HUD : TH || BAB 11

286 17 0
                                    

"Sayang, tutup mata kejap. Abang nak bagi surprise untuk sayang." ucap Hashr dengan bersemangat. Cahaya hanya mengikuti arahan suaminya, kelopak matanya ditutup.

"Bukak mata sayang slow-slow." arah Hashr lagi. Lagi-lagi Cahaya mengikuti arahan suaminya, kelopak matanya dibuka perlahan-lahan.

"TADAAA!!!!"

"Wah!!!!" book bouquet ditangan suaminya diambil alih. Bunga mawar hitam ditilik, novel-novel limited diusap. Dah lama kut! Dia mengidam nak beli novel ni. Alhamdulillah, rezeki dapat suami kaya macam Hashr ni.

"Ada satu lagi." Hashr dengan cepat mengeluarkan satu kotak sederhana yang berada dibelakangnya, kotak itu dihulurkan ke arah isterinya.

"Apa ni?" tanya Cahaya dengan nada bingung, tangannya menyambut huluran suaminya.

"Tengok la." suruh Hashr.

Penutup kotak perlahan-perlahan dibuka. Cahaya tercengang seketika apabila melihat barang yang berada di dalam kotak itu. Ada satu set baju khimar, dua helai tudung bawal, dua helai shawl dan satu tudung square shawl.

"Pakailah, mesti cantik. Esok pakai baju ni pergi rumah mummy tau." senyuman dilontarkan ke arah isterinya.

"Terima kasih abang! Cahaya suka sangat-sangat!" ucap Cahaya dengan bersemangat. Cahaya membalas senyuman suaminya. Tanpa Cahaya sedar, Cahaya telah pun mendarat bibirnya di pipi suaminya.

Hashr tercengang seketika. Kena cium dengan bidadari la!

       "Abang! cantik tak?" tanya Cahaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang! cantik tak?" tanya Cahaya. Baju set khimar berwarna biru tua tersarung cantik di badan Cahaya.

Hashr diam. Matanya melorot ke arah isterinya. Matanya juga tidak berkelip memandang ke arah isterinya. Bidadari jatuh dari syurga ke ni?

"Kenapa? tak cantik ke?" tanya Cahaya dengan nada hairan. Tak cantik ke, aku pakai baju ni?

"Kalau tak cantik, Cahaya nak tukar."

"Jangan! Cantik! Siapa ni?!" matanya masih setia memandang ke arah isterinya.

Cahaya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa yang suami dia cakap ni? Tak fahamlah!

"Abang!" pundak Hashr dipukul dengan keras. Kelakuan Cahaya berjaya membuat Hashr keluar dari lamunannya.

"Ye sayang?" tanya Hashr yang baru sahaja sedar dari lamunannya.

"Cantik tak?" tanya Cahaya.

"Of course la cantik! Kan sejuk mata memandang.." puji Hashr. Wajah Cahaya bertukar memerah menahan malu.

"Dah jom!" ajak Cahaya. Cahaya melangkah keluar dari rumahnya, diikuti oleh Hashr. Beg tangan Cahaya dipegang oleh Hashr. Ini sudah menjadi rutin setiap kali mereka keluar membeli belah ataupun bersiar-siar, bukannya Cahaya yang suruh tetapi Hashr yang berkeras ingin memegang beg tangan Cahaya.

 Ini sudah menjadi rutin setiap kali mereka keluar membeli belah ataupun bersiar-siar, bukannya Cahaya yang suruh tetapi Hashr yang berkeras ingin memegang beg tangan Cahaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang.."

"Ye sayang?"

"Kenapa perempuan perlu pakai tudung? And kenapa perempuan perlu tutup aurat dengan sempurna? Dan kenapa perempuan itu lebih berharga dari lelaki?" tanya Cahaya. Kenapa perempuan kena tutup aurat sedangkan lelaki tidak?

Hashr tersenyum apabila mendengar pertanyaan dari Cahaya. Matanya fokus memandang ke arah jalan raya.

"Nak tahu tak?"

"Masa zaman jahiliyyah. Semua perempuan pada zaman tu dijadikan sebagai hamba, dituduh pembawa sial, diperjual belikan dan yang paling teruk ialah dijadikan sebagai pemuas nafsu. Derajat perempuan pada masa tu tersangatlah hina. Sehingga wujudnya kekasih Allah, yang rela tumpah darah semata-mata untuk mengangkat derajat perempuan. Dan kerana berkat beliaulah, sekarang syurga itu di bawah telapak kaki perempuan.."

"...Siapa beliau? Beliau adalah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Tetapi tengoklah perempuan akhir zaman, mereka langsung tidak menghargai perjuangan Rasulullah. Mereka dengan sukarelanya mengumbar aurat mereka. Seolah-olah mereka sememangnya akan hidup selama-lamanya di muka bumi ini. Mereka langsung tidak fikir perasaan baginda setelah apa yang terjadi sekarang. Perjuangan baginda disia-siakan begitu sahaja..."

"... Jadi abang taknak, isteri abang tergolong dari orang yang tak hargai perjuangan Nabi kita. Abang taknak isteri abang tergolong dari ahli neraka. Kalau sayang nak tahu, dekat neraka.. kebanyakan penghuninya ialah kaum hawa." jelas Hashr panjang lebar. Sesekali dirinya menjeling ke arah isterinya."

Cahaya hanya diam, tidak serasa air mata mengalir setelah mendengar penjelasan dari suaminya. Segitunya! Rasullullah mengangkat derajat perempuan sehingga rela tumpah darah. Perasaan menyesal mula tumbuh, setelah mengenangkan dirinya pernah tergolong dari orang yang tak hargai jasa baginda. Lihatlah betapa hebatnya kekasih Allah ini.

Perasaannya juga ikut terharu kerana Allah hadirkan insan didalam hidupnya yang mampu menyadarkan dirinya dari terus berbuat dosa.

Terima kasih ya tuhanku....


Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now