SPECIAL CHAPTER

251 13 0
                                    

• Raya vers •

          "Sayang! I miss you so much." Pinggang ramping isterinya dipeluk kemas. Seketika perasaan rindu yang dipikul sebentar tadi hilang begitu sahaja.

        "Eh dia ni, abang tu pergi solat sunat hari raya aje... bukannya pergi berperang." balas si isteri dengan selamba. Haih, entah kenapa sejak dua menjak ni suaminya terlalu berdrama lebih. Orang pergi buang sampah pun rindu. Lain macam!

       "Ish! Suka hati kita la." balas Hashr. Cemberut. Biarlah hati kita, suka hati kita la mahu rindu atau tidak.

          "Dah sana-sana, kang tercucuk jarum ni karang... Naya awak!"

         "Tapi...kita nak peluk awak." Ujar Hashr. Sengaja suaranya diimutkan.

      Cahaya terkekeh.

       "Ehem!"

     Lantas pandangan Hashr dan Cahaya dituju ke arah pintu yang terbuka.
  
       'alamak, lupa tutup pintu.' ujar Hashr dalam hati. Haish! Ini semua sebab terlalu rindu punya pasal.

       "Ish Walid ni! Suka peluk mama Aish, mama Aish ni... Aish punya sorang je!" marah Aish. Wajahnya cemberut. Tangannya kecilnya mula memeluk dirinya sendiri.

       "Ini isteri saya, saya yang jumpa dia dulu." balas Hashr. Tidak senang apabila si anak berbicara begitu. Dia ingat nak dapatkan isterinya ini, mudah ke?

        Cahaya yang sememangnya sudah siap membelit tudung shawlnya, tersengih melihat dua orang lelaki dihadapannya ini. Lucu melihat mereka bergaduh hanya disebabkan dirinya. Untunglah tudungnya kni tak buat perangai, kalau tak... dua-dua kena halau.

        "Dah, jangan gaduh. Aish pergi ambil sampin, mama nak pakaikan." Suruh Cahaya. Pantas Aish berlari keluar dari bilik mereka berdua, kini hanya tinggal Cahaya dan Hashr sahaja.

       Hashr tersenyum, senyum ginit. Pantas bibirnya hinggap di dahi isterinya.

       "Ish dia ni!" Marah Cahaya. Walaupun didalam hatinya berbunga-bunga.

       "Pergi la pakai sampin, buruk la awak tak pakai sampin."

        "Saya tak pandai pakai sampin, saya pun pelik! Sejak saya beristeri ni, saya jadi tak pandai pakai sampin... agak-agak kenapa eh?" tanya Hashr sambil memandang wajah isterinya ditemani dengan senyuman.

       Cahaya yang faham dengan permintaan isterinya. Pantas sahaja dirinya mencapai sampin yang berada di atas katil, baru sahaja dirinya ingin memakaikan sampai untuk suaminya....

         "Mama! Aish dah jumpa sampin Aish, tolong pakaikan." Pinta Aish. Sampin dihulurkan kepada mamanya.

      Cahaya menyambutnya. "Boleh tapi lepas walid ye?"

        "Mama ni selalu lebihkan walid, mama tak sayang Aish eh?" ujar Aish dengan air mata yang sudah bertakung. Bibirnya dimuncungkan.

        Cahaya tersenyum manakala Hashr pula memandang dengan wajah yang tidak puas hati. Drama lah budak ketot ni!

       "Meh mama pakaikan. Awak kejap lagi ye," Sampin milik suaminya diletakkan diatas katil. Tangannya mula ligat memakaikan sampin untuk anaknya.

       Aish menjelir lidahnya ke arah Hashr manakala Hashr pula menjeling ke arah Aish. Geram aje nak buat dalam laut budak ni.

           "Selamat hari raya abang, maafkan Cahaya kalau ada lukakan hati abang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


           "Selamat hari raya abang, maafkan Cahaya kalau ada lukakan hati abang." Tangan kekar suaminya dicium.

           "Selamat hari raya juga sayang, maafkan abang juga jikalau ada sakitkan hati sayang. Terima kasih juga kerana sudi menjadi isteri yang solehah untuk abang, terima kasih juga kerana sabar menghadapi perangai abang." Kepala isterinya dicium.  Sampul raya dihulurkan kepada isterinya, Cahaya mengerutkan keningnya.

        "Kenapa saya punya nipis, Aish punya tebal?" Sampul raya yang berada ditangan anak lelakinya dilirik.

        "Cuba buka." Suruh Hashr.

     Cahaya hanya menuruti perintah suaminya itu, terkesima Cahaya apabila melihat isi yang berada didalam sampul raya tersebut.

        Black card!

        "Nak tukar?" Soal Hashr. Cahaya menggeleng sambil tersengih.

       "Jom, kita pergi beraya rumah nektok pula!" Ujar Aish dengan kegirangan.

         "Jom!" balas Hashr juga.

      Cahaya hanya tersenyum.

      Terima kasih tuhan kerana mengatur alur hidup aku seindah ini

Walaupun raya dah lepas tapi kita nak buat jugak🤪

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now