HUD : TH || BAB 27

317 15 0
                                    

"Sayang buat apa tu?"

"Ni ha tengah susun baju." jawab Cahaya tanpa mengalihkan pandangannya. Pakaian dilipat supaya kelihatan kemas, setelah siap barulah dia menyusun ke dalam almari. Ada juga beberapa pakaian yang dia sangkut.

"Meh abang tolong." tawar Hashr. Tidak sampai seminit, badannya sudah bersila dihadapan isterinya sambil tersengih.

"Takyah la, abang pergi la tidur dulu." tolak Cahaya. Bukannya apa, dia kesian dengan suaminya. Sudah la kena cuci periuk-periuk kotor tadi. Memang setiap kali adanya hari keluarga mesti pembantu akan diberi cuti, jadi semua pekerjaan rumah semuanya dilakukan bersama-sama. Barulah dapat mengeratkan silaturrahim.

"Abang nak tolong jugak, abang rindu nak lipat kain tau!" kata Hashr sambil cemberut. Seingat-ingatnya kali terakhir dia melihat pakaian ialah masa zaman bujangnya dahulu. Bukannya dia tidak mahu bantu isterinya tapi setiap kali dia mahu tolong. Mesti isterinya bagi banyak alasan.

'tak boleh nanti pinggang abang sakit, terbongkok-bongkok'

'tak payah, abang pergi buat kerja lain'

'tak payah, dah nak siap ni'

'tak payah, kerja kacang hijau aje ni'

Eh kejap? Kenapa dia boleh ingat semua kenangan ini? Takkan ingatannya sudah kembali pulih 100%.

"Sayang, esok teman abang pergi hospital tau." pinta Hashr sambil tersenyum. Tangan sasanya lincah melipat pakaian. Kerja senang macam ni, kacang hijau aje la bagi dia. Bukan setakat kacang hijau! Kacang tanah, kacang badang... semua dia boleh sapu la.

"Kenapa? Kepala abang sakit ke?" tanya Cahaya dengan nada risau. Wajah suaminya dipandang.

Hashr menggeleng. "Tak ada lah."

"Habis tu kenapa nak pergi hospital?"

"Halah dia ni banyak tanya pula, teman aja la suami kesayangan sayang ni."

"Kena la tanya, barulah Cahaya tidak dilanda kehairanan."

"Abang nak check up, abang pregnant atau tak." balas Hashr dengan selamba. Sesekali dia menciptakan senyuman terpaksa. Orang nak buat suprise, mana boleh bagitahu.

"Abang mengandung?"

"Haah mengandung lemak." kata Hashr. Perutnya ditepuk beberapa kali. Kalau bagitahu, nanti tak suprise la kan? Sudah la Cahaya berharap ingatan suaminya kembali pulih sepenuhnya. Jadi dia mahu beri kejutan kepada isteri kesayangannya ini.

"Abang ada lemak ke dekat perut? Cahaya nampak macam banyak kotak hadiah aje." balas Cahaya dengan polos. Hashr ketawa.

Cahaya mengerutkan keningnya. Dah kenapa tiba-tiba gelak? Buang tabiat ke?

 Dah kenapa tiba-tiba gelak? Buang tabiat ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang boleh ke ni?"

"Boleh sayang."

"Ye ke?" tanya Cahaya sekali lagi meminta kepastian. Dia bukannya apa, takut makin rosak aje paip tu. Kang tak pasal-pasal wujud peribahasa ini pula 'bagaikan tikus membaiki labu'.

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now