN AKU!! TAPI KAU!!." tengking Irfan.

    Cahaya tergamam.

    "Cahaya... I'm sorry." Irfan ingin menggapai tangan Cahaya tetapi dengan cepat Cahaya mengelak. Dia terlepas cakap.

    "Don't touch me, kulit aku terlampau mahal untuk disentuh oleh lelaki murahan macam kau." air matanya dihapus dengan kasar. Dia tidak patut menangis hanya dikeranakan lelaki durjana ini, air matanya sudah bagaikan mutiara. Dia tidak patut sia-siakan mutiaranya demi lelaki macam ini.

    "Terima kasih kerana mengajarkan aku bahawa di dunia ini tiada lelaki yang tulus. Tahniah Nik Irfan kerana berjaya membuat aku tawar hati kepada mana-mana lelaki di atas muka bumi ini. Kau betul, aku banyak kekurangan. Kita bagaikan langit dan bumi, kita tidak setaraf."

   "Kau tak salah, aku yang salah kerana singgah di hati kau." Cahaya melontarkan perkataannya dengan wajah kecewa. Dengan pantas kakinya melangkah pergi meninggalkan Irfan yang kini sedang tergamam mendengar perkataan yang keluar dari mulutnya.

   Irfan adalah lelaki pertama yang berjaya singgah dihatinya dan Irfan juga lelaki pertama yang berjaya membuat dirinya trauma dalam percintaan.

   Pada detik ini, aku menutup pintu hatiku sekeras surah Al-Hadid sehingga ada seseorang yang mampu membuka pintu hatiku selembut surah Ar-Rahman.

    Jika masa dapat diundurkan kembali. Dirinya tidak mahu dilahirkan di keluarga ini dan dia juga tidak mahu membuka pintu hatinya kepada lelaki.

    Kerana dirinya tidak setaraf dengan mereka.

      Aku dengan mereka, bagaikan langit dan bumi. Biarlah semua ini menjadi satu pengajaran dan pandoman untuk diriku tentang kehidupan.


    Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now